14 November 2014

Aisyah minum susu formula

Sebelum apa-apa, memang tak dinafikan susu ibu adalah susu yang bagus untuk baby. Dalam Al-Quran pun ada menyebut untuk ibu susukan bayinya dari badannya. Dan saya yakin percaya 120% yang semua, SEMUA ibu diatas muka bumi ini nak breastfeed baby mereka. Termasuklah saya. Memang nak breastfeed Aisyah. Tapi saya gagal untuk breastfeed Aisyah selama 2 tahun seperti yang Al-Quran sarankan. Walau macamanapun, saya rasa saya berjaya besarkan Aisyah selama setahun ni dengan sihat ceria riang gembira! Itu cukup untuk saya jadi bahagia.

Ceritanya begini. Saya memang tak ada pengalaman langsung pasal breastfeed obviously ni baby pertama saya. Dan saya tak pergi mana-mana kelas menyusu yang hospital anjurkan. Saya tak salahkan mana-mana pihak tapi saya yang alpa lupa leka. Jadi, hari pertama Aisyah dilahirkan, saya disuruh nurse untuk susukan Aisyah. Sumpah saya tak tahu macamana dan masa tu saya dintinggalkan sorang dengan Aisyah. Saya jalan ke katil kawan saya kebetulan dia pun bersalin jugak semalamnya. Dia ajar macamana nak breastfeed. Tapi saya tak pasti Aisyah dapat minum ke tak. Aisyah diam. Tidur. Tak lama lepas tu Aisyah nangis. Bagi lagi tapi saya rasa tak ada pun susunya. Bayangkan dari 7.41am Aisyah tengok dunia, sampai ke malam dia tak minum susu pun. Bila dah malam Aisyah nangis teruk sampai baby lain pun nangis. Saya masih sorang diri tak tahu nak buat apa. Suruh suami beli bawak botol susu esoknya sebab Aisyah lapar. Tak tergamak saya nak biar anak lapar sebab nak breastfeed punya pasal.

Esoknya saya discharged. Anak kelaparan ni. Balik tu saya suruh suami beli formula milk jugak. Kesian anak lapar ni takkan nak biar dia nangis. Dalam masa sama cuba jugak bagi susu badan yang tak ada tu. Hisap angin jelah Aisyah agaknya. Dah lah mood swing, anak nangis lagi. Stress! Pumped breast supaya keluarlah semua susu tu. dan sampai berdarah dibuatnya breast saya Aisyah hisap. Berdarah mulut Aisyah sebab breast saya luka teruk. Leoas seminggu bersalin baru saya berurut. Lambat urut sebab tu lah susu pun lambat keluar! Tips, rajin urut breast masa mengandung supaya bila anak keluar boleh terus breastfeed.

Alhamdulillah lepas urut, keluar susu. Tiap hari pump sebab Aisyah dah taknak direct feed sebab dah biasa dengan botol. Habis tu saya nak buat macam mana, anak lapar takkan nak biar. Nak bagi pakai sudu lambat, tak cukup anak nangis. Nangis bukan perlahan, tapi menjerit. Dan pasti ramai pandang serong kat saya sebab saya bagi anak saya hisap botol. Cuba duduk ditempat saya. Apa saya rasa? Ye, boleh cakap yang itu semua alasan saya tapi saya dah cuba nak breastfeed dah bukan tak cuba dan sumpah memang niat saya nak breastfeed Aisyah cuma tak cukup ilmu didada. Menambahkan stress saya. Dan yang paling tension bila orang kata anak breastfeed hasilnya lagi baik dari formula feed. MasyaAllah. Apa benda lah. Adakah anak yang formula feed akan jadi bodoh, buruk, bengap dari anak breastfeed? Teruk sangat ke minum susu tepung ni? Macam bagi anak minum racun ke?

Alhamdulillau syukur pada Allah dah nak setahun umur Aisyah dan Aisyah sihat, gembira, ceria, bijak, pintar walaupun minum susu formula. Aisyah mula duduk pada usia 6 bulan. Aisyah mula berdiri pada usia 7 bulan. Aisyah berjalan pada usia 11 bulan. Alhamdulillah perkembangannya positif, memberangsangkan walaupun minum susu formula. Cerdik bijak pandainya amat menggembirakan hati kami ayah ibunya.

Cuma apa yang saya pinta adalah, kita sama-sama berfikiran positif. Semua ibu nak anak dia bijak, pandai, cerdik. Semua ibu nak breastfeed anak dia. Semua ibu nak yang terbaik untuk anaknya. Sama-sama menjaga hati dan perasaan masing-masing. Yang penting, perhatian, sokongan, kasih sayang kita sebagai ibu bapa ni untuk anak kita. Itu yang paling penting sebenarnya untuk menentukan bagaimana anak kita itu nanti.

Dan saya berharap dapat breastfeed anak kedua saya nanti, insyaAllah.

30 October 2014

Perkahwinan

Disclaimer: Ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman sendiri

Saya dah kahwin setahun lebih, ada seorang anak perempuan. Post ni terjadi hanya untuk berkongsi pendapat saya tentang perkahwinan.

Saya nak kahwin dulu, susah. Kenapa susah? Biar saya saja lah yang tahu. Tapi saya tak pasti orang lain boleh lalui kesusahan tu ke tak. Saya berjaya lalui dan berjaya kahwin jugak. Dan bila dah masuk alam perkahwinan ni, tidaklah jugak jadi mudah. Lagi mencabar sebenarnya. Bila dah kahwin, kita kena banyak bersabar. Yang penting sebelum nak kahwin tu kena matangkan diri dulu. Kalau rasa tak ready, baik jangan kahwin sebab kita akan membuat bencana untuk orang lain. Kita dah tak boleh jadi selfish dah. Perasaan orang lain adalah yang utama. Sebab perkahwinan ini adalah perkongsian hidup. Bukan kita nak hidup sorang diri tapi kita nak hidup dengan ramai orang.

Bila dah set dalam kepala nak kahwin, kita kena faham betul-betul konsep perkahwinan tu. tapi memang tak mungkin kita akan faham konsepnya selagi kita belum tempuhinya. Sebab perkahwinan adalah terlalu subjektif. Macam-macam jenis perkahwinan ada kat dunia ni. Kita boleh lah ambil contoh perkahwinan parents kita, family members kita tapi bila sampai pada diri kita, its totally different. Sebab apa? Sebab itu semua perancangan Allah untuk kita.

But the main thing, kita kena tahu perkahwinan ni adalah perkongsian hidup. Kita akan berkongsi setiap hari dengan suami/isteri kita, berkongsi dengan anak-anak kita, berkongsi setiap hari dengan ahli keluarga dua-dua. Every single day, we share our life. Kongsi segalanya. Kongsi senang dan susah. Kalau rasa tak boleh nak berkongsi, jangan kahwin dulu. Enjoy your single life. Sebab bila dah kahwin takkan nak berundur? Janganlah sampai kita menggegarkan tiang Arasy. Allah tak suka.

Setiap hari dalam perkahwinan, kita akan belajar benda baru. Setiap hari akan ada perkara baru yang kita akan belajar. Ambil yang elok, buang yang buruk. Muhasabah diri kalau rasa macam dah hilang punca. Nanti insyaAllah jumpa arah. Yang penting, SABAR. Apa pun kena sabar, kena cepat-cepat ingat asal dan permulaan perkahwinan kita. Punyalah susah nak kahwin dulu, takkan tak sayang?

Perkahwinan saya bukanlah macam cerita Cinderella happily ever after tu yang saya nak share pendapat tapi saya concern dengan perkahwinan ni. Dan bukanlah saya nak menakutkan, tak ada apa nak ditakutkan kalau kita bersedia. Bahagia sebenarnya kahwin ni. Kita dapat duduk sama dengan boyfriend kita, lepas tu ada baby yang comel bijak pandai pulak. Terhibur sangat hati. :)

Pada yang nak kahwin tu, saya doakan kebahagiaan kalian. Selamat berkongsi!

25 October 2014

Full Time House Wife

Lately ni banyak yang cerita pasal nak jadi full time house wife, ada yang bagi tips, ada yang bagi credit kat saya sebab saya jadi full time house wife hahahaha Hampir 1 tahun saya jadi full time stay at home mom since Aisyah dilahirkan. Aisyah sekarang pun dah 11 bulan dah. Cepat masa tu berjalan kan? :)

Macam mana saya boleh decided untuk berhenti kerja dan duduk rumah jaga anak? Simple je, nekad dan tekadkan hati walau akan tempuhi macam-macam dugaan cabaran kelak. Sebenarnya sebelum ni saya contract staff di satu company ni. Kebetulan contract ended on the same date dengan EDD Aisyah tapi of course masa mengandung tu ada plan nak cari kerja lain dan bekerja lepas habis pantang. Tapi plan saya tak sehbat plan Allah untuk saya, Aisyah kena demam panas masa umur dia 25 hari. Warded, dan diambil air tulang belakangnya. Sebab? Sebab doctor takut kuman dah sampai ke otak Aisyah. Sebab? Temperature badan Aisyah tak turun dan Aisyah mengerang kesakitan. Masa tu kami suami isteri diduga dengan hebat. Aisyah kena masuk NICU. Aisyah kena ambil air tulang belakang. Kesian Aisyah kecil sangat masa tu. Tak sempat nak gemuk pun badan dia masa tu. dah jadi Ibu masa tu, barulah faham perasaan bila anak kena warded.

Bila Aisyah dah boleh discharged, legaaaa sangat rasanya. Seminggu jugak kena tahan NICU. Bayangkanlah kena berpantang kat hospital dengan kena jaga anak lagi. Fuhhhhh. Dalam masa yang sama JobStreet tak lupa. Berpuluh jobs dah applied yang panggil interview satu je. Masa tengah pantang pergi interview tapi macam takde harapan. Tu masa sebelum Aisyah demam. Lepas Aisyah dah discharged, terus cakap kat suami, takpelah, saya nak berhenti kerja, nak jaga Aisyah sendiri. Tak sanggup nak bagi orang jaga Aisyah. Entah nanti kalau dia sakit lagi macam mana lah agaknya. Jadi suami kena cari permanent job sebab sebelum ni suami run business photography sahaja.

Tapi nak dapat kerja dalam sekelip mata memang tidak mungkinlah kannn. Few months financial kami terhuyung hayang. Dugaan datang macam peluru. Gaduh? Biasalah kalau dah ada masalah, ada lah bertengkar sikit. Bukan apa, nak cari solution. Isteri dah tak kerja, suami tak dapat kerja lagi, anak dah nak habis pantang. Memang dugaan dan ujian yang amat besar. Tapi tulah, Allah takkan bagi kita sesuatu diluar kemampuan kita. Hari-hari motivate diri cakap kita boleh buat ni, kita boleh besarkan Aisyah, saya boleh jadi full time house wife! Banyak benda yang kami korbankan, macam rumah, dari duduk rumah sewa harga RM900, terus pindah rumah sewa RM600. Atleast save RM300. Kena pandai adjust balik financial family tu. mungkin akan ada short duit untuk bayar bills, tapi nak taknak kena hadap lah jugak dengan bank etc. untuk sementara waktu sahaja.

Alhamdulillah, suami dapat kerja pada February 2014. Aisyah lahir November 2013, 2 bulan takde siapa yang bekerja hahahha pakai duit simpanan je. Lucky kami ada simpanan sikit untuk bayar segala bills untuk 2 bulan tu. jadi bermulalah episod full time house wife saya. Langkah pertama, masak hari-hari. Suami akan balik lunch. Tapi lama-lama saya fikir, lebih baik suami bawak bekal daripada dia balik, minyak lagi. So saya tukar, bawakkan dia bekal lunch. Daripada saya ni tak pandai masak, sampai sekarang ni rasa terror gila hahahahahaha

Yang kedua, no more shopping yang bukan-bukan, make ups ke baju ke kasut ke, ye, saya tukar lifestyle saya jadi sederhana. Pakai apa ada. Eyeliner saya ada saya tak pakai dari mula pregnant sampai ke hari ni. Baju pun pakai apa ada. Sebab jaga Aisyah boleh buat saya jadi kurus, so saya pakai baju masa sebelum kahwin dulu hahaha lepas kahwin hari tu semua baju tak muat hahahaha suami belikan baju dan tudung masa hari raya. Tapi anak pakai mesti cantik bersih wangi ok.

Ketiga pulak, manage duit gaji suami betul-betul, bukan pergi joli ye. Buat list barang dapur every month, buat list apa nak bayar every month. Kira semuanya, make sure dalam lingkungan kemampuan. Even rasa macam catu banyak benda, kami still makan KFC, makan pizza, makan steak, makan macam-macamlah sebab kami takkan sekat selera makan kami. Nak makan apa, suami kata makan je. Tak payah nak berkira dengan selera.

Tapi apa imbalan dari semua ni? Aisyah terjaga dengan rapi, kebersihan dia, kesihatan dia, kalau boleh saya dah taknak Aisyah sakit tapi mana boleh kan, sesekali kena sakit. Makan minum Aisyah dengan suami terjaga. Pakai mereka bau harum, rumah bersih kemas rapi. Dan paling best, saya boleh kurussss hehehe seriously jadi housewife ni boleh kurus dengan banyakkkkk. Lama kelamaan saya jadi seronok sangat jadi housewife ni tak pernah lah rasa bosan sebab jaga anak sendiri, jaga suami sendiri, memang takkan ada masa lapang yang amat sampai rasa bosan nak mati. Ada TV kat rumah tu layan jelah semua drama, indon ke filipina ke melayu ke semua saya layan hahahahaah Kadang-kadang boleh bawak Aisyah jalan-jalan naik kereta. Oh ye, suami pergi kerja naik motor, jimat minyak.

Sampai ke saat ini, belum pernah rasa sempit tak ada duit, belum pernah lagi. Sebab saya percaya, sekarang tak ada duit, kejap lagi mesti ada. Sebab Allah ada. Allah akan tolong kita punya. Yang penting percaya Dia. Oh lupa, dalam masa sama kena lah berusaha lebih sikit, macam suami saya dia kerja keras untuk kami. Even dah kerja weekdays, weekend dia kerja lagi buat photography. Memanglah macam suami tu takkan ada masa weekend dengan saya dan anak tapi bukanlah tiap weekend. Sesekali dan apa salahnya saya redha dengan kerja dia kan, dia kerja pun untuk saya dengan anak lepas tu kena lah saya tolarate, tak payah nak merajuk ke apa ehhhh dah ada anak kannn nak merajuk pulak. Tapi kena luang masa dengan anak jugak bila tak kerja on weekends. :)

Hah bab orang cakap macam-macam tu memang adaaaa tapi saya buat taktahu je, saya ada degree tapi jaga anak dengan tangan sendiri boleh dapat phd kat syurga insyaAllah hehehe just ignore. No body will be satisfied with what we did. Yang penting anak kita terjaga. Bukan apa, dengan kes-kes yang macam-macam kat taska nurseries tu saya jadi takut sangat. Memang betul ajal maut Allah tentukan tapi kita ada option so kita decide sebaiknya.

Semua ni berpunca dari kita, bukan emak kita, bukan jiran kita tapi kita as wife as mother, decide yang sebaiknya untuk family kita. Yang penting bincang dengan husband, buatlah segala kiraan, account debit credit untuk manage financial kita sebelum nak berhenti kerja tu. berkorbanlah lifestyle yang dulu every weekend pergi lepak minum kopi makan cake sedap kat kedai mahal tu, every month pergi saloon buat rambut kuku, beli baju seluar kasut handbag, tukar dengan makan kat rumah, sesekali boleh bawak anak makan kat luar, pakai je baju handbag lama, rotate je kalau rasa boring tapi kalau dah ada anak ni, bag susu anak lah handbag baru kita hahahaha Alah, berkorban untuk anak sendiri, apalah salahnya kan? :)

Yang paling teramat penting, percaya percaya percaya dengan rezeki Allah untuk kita. Percaya dengan rancangan Allah untuk kita. Percaya percaya Allah ada untuk tolong kita bila masa je. Percayalah. :)


26 August 2014

9 months



Aisyah dah 9 bulan 24 Ogos 2014 baru ni. :) Macam tak sangka ibu boleh jaga Aisyah sepenuhnya selama 9 bulan ni. Tiap pagi ibu bangun kuatkan diri tabahkan hati demi Aisyah. Tak pernah sehari pun ibu missed jaga Aisyah. Even ibu ada hal yang tak boleh nak bawak Aisyah sama, ibu tetap akan cuba untuk bawak Aisyah.

Bukan senang nak jadi seorang emak ni. Bukanlah saya complaint, bukan jugak saya nak bangga diri. Bukan senang nak jadi emak. Saya seorang full-time housewife, full-time mother to my husband and my baby girl. Kadang macam tak percaya saya boleh manage masa saya selama 24 jam sehari tu dengan begitu packed. Saya boleh masak, tiap hari masak, basuh baju, sidai baju, kemas rumah, mandi anak, siapkan anak, bagi anak makan, tidurkan anak, mandi, makan, angkat baju, anak bangun, main dengan anak, susukan anak, tidurkan anak balik, lipat baju, kemas baju, anak bangun, mandikan anak, bagi anak makan. Tunggu suami balik. Siapkan makanan suami. Jaga anak lagi. Fuhhhh! Dan rutin itu berulang setiap hari. Thats why saya lost more than 10kgs from my first week pregnant weight hihi

Alhamdulillah, jaga Aisyah sangat mudah. Aisyah tak kuat meragam, kecuali kalau Aisyah lapar. Memang mengamuk tak sempat ibu nak siapkan susu dia. Aisyah pandai main sendiri. Tapi kelibat ibu kena ada depan mata, kalau tak, memang Aisyah tercari-cari ibu dia. Aisyah bila time nap, sangat mudah nak tidurkan dia. Tapi bila tidur malam susah sikit, maybe sebab dia nak main dengan ayah dia lagi. Aisyah tidur tak pakai buai, Aisyah tidur sendiri, dia baring, tepuk-tepuk sikit, pastu lelap. Alhamdulillah, mudah. :)

Aisyah dah mula makan bubur nasi since umur dia 7 bulan lagi. Dan sekarang ni ibu tengah buatkan bubur yang variety supaya Aisyah dapat makan sedap-sedap. Aisyah dah ada 2 batang gigi bawah! Comel sangat! Dah pandai memanjat, ibu doakan Aisyah cepat jalan. Bebel pun dah pandai! Ibu doakan Aisyah cepat cakap jugak!

Ibu takkan pernah jemu jaga Aisyah sampai Aisyah besar remaja, sampai Aisyah jumpa jodoh Aisyah, insyaAllah. Ibu nak kita jadi kawan rapat, sahabat karib. :) Semoga Aisyah menjadi anak yang solehah, perempuan mithali, orang yang berguna. Ibu selalu doakan yang baik-baik untuk Aisyah. Bila ada masa Ibu akan tulis lagi pasal Aisyah, okay!

10 June 2014

Daddy


Assalamualaikum. Its almost a year since 8th July 2013, yes its almost a year Daddy meninggal. Susah saya nak tulis awal-awal hari tu pasal Daddy. Dengan apa yng jadi antara saya dengan Daddy, buat saya berat nak tulis. Tapi saya nak jugak tulis sebab saya rindu sangat kat Daddy.

Its a loooooong story between me and Daddy which yang saya tak ingin nak ingat lagi. Deep in my heart I want to say sorry to him after what had happened. Its Allah's plan for us, Allah took you earlier than others also Allah's plan.

Daddy jatuh sakit right after my Nikah day. On 10th March 2013, Daddy terus paralyzed without any sign. My sister bawak Daddy pergi hospital and Daddy ada sakit saraf yang membuatkan dia paralyzed from pinggang to kaki. It was a shocked news. Tak ada angin tak ada hujan tiba-tiba Daddy kena penyakit tu. i'm not sure whether I got masalah sakit kaki from my dad. But story is a different story.

He was hospitalized at Neurology Ward in HKL for a month. And then he was transferred to Rehabilitation Hospital Cheras since Daddy menunjukkan improvement. But still tak boleh jalan. Tapi perancangan Allah lagi tepat, Daddy kena stroke masa kat Rehab Cheras and kena pergi HKL balik. Memang terkejut sangat bila kakak call informed about Daddy. Me and husband bergegas ke HKL Emergency. By that time, saya tengah pregnant Aisyah.

Daddy dah keluar dari emergency terus masuk wad neurology balik. Daddy ditempatkan di Unit Kawalan Rapi. Sedih sangat tengok keadaan Daddy masa tu. he can't do anything, tak boleh cakap. Sedih sangat. :(

He was on oxygen. Makan susu pakai tube. Tak sangka Daddy akan jadi camtu. Tak lama pastu, kakak informed that Daddy kena buat minor sugery kat trakea dia sebab not enough oxygen. Kebetulan memang saya half day nak melawat Daddy petang tu. dan petang tu jugak Daddy ke OT untuk minor surgery tu. tunggulah saya dan suami depan OT tu, about an hour jugak then nurse panggil waris Daddy untuk teman Daddy ke Neurology semula. He was really weak. His trakea dah kena tebuk and masuk tube untuk oxygen. Saya dah tak sedap hati sangat bila Daddy kena buat minor surgery tu.

After few weeks, Daddy dah boleh transfer to normal ward sebab dah tunjuk improvement. No more oxygen, Daddy boleh nafas pakai mask oxygen je. Happy sangat time tu. Daddy responded to everyone yang melawat dia including me. :)

But few weeks pastu Daddy tak stabil balik. Mama called bagitahu doctor nak jumpa semua waris Daddy. And its only me yang available untuk datang tapi lambat. Petang tu datang hospital balik sebab nak cari doctor tu. Mama tak faham apa doctor cakap, understood, mama pun dah tua dia pun tak faham sangat apa doctor bagitahu dia. Alhamdulillah dapat jumpa doctor petang tu and doctor explain detailed to me about Daddy's condition. Ya Allah rasa nak luluh hati ni bila dengar explaination doctor. My Daddy dah teruk keadaannya. Doctor gave him 2 weeks je. I am sooooo sad. :((( so sadddddd... If anything happen to Daddy, doctor takkan cuba untuk selamatkan dia sebab badan Daddy terlalu lemah, kalau doctors buat CPR or anything, might be they terpatahkan tulang rusuk Daddy. So they will let Daddy go. Ya Allah.. Sedihnya masa tu..

And because of that news, I asked my husband if I can take care of my dad for a week at hospital eventhough my condition tengah pregnant, I want to take care of him. And my husband allowed me. I took a week unpaid leave from my boss and stay at the hospital from morning to night for a week. But I also need to take care of my self and baby. After a week, I can't visit my Daddy anymore due to my condition.

That night, after work, had dinner and went back home. Took bath, and we decided nak pergi visit Daddy lagi. Sementara tunggu husband siap, saya lipat baju. I got a pphone call from a strange number and I think its from hospital. And yes, its from hospital, a nurse asked me to come to hospital now. I asked why, he said, "Datang jelah.", ayat tu betul-betul buat saya menggigil lutut. Husband calmed me down but still I can felt something not good happened to Daddy.

I informed my sister, brother and mother. None of them at the hospital with Daddy. Daddy was alone at the hospital. Sampai je hospital, nampak katil Daddy selalu baring dah ditutup dengan langsir. Tiba-tiba angin tiup langsir tu dan saya nampak Daddy dah diselimut dari kepala sampai hujung kaki. Ya Allah, Daddy dah meninggal dunia. Saya terlambat 5 minit sebelum Daddy habis nyawa. Ya Allah saya menangis sepuasnya kat suami. Tak tahu nak cakap apa masa tu, cium Daddy banyak kali mintak maaf sebab lambat sampai tapi Daddy pasti pergi dengan tenang.

Sementara tunggu yang lain sampai, saya dan suami baca surah Yassin untuk Daddy. Orang kedua sampai, kakak saya. Hampir pengsan dia tengok keadaan tu. kemudian mama dengan abang. Kami uruskan jenazah Daddy malam tu jugak. Kakak dengan abang ipar, mama balik rumah uruskan rumah, saya dengan suami, abang uruskan jenazah. Suami saya dapat mandikan dan uruskan jenazah Daddy hari tu, walaupun for the first and last time suami dapat jalankan tanggungjawab dia, suami dan saya bersyukur sangat.

Hampir 2am jenazah sampai dirumah Daddy sendiri di Sungai Buloh. Esoknya jenazah Daddy dikebumikan di tanah perkuburan Bandar Baru Sungai Buloh jam 11am. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Daddy meninggal pada 8 Julai 2013 bersamaan 29 Syabaan 1434H jam 9.40pm. Walau apa pun yang jadi antara kita, Daddy tetap Daddy Aida yang Aida sayang. Semoga Daddy ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh, semoga roh Daddy dicucuri rahmatNya, amin. alfatihah...