26 November 2013

Siti Nur Aisyah

Alhamdulillah, syukur pada Allah, saya telah melahirkan dengan selamat seorang bayi perempuan dengan berat 2.63kg pada 24 November 2013 jam 7.35am di Hospital Sungai Buloh, Selangor. Semoga Siti Nur Aisyah menadi anak yang solehah, amin.

15 November 2013

37 weeks 6 days


Lagi 15 hari sebelum EDD saya (30 November 2013)! Perasaan saya sekarang nervous, excited, happy, macam mana nak cakap pun tak reti dah HAHA Tapi yang pasti saya tak sabar nak tengok baby yang ada dalam perut saya ni. Macam mana lah agaknya rupa dia ye? Ikut rupa saya ke suami saya ke? hehehe Esok tepat 38 weeks, ada yang kata time ni dah boleh bersalin tapi depends pada baby jugak. Saya taknak paksa baby saya keluar cepat, saya nak biar dia keluar bila dia nak. Biar urusan ni antara baby dengan Allah. Saya dan suami akan sabar menanti. :)

Barang untuk early deliver ni semua dah prepared. Phase 2 punya barang akan dibeli lepas pantang. Dah nak akhir-akhir minggu ni, selera makan saya bukan main rancak lagi. Cepat lapar. Berat badan naik 1kg dalam masa 2 weeks! 2 ke 3 jam lepas makan mesti lapar. Kalau kat rumah, buat Milo cicah dengan biskut lemak je. Tu pun dah cukup selera dah hahaha Few weeks ni tiap malam masa baring nak tidur tu, mesti sakit kat bahagian ari-ari bila baby gerak. Nurse kata baby tengah nak turun ke bawah. Tiap malam baby berusaha nak turun kat bawah ye. Sikit-sikit, lama-lama terkeluarlah baby ye hehehe Walaupun sakit jugak masa dia usaha nak ke bawah tu, saya tahan demi baby. Kita anak beranak kenalah bekerjasama kan. Saya support anak saya kalau apa tindakan dia tu terbaik untuk dia, saya dan ayah dia hehehe

Doakan proses kelahiran dan melahirkan baby ini berjalan lancar ye. Semoga saya dan baby selamat. Semoga kami dapat bertentang mata, berdakapan, berciuman hehehe InsyaAllah.