11 December 2013

Bersalin cara saya.

Macam tak percaya saya dah bersalin. Hari ni dah hari yang ke 18 sejak hari pertama Siti Nur Aisyah dilahirkan. Sejujurnya, contraction tu sakit. Sakit nak keluarkan baby ni. Sakit sampai tumbuk dinding??? Ye, saya sampai tumbuk dinding tahan contraction masa nurse buat CTG.

Bermula pada 20hb November, ada check up kat Klinik Kesihatan, tapi mood saya masa tu dah kureng sebab sakit perut tapi mild but still saya rasa tak boleh nak buat bodoh kat sakit tu. Lepas check up, pergi office settled kan apa yang patut dan terus cuti.

Malam tu seperti biasa, golek depan TV sambil teman suami buat kerja. Perut tengah sakit macam awal period. Tiba-tiba rasa nak buang air kecik ke besar pun dah taktau beza time tu. Rupanya kecik je tapi tapi ada bendasing kat toilet bowl. Panggil suami suruh tengok, suami kata saya buang air besar kot tapi saya tak rasa macam buang air besar pun. Try rasa kat miss V, ada cecair seperti darah. Confirmed BLOODY SHOW. Apa lagi, suami terus bergegas bawak saya pegi hospital Sungai Buloh. Masa tu pukul 1am.

Sampai terus buat CTG. Nurse kata contraction sangat mild dan tiada bukaan langsung. Tunggu sampai pukul 7am, nurse suruh balik. So pada 8am 21hb November, false alarm je. Balik rumah makan nasi lemak pastu tidur sampai 6pm. Bangun je tidur baby kurang gerak. Sebab terlalu risau, pergi klinik pulak. Doctor check jantung baby, OK. Malam tu siap pergi makan Nasi Ayam Beragas lagi. Pastu jumpa kakak saya sebab dia nak bagi Akar Fatimah. Akar tu rendam dalam air semalaman pastu bila dah kembang mekar bermakna dah nak bersalin, pastu minum air tu bagi mudahkan laluan dan bukaan. Tapi masa saya rendam tu macam tak kembang sangat. Dalam hati kata belum nak bersalin lagi ni agaknya. Malam tu tidur dah siap pakai pad dah sebab darah keep on keluar. Dan malam tu jugak memang tak boleh tidur. Sakit perut memulas macam period pain. Dah lama tak period so kali ni rasa macam tak tahan sangat. Padahal saya memang period pain teruk.

Esoknya, 22hb November, pagi tu saya ke hospital lagi sebab makin sakit. Tak ingat pukul berapa, seperti biasa buat CTG dan check bukaan. Baru 1cm! Dan suruh balik lagi. Pukul 12pm balik rumah mertua. Malam tu sakit bagai nak rak dah. Tidur atas katil tak kena, tidur atas lantai tak kena. Serba tak kenalah jadinya. Oh dalam masa yang sama saya keep track contraction pakai apps iPad tapi tak larat dah nak buat since mula sakit buat tau.

23hb November, hari Sabtu, suami bawak ke hospital lagi pukul 12pm. Masa tu dah tak endah dah kat sekeliling. Faham-faham jelah keadaan wad bersalin, kecoh. Buatlah apa pun, CTG ke check bukaan ke, dari mula-mula sakit check bukaan tu sampai dah tak sakit. Masih 1cm! Apakah? Doctor tu macam nak marah pulak sebab baru 1cm. Tak pasal kau kena sound doctor. Finally dia suruh saya admitted dia nak monitor, tak payah balik rumah. Bagitahu suami kena admitted, suruh suami balik rumah rehat. Tapi suami saya best, dia teman saya even duduk kat luar tu berjam-jam. Sayang suami saya! Pukul 11pm saya dah tak senang duduk dan tak senang baring. Nak tidur memang tak boleh. Nurse check lagi bukaan, baru 3cm.

24hb November, setiap jam saya tak keruan. Saya cuba tidur baring tapi tak boleh. Saya cuba tidur duduk pun tak boleh. Nangis. Nangis dan nangis. Saya keluar jumpa suami, nangis kat suami, suruh suami tanya boleh tak nak operate, tak tahan sakit sangat. Nangis sambil peluk suami. Guard suruh masuk tidur kat dalam, saya masuk jugaklah cuba baring tapi gagal sebab saya mengerang kesakitan. Tepuk peha sendiri. Ibu-ibu yang lain panggil nurse bagitahu saya tengah sakit. Nurse check bukaan, 6cm dah time tu pukul 3am. Time buat CTG saya tumbuk-tumbuk dinding bila contraction. Nafas dah kelam kabut. Apa yang nurse ajar semua dah kelaut. Nurse suruh tidur balik. Masa pukul 5am rasanya, saya kaki ayam masuk toilet, buka paip air, curah dari pinggang sampai kaki. Baru lah lega sikit. Ikutkan hati nak mandi je. Pukul 6.30am camtu contraction makin kuat makin kuat. Nurse check bukaan lagi, time tu berapa cm dia tak mention. Saya pun taknak tahu sebab time tu rasa nak terkeluar dah baby. Buat CTG lagi. Mengerang lagi, berlawan dengan perempuan sebelah hahaha Habis CTG saya pegi toilet, nurse kata kalau rasa nak buang air besar, tahan! Apa-apalah nurse! Keluar toilet duduk atas katil dan mengerang menahan sakit. Bagitahu nurse "Dah nak terkeluar dah ni nurse!". Nurse suruh baring nak check bukaan lagi, tapi saya refused, "Nak check apa lagi, nak keluar dah ni.". Nurse mengamuk, lantak kau lah nurse, aku dah kesakitan dah ni. Sakit lagi, tahan dari baby terkeluar lagi. Pastu doctor datang suruh baring nak check bukaan, doctor suruh baru saya baring hahaha Doctor tak banyak cakap, terus suruh bawak pergi labour room. Time tu saya rasa legaaaaa sangat sebab akhirnya ke labour room. Dalam 7am saya ditolak atas katil ke labour room. Dah dalam labour room ingat boleh teran dah, rupanya tak lagi. Kena tunggu lagi, CTG lagi. Saya dah tak tahan, pegang handle yang kiri kanan katil tu kuat-kuat, pastu saya goncang bagai nak rak katil tu. Pastu barulah doctor datang, doctor Fatimah nama dia, baik orangnya. Dia pecahkan air ketuban saya. Nampak dia pegang benda tu macam chopstick, ntah apa dia buat saya dah tak rasa, tiba-tiba rasa air panas keluar dengan banyaknya dan contraction makin kuat. Ada siapa tanya saya nak suami tengok tak, mestilah nak. Bermula lah proses 'push'. Tangan dua-dua pegang tumit kaki, pastu bila contraction, push sekuat hati. Dalam masa tengah push tu, curi nafas. Tiba-tiba saya terror pulak time tu hahaha Doctor dan nurses yang ajarlah time tu. Masa tu dah pukul 7.20am. Push yang kedua, saya push sekuat hati, sehabis daya sebab time tu kepala baby dah keluar dah. Terasa kena gunting, ouchhh, tak sakit tapi rasa kena gunting. Ayat terakhir saya ucap masa push tu, suami ajar, Lailahaillallah Muhammadurrasulullah. 7.41am baby berjaya dikeluarkan sepenuhnya. Saya dengar suami cakap "Kita dapat baby girl, yang." Time tu kelam kabut semua orang tanya saya anak apa, anak apa, suruh baca nama saya, baca IC saya. Hingar kejap. Baby baring atas dada saya kejap sangat sebab baby ada selsema so kena pakai oxygen kejap. Dan saya pulak dijahit oleh doctor Fatimah. Tak rasa apa pun time jahit tu.

Alhamdulillah, syukur sebab saya boleh bersalin secara normal, tak ada apa-apa ubat, normal semata. Bila fikir balik, seriau jugak nak lalui contraction tu lagi sebab sakit dia tak boleh nak cakap macam mana lah.

Sekarang baby dah 18 hari dah sejak lahir. Dah semangat dah badan dia hehehe Bila tidur, geram je tengok. Tapi bila jaga pun gerammmm jugak hahaha sekarang tengah berpantang. Tak sabar nak habiskan pantang ni!