30 October 2014

Perkahwinan

Disclaimer: Ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman sendiri

Saya dah kahwin setahun lebih, ada seorang anak perempuan. Post ni terjadi hanya untuk berkongsi pendapat saya tentang perkahwinan.

Saya nak kahwin dulu, susah. Kenapa susah? Biar saya saja lah yang tahu. Tapi saya tak pasti orang lain boleh lalui kesusahan tu ke tak. Saya berjaya lalui dan berjaya kahwin jugak. Dan bila dah masuk alam perkahwinan ni, tidaklah jugak jadi mudah. Lagi mencabar sebenarnya. Bila dah kahwin, kita kena banyak bersabar. Yang penting sebelum nak kahwin tu kena matangkan diri dulu. Kalau rasa tak ready, baik jangan kahwin sebab kita akan membuat bencana untuk orang lain. Kita dah tak boleh jadi selfish dah. Perasaan orang lain adalah yang utama. Sebab perkahwinan ini adalah perkongsian hidup. Bukan kita nak hidup sorang diri tapi kita nak hidup dengan ramai orang.

Bila dah set dalam kepala nak kahwin, kita kena faham betul-betul konsep perkahwinan tu. tapi memang tak mungkin kita akan faham konsepnya selagi kita belum tempuhinya. Sebab perkahwinan adalah terlalu subjektif. Macam-macam jenis perkahwinan ada kat dunia ni. Kita boleh lah ambil contoh perkahwinan parents kita, family members kita tapi bila sampai pada diri kita, its totally different. Sebab apa? Sebab itu semua perancangan Allah untuk kita.

But the main thing, kita kena tahu perkahwinan ni adalah perkongsian hidup. Kita akan berkongsi setiap hari dengan suami/isteri kita, berkongsi dengan anak-anak kita, berkongsi setiap hari dengan ahli keluarga dua-dua. Every single day, we share our life. Kongsi segalanya. Kongsi senang dan susah. Kalau rasa tak boleh nak berkongsi, jangan kahwin dulu. Enjoy your single life. Sebab bila dah kahwin takkan nak berundur? Janganlah sampai kita menggegarkan tiang Arasy. Allah tak suka.

Setiap hari dalam perkahwinan, kita akan belajar benda baru. Setiap hari akan ada perkara baru yang kita akan belajar. Ambil yang elok, buang yang buruk. Muhasabah diri kalau rasa macam dah hilang punca. Nanti insyaAllah jumpa arah. Yang penting, SABAR. Apa pun kena sabar, kena cepat-cepat ingat asal dan permulaan perkahwinan kita. Punyalah susah nak kahwin dulu, takkan tak sayang?

Perkahwinan saya bukanlah macam cerita Cinderella happily ever after tu yang saya nak share pendapat tapi saya concern dengan perkahwinan ni. Dan bukanlah saya nak menakutkan, tak ada apa nak ditakutkan kalau kita bersedia. Bahagia sebenarnya kahwin ni. Kita dapat duduk sama dengan boyfriend kita, lepas tu ada baby yang comel bijak pandai pulak. Terhibur sangat hati. :)

Pada yang nak kahwin tu, saya doakan kebahagiaan kalian. Selamat berkongsi!

25 October 2014

Full Time House Wife

Lately ni banyak yang cerita pasal nak jadi full time house wife, ada yang bagi tips, ada yang bagi credit kat saya sebab saya jadi full time house wife hahahaha Hampir 1 tahun saya jadi full time stay at home mom since Aisyah dilahirkan. Aisyah sekarang pun dah 11 bulan dah. Cepat masa tu berjalan kan? :)

Macam mana saya boleh decided untuk berhenti kerja dan duduk rumah jaga anak? Simple je, nekad dan tekadkan hati walau akan tempuhi macam-macam dugaan cabaran kelak. Sebenarnya sebelum ni saya contract staff di satu company ni. Kebetulan contract ended on the same date dengan EDD Aisyah tapi of course masa mengandung tu ada plan nak cari kerja lain dan bekerja lepas habis pantang. Tapi plan saya tak sehbat plan Allah untuk saya, Aisyah kena demam panas masa umur dia 25 hari. Warded, dan diambil air tulang belakangnya. Sebab? Sebab doctor takut kuman dah sampai ke otak Aisyah. Sebab? Temperature badan Aisyah tak turun dan Aisyah mengerang kesakitan. Masa tu kami suami isteri diduga dengan hebat. Aisyah kena masuk NICU. Aisyah kena ambil air tulang belakang. Kesian Aisyah kecil sangat masa tu. Tak sempat nak gemuk pun badan dia masa tu. dah jadi Ibu masa tu, barulah faham perasaan bila anak kena warded.

Bila Aisyah dah boleh discharged, legaaaa sangat rasanya. Seminggu jugak kena tahan NICU. Bayangkanlah kena berpantang kat hospital dengan kena jaga anak lagi. Fuhhhhh. Dalam masa yang sama JobStreet tak lupa. Berpuluh jobs dah applied yang panggil interview satu je. Masa tengah pantang pergi interview tapi macam takde harapan. Tu masa sebelum Aisyah demam. Lepas Aisyah dah discharged, terus cakap kat suami, takpelah, saya nak berhenti kerja, nak jaga Aisyah sendiri. Tak sanggup nak bagi orang jaga Aisyah. Entah nanti kalau dia sakit lagi macam mana lah agaknya. Jadi suami kena cari permanent job sebab sebelum ni suami run business photography sahaja.

Tapi nak dapat kerja dalam sekelip mata memang tidak mungkinlah kannn. Few months financial kami terhuyung hayang. Dugaan datang macam peluru. Gaduh? Biasalah kalau dah ada masalah, ada lah bertengkar sikit. Bukan apa, nak cari solution. Isteri dah tak kerja, suami tak dapat kerja lagi, anak dah nak habis pantang. Memang dugaan dan ujian yang amat besar. Tapi tulah, Allah takkan bagi kita sesuatu diluar kemampuan kita. Hari-hari motivate diri cakap kita boleh buat ni, kita boleh besarkan Aisyah, saya boleh jadi full time house wife! Banyak benda yang kami korbankan, macam rumah, dari duduk rumah sewa harga RM900, terus pindah rumah sewa RM600. Atleast save RM300. Kena pandai adjust balik financial family tu. mungkin akan ada short duit untuk bayar bills, tapi nak taknak kena hadap lah jugak dengan bank etc. untuk sementara waktu sahaja.

Alhamdulillah, suami dapat kerja pada February 2014. Aisyah lahir November 2013, 2 bulan takde siapa yang bekerja hahahha pakai duit simpanan je. Lucky kami ada simpanan sikit untuk bayar segala bills untuk 2 bulan tu. jadi bermulalah episod full time house wife saya. Langkah pertama, masak hari-hari. Suami akan balik lunch. Tapi lama-lama saya fikir, lebih baik suami bawak bekal daripada dia balik, minyak lagi. So saya tukar, bawakkan dia bekal lunch. Daripada saya ni tak pandai masak, sampai sekarang ni rasa terror gila hahahahahaha

Yang kedua, no more shopping yang bukan-bukan, make ups ke baju ke kasut ke, ye, saya tukar lifestyle saya jadi sederhana. Pakai apa ada. Eyeliner saya ada saya tak pakai dari mula pregnant sampai ke hari ni. Baju pun pakai apa ada. Sebab jaga Aisyah boleh buat saya jadi kurus, so saya pakai baju masa sebelum kahwin dulu hahaha lepas kahwin hari tu semua baju tak muat hahahaha suami belikan baju dan tudung masa hari raya. Tapi anak pakai mesti cantik bersih wangi ok.

Ketiga pulak, manage duit gaji suami betul-betul, bukan pergi joli ye. Buat list barang dapur every month, buat list apa nak bayar every month. Kira semuanya, make sure dalam lingkungan kemampuan. Even rasa macam catu banyak benda, kami still makan KFC, makan pizza, makan steak, makan macam-macamlah sebab kami takkan sekat selera makan kami. Nak makan apa, suami kata makan je. Tak payah nak berkira dengan selera.

Tapi apa imbalan dari semua ni? Aisyah terjaga dengan rapi, kebersihan dia, kesihatan dia, kalau boleh saya dah taknak Aisyah sakit tapi mana boleh kan, sesekali kena sakit. Makan minum Aisyah dengan suami terjaga. Pakai mereka bau harum, rumah bersih kemas rapi. Dan paling best, saya boleh kurussss hehehe seriously jadi housewife ni boleh kurus dengan banyakkkkk. Lama kelamaan saya jadi seronok sangat jadi housewife ni tak pernah lah rasa bosan sebab jaga anak sendiri, jaga suami sendiri, memang takkan ada masa lapang yang amat sampai rasa bosan nak mati. Ada TV kat rumah tu layan jelah semua drama, indon ke filipina ke melayu ke semua saya layan hahahahaah Kadang-kadang boleh bawak Aisyah jalan-jalan naik kereta. Oh ye, suami pergi kerja naik motor, jimat minyak.

Sampai ke saat ini, belum pernah rasa sempit tak ada duit, belum pernah lagi. Sebab saya percaya, sekarang tak ada duit, kejap lagi mesti ada. Sebab Allah ada. Allah akan tolong kita punya. Yang penting percaya Dia. Oh lupa, dalam masa sama kena lah berusaha lebih sikit, macam suami saya dia kerja keras untuk kami. Even dah kerja weekdays, weekend dia kerja lagi buat photography. Memanglah macam suami tu takkan ada masa weekend dengan saya dan anak tapi bukanlah tiap weekend. Sesekali dan apa salahnya saya redha dengan kerja dia kan, dia kerja pun untuk saya dengan anak lepas tu kena lah saya tolarate, tak payah nak merajuk ke apa ehhhh dah ada anak kannn nak merajuk pulak. Tapi kena luang masa dengan anak jugak bila tak kerja on weekends. :)

Hah bab orang cakap macam-macam tu memang adaaaa tapi saya buat taktahu je, saya ada degree tapi jaga anak dengan tangan sendiri boleh dapat phd kat syurga insyaAllah hehehe just ignore. No body will be satisfied with what we did. Yang penting anak kita terjaga. Bukan apa, dengan kes-kes yang macam-macam kat taska nurseries tu saya jadi takut sangat. Memang betul ajal maut Allah tentukan tapi kita ada option so kita decide sebaiknya.

Semua ni berpunca dari kita, bukan emak kita, bukan jiran kita tapi kita as wife as mother, decide yang sebaiknya untuk family kita. Yang penting bincang dengan husband, buatlah segala kiraan, account debit credit untuk manage financial kita sebelum nak berhenti kerja tu. berkorbanlah lifestyle yang dulu every weekend pergi lepak minum kopi makan cake sedap kat kedai mahal tu, every month pergi saloon buat rambut kuku, beli baju seluar kasut handbag, tukar dengan makan kat rumah, sesekali boleh bawak anak makan kat luar, pakai je baju handbag lama, rotate je kalau rasa boring tapi kalau dah ada anak ni, bag susu anak lah handbag baru kita hahahaha Alah, berkorban untuk anak sendiri, apalah salahnya kan? :)

Yang paling teramat penting, percaya percaya percaya dengan rezeki Allah untuk kita. Percaya dengan rancangan Allah untuk kita. Percaya percaya Allah ada untuk tolong kita bila masa je. Percayalah. :)