29 April 2013

9 weeks 2 days


Hello, world! As per attached, yes, itu adalah hasil scanned minggu lepas. Saya secara rasminya sedang hamil 9 weeks 2 days pada hari ini mengikut kiraan date Last Menstrual Period saya iaitu 2 weeks before hari pernikahan saya. Secara kiraan selepas nikah adalah hamil 7 weeks 2 days. Bak kata orang tua, bunting pelamin hehehe Alhamdulillah, percubaan pertama kali berjaya hehehe

Saya suka untuk berkongsi cerita pasal pregnancy saya ni. Bermula pada 23 Mac 2013, yang sepatutnya saya period tapi tak period. Actually, sebelum tu lagi saya dah rasa lain je badan ni. Rasa panas semacam. Macam demam. Tapi mungkin jugak sebab hormon. Tapi bila dah missed period selama 3 hari, saya minta suami saya belikan pregnancy home test. Subuh Isnin 25 Mac 2013 tu saya buat test Urine Pregnancy Test. Lama nak tunggu line kedua tu keluar. Perasaan sedikit kecewa. Mungkinkah saya ni sakit??? Tak apalah, biarkan je test tu beberapa jam. Nak mandi pergi kerja pagi tu, tengok balik hasil test, ohh ada line kedua tapi samar. Tapi saya yakin saya pregnant hehehe Tunjuk kat suami saya hasil test tu. Dia punya reaksi tak dapat saya nak describe kat sini sebab saya pun tak sure hahaha yang pasti dia sangat gembira. :)

Bermula dari hari tu, saya minta suami install apps untuk pregnancy sebagai panduan untuk saya. Ikutkan apps tu saya dah 4 weeks 4 days pregnant ataupun lebih tepat 2 weeks 2 days pregnant. Maka hari-hari saya dijalani seperti biasa tanpa was-was. Hari Rabu 27 Mac 2013, saya digegaskan ke klinik sebab perut saya cramp, rasa macam nak period. Doctor check urine dah sahkan saya pregnant 4 weeks 4 days. Kemudian doctor bagitahu, mungkin sel sedang menempel di rahim sebab tu sakit. Dan esoknya keluar spotting masa saya buang air kecil. Panik jugak, terus baring je tak buat apa. Suami tolong buat kerja rumah.

Hari Selasa 9 April 2013, saya ditemani suami pergi buat Buku Pink untuk baby. Saya pilih klinik desa untuk pantau pregnancy saya. Masa tu saya dah pregnant 6 weeks 3 days dah. Another 2 weeks nurse suruh datang balik untuk minum air gula sebab berat saya berlebihan. 24 April 2013 hari Rabu, saya kena minum air gula. Sangat manis air gula tu. Saya tak minum sikit-sikit, saya minum sekali one shot! Memang mual sangat, rasa nak muntah balik tapi tahan jelah sampai ambil darah after 2 hours.

Hari ni dah 9 weeks 2 days pregnant and everything is okay, Alhamdulillah. :) Dah nampak heartbeat baby. Dah nampak tangan kaki dia. Boleh tengok kat dalam image kat atas tu. Teruja nak tengok dia didalam tangan saya. hehehe

Terima kasih Allah untuk anugerah yang bernilai sangat. Terima kasih kerana Engkau Maha Mengetahui kesediaan kami suami isteri. Terima kasih diatas kurniaan ini, semoga semakin bahagia hubungan suami isteri ini dan kekeluargaan kami. Amin.