30 October 2014

Perkahwinan

Disclaimer: Ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman sendiri

Saya dah kahwin setahun lebih, ada seorang anak perempuan. Post ni terjadi hanya untuk berkongsi pendapat saya tentang perkahwinan.

Saya nak kahwin dulu, susah. Kenapa susah? Biar saya saja lah yang tahu. Tapi saya tak pasti orang lain boleh lalui kesusahan tu ke tak. Saya berjaya lalui dan berjaya kahwin jugak. Dan bila dah masuk alam perkahwinan ni, tidaklah jugak jadi mudah. Lagi mencabar sebenarnya. Bila dah kahwin, kita kena banyak bersabar. Yang penting sebelum nak kahwin tu kena matangkan diri dulu. Kalau rasa tak ready, baik jangan kahwin sebab kita akan membuat bencana untuk orang lain. Kita dah tak boleh jadi selfish dah. Perasaan orang lain adalah yang utama. Sebab perkahwinan ini adalah perkongsian hidup. Bukan kita nak hidup sorang diri tapi kita nak hidup dengan ramai orang.

Bila dah set dalam kepala nak kahwin, kita kena faham betul-betul konsep perkahwinan tu. tapi memang tak mungkin kita akan faham konsepnya selagi kita belum tempuhinya. Sebab perkahwinan adalah terlalu subjektif. Macam-macam jenis perkahwinan ada kat dunia ni. Kita boleh lah ambil contoh perkahwinan parents kita, family members kita tapi bila sampai pada diri kita, its totally different. Sebab apa? Sebab itu semua perancangan Allah untuk kita.

But the main thing, kita kena tahu perkahwinan ni adalah perkongsian hidup. Kita akan berkongsi setiap hari dengan suami/isteri kita, berkongsi dengan anak-anak kita, berkongsi setiap hari dengan ahli keluarga dua-dua. Every single day, we share our life. Kongsi segalanya. Kongsi senang dan susah. Kalau rasa tak boleh nak berkongsi, jangan kahwin dulu. Enjoy your single life. Sebab bila dah kahwin takkan nak berundur? Janganlah sampai kita menggegarkan tiang Arasy. Allah tak suka.

Setiap hari dalam perkahwinan, kita akan belajar benda baru. Setiap hari akan ada perkara baru yang kita akan belajar. Ambil yang elok, buang yang buruk. Muhasabah diri kalau rasa macam dah hilang punca. Nanti insyaAllah jumpa arah. Yang penting, SABAR. Apa pun kena sabar, kena cepat-cepat ingat asal dan permulaan perkahwinan kita. Punyalah susah nak kahwin dulu, takkan tak sayang?

Perkahwinan saya bukanlah macam cerita Cinderella happily ever after tu yang saya nak share pendapat tapi saya concern dengan perkahwinan ni. Dan bukanlah saya nak menakutkan, tak ada apa nak ditakutkan kalau kita bersedia. Bahagia sebenarnya kahwin ni. Kita dapat duduk sama dengan boyfriend kita, lepas tu ada baby yang comel bijak pandai pulak. Terhibur sangat hati. :)

Pada yang nak kahwin tu, saya doakan kebahagiaan kalian. Selamat berkongsi!

0 appreciated comments.: