26 August 2014

9 months



Aisyah dah 9 bulan 24 Ogos 2014 baru ni. :) Macam tak sangka ibu boleh jaga Aisyah sepenuhnya selama 9 bulan ni. Tiap pagi ibu bangun kuatkan diri tabahkan hati demi Aisyah. Tak pernah sehari pun ibu missed jaga Aisyah. Even ibu ada hal yang tak boleh nak bawak Aisyah sama, ibu tetap akan cuba untuk bawak Aisyah.

Bukan senang nak jadi seorang emak ni. Bukanlah saya complaint, bukan jugak saya nak bangga diri. Bukan senang nak jadi emak. Saya seorang full-time housewife, full-time mother to my husband and my baby girl. Kadang macam tak percaya saya boleh manage masa saya selama 24 jam sehari tu dengan begitu packed. Saya boleh masak, tiap hari masak, basuh baju, sidai baju, kemas rumah, mandi anak, siapkan anak, bagi anak makan, tidurkan anak, mandi, makan, angkat baju, anak bangun, main dengan anak, susukan anak, tidurkan anak balik, lipat baju, kemas baju, anak bangun, mandikan anak, bagi anak makan. Tunggu suami balik. Siapkan makanan suami. Jaga anak lagi. Fuhhhh! Dan rutin itu berulang setiap hari. Thats why saya lost more than 10kgs from my first week pregnant weight hihi

Alhamdulillah, jaga Aisyah sangat mudah. Aisyah tak kuat meragam, kecuali kalau Aisyah lapar. Memang mengamuk tak sempat ibu nak siapkan susu dia. Aisyah pandai main sendiri. Tapi kelibat ibu kena ada depan mata, kalau tak, memang Aisyah tercari-cari ibu dia. Aisyah bila time nap, sangat mudah nak tidurkan dia. Tapi bila tidur malam susah sikit, maybe sebab dia nak main dengan ayah dia lagi. Aisyah tidur tak pakai buai, Aisyah tidur sendiri, dia baring, tepuk-tepuk sikit, pastu lelap. Alhamdulillah, mudah. :)

Aisyah dah mula makan bubur nasi since umur dia 7 bulan lagi. Dan sekarang ni ibu tengah buatkan bubur yang variety supaya Aisyah dapat makan sedap-sedap. Aisyah dah ada 2 batang gigi bawah! Comel sangat! Dah pandai memanjat, ibu doakan Aisyah cepat jalan. Bebel pun dah pandai! Ibu doakan Aisyah cepat cakap jugak!

Ibu takkan pernah jemu jaga Aisyah sampai Aisyah besar remaja, sampai Aisyah jumpa jodoh Aisyah, insyaAllah. Ibu nak kita jadi kawan rapat, sahabat karib. :) Semoga Aisyah menjadi anak yang solehah, perempuan mithali, orang yang berguna. Ibu selalu doakan yang baik-baik untuk Aisyah. Bila ada masa Ibu akan tulis lagi pasal Aisyah, okay!