10 June 2014

Daddy


Assalamualaikum. Its almost a year since 8th July 2013, yes its almost a year Daddy meninggal. Susah saya nak tulis awal-awal hari tu pasal Daddy. Dengan apa yng jadi antara saya dengan Daddy, buat saya berat nak tulis. Tapi saya nak jugak tulis sebab saya rindu sangat kat Daddy.

Its a loooooong story between me and Daddy which yang saya tak ingin nak ingat lagi. Deep in my heart I want to say sorry to him after what had happened. Its Allah's plan for us, Allah took you earlier than others also Allah's plan.

Daddy jatuh sakit right after my Nikah day. On 10th March 2013, Daddy terus paralyzed without any sign. My sister bawak Daddy pergi hospital and Daddy ada sakit saraf yang membuatkan dia paralyzed from pinggang to kaki. It was a shocked news. Tak ada angin tak ada hujan tiba-tiba Daddy kena penyakit tu. i'm not sure whether I got masalah sakit kaki from my dad. But story is a different story.

He was hospitalized at Neurology Ward in HKL for a month. And then he was transferred to Rehabilitation Hospital Cheras since Daddy menunjukkan improvement. But still tak boleh jalan. Tapi perancangan Allah lagi tepat, Daddy kena stroke masa kat Rehab Cheras and kena pergi HKL balik. Memang terkejut sangat bila kakak call informed about Daddy. Me and husband bergegas ke HKL Emergency. By that time, saya tengah pregnant Aisyah.

Daddy dah keluar dari emergency terus masuk wad neurology balik. Daddy ditempatkan di Unit Kawalan Rapi. Sedih sangat tengok keadaan Daddy masa tu. he can't do anything, tak boleh cakap. Sedih sangat. :(

He was on oxygen. Makan susu pakai tube. Tak sangka Daddy akan jadi camtu. Tak lama pastu, kakak informed that Daddy kena buat minor sugery kat trakea dia sebab not enough oxygen. Kebetulan memang saya half day nak melawat Daddy petang tu. dan petang tu jugak Daddy ke OT untuk minor surgery tu. tunggulah saya dan suami depan OT tu, about an hour jugak then nurse panggil waris Daddy untuk teman Daddy ke Neurology semula. He was really weak. His trakea dah kena tebuk and masuk tube untuk oxygen. Saya dah tak sedap hati sangat bila Daddy kena buat minor surgery tu.

After few weeks, Daddy dah boleh transfer to normal ward sebab dah tunjuk improvement. No more oxygen, Daddy boleh nafas pakai mask oxygen je. Happy sangat time tu. Daddy responded to everyone yang melawat dia including me. :)

But few weeks pastu Daddy tak stabil balik. Mama called bagitahu doctor nak jumpa semua waris Daddy. And its only me yang available untuk datang tapi lambat. Petang tu datang hospital balik sebab nak cari doctor tu. Mama tak faham apa doctor cakap, understood, mama pun dah tua dia pun tak faham sangat apa doctor bagitahu dia. Alhamdulillah dapat jumpa doctor petang tu and doctor explain detailed to me about Daddy's condition. Ya Allah rasa nak luluh hati ni bila dengar explaination doctor. My Daddy dah teruk keadaannya. Doctor gave him 2 weeks je. I am sooooo sad. :((( so sadddddd... If anything happen to Daddy, doctor takkan cuba untuk selamatkan dia sebab badan Daddy terlalu lemah, kalau doctors buat CPR or anything, might be they terpatahkan tulang rusuk Daddy. So they will let Daddy go. Ya Allah.. Sedihnya masa tu..

And because of that news, I asked my husband if I can take care of my dad for a week at hospital eventhough my condition tengah pregnant, I want to take care of him. And my husband allowed me. I took a week unpaid leave from my boss and stay at the hospital from morning to night for a week. But I also need to take care of my self and baby. After a week, I can't visit my Daddy anymore due to my condition.

That night, after work, had dinner and went back home. Took bath, and we decided nak pergi visit Daddy lagi. Sementara tunggu husband siap, saya lipat baju. I got a pphone call from a strange number and I think its from hospital. And yes, its from hospital, a nurse asked me to come to hospital now. I asked why, he said, "Datang jelah.", ayat tu betul-betul buat saya menggigil lutut. Husband calmed me down but still I can felt something not good happened to Daddy.

I informed my sister, brother and mother. None of them at the hospital with Daddy. Daddy was alone at the hospital. Sampai je hospital, nampak katil Daddy selalu baring dah ditutup dengan langsir. Tiba-tiba angin tiup langsir tu dan saya nampak Daddy dah diselimut dari kepala sampai hujung kaki. Ya Allah, Daddy dah meninggal dunia. Saya terlambat 5 minit sebelum Daddy habis nyawa. Ya Allah saya menangis sepuasnya kat suami. Tak tahu nak cakap apa masa tu, cium Daddy banyak kali mintak maaf sebab lambat sampai tapi Daddy pasti pergi dengan tenang.

Sementara tunggu yang lain sampai, saya dan suami baca surah Yassin untuk Daddy. Orang kedua sampai, kakak saya. Hampir pengsan dia tengok keadaan tu. kemudian mama dengan abang. Kami uruskan jenazah Daddy malam tu jugak. Kakak dengan abang ipar, mama balik rumah uruskan rumah, saya dengan suami, abang uruskan jenazah. Suami saya dapat mandikan dan uruskan jenazah Daddy hari tu, walaupun for the first and last time suami dapat jalankan tanggungjawab dia, suami dan saya bersyukur sangat.

Hampir 2am jenazah sampai dirumah Daddy sendiri di Sungai Buloh. Esoknya jenazah Daddy dikebumikan di tanah perkuburan Bandar Baru Sungai Buloh jam 11am. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Daddy meninggal pada 8 Julai 2013 bersamaan 29 Syabaan 1434H jam 9.40pm. Walau apa pun yang jadi antara kita, Daddy tetap Daddy Aida yang Aida sayang. Semoga Daddy ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh, semoga roh Daddy dicucuri rahmatNya, amin. alfatihah...