08 March 2011

365 Hari Mencari Cinta!

Finally, 8th March 2011! Rasa macam baru semalam Gula2Hati mengorat saya hehehe Serious saya rasa sekejap sangat dah setahun umur relationship kami ni. Honestly, saya rasa seronok sangat sepanjang setahun ni. Tak ada rasa tak seronok pun. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, semoga Allah memberkati perhubungan dan persahabatan kami sampai ke jinjang pelamin, anak cucu, akhir hayat, insyaAllah. :)

Disebabkan hari ni sangat istimewa, saya nak share sikit macam mana bermulanya kisah saya dan Gula2Hati. Mungkin post ni akan jadi panjang di akhirnya, saya tak pasti lagi. Kalau berminat nak tahu macam mana, baca lah hehehe

Ia bermula dengan saya frust menonggeng pasal bercinta. My previous relationship tak berjaya and I'm quite disappointed and frust gila. About setahun 6 bulan saya melarang diri saya dari bercinta. Entah, rasa down dengan diri sendiri and rasa macam dah tak ada lelaki yang boleh ganti ex-boyfriend saya tu.

Bila dah jadi macam tu, saya mula bersosial secara melampau antara kawan-kawan zaman sekolah saya. Memang selalu hang out dengan mereka, lepak kedai mamak, layan movies dan macam-macam lagi. Ok, saya dah lupa bila saya break up dengan ex-boyfriend haha Miracle! Sebab tu saya sayang Gula2Hati hehehe

To cut it short, lepas setahun saya single, kawan saya ni ajak datang rumah dia sebab ada BBQ untuk abang dia yang nak pergi Jakarta. Untuk abang dia, tapi kawan-kawan adik dia yang datang hahaha So, saya pun pergi lah. Biasa lah, saya menghiburkan hati yang lara dengan kawan-kawan je masa tu. Kebetulan, kawan-kawan abang dia pun ada sekali. Dan tak sangka pulak ada salah sorang dari mereka tu dah tangkap cintan sama saya hahaha Bukan Gula2Hati ye. Pembetulan. Ada lah seseorang ni yang saya taknak cerita pun. Boleh dikatakan beberapa orang kawan-kawan abang kawan saya tu add saya kat Facebook, termasuklah Gula2Hati. Ehem. hehehe

Maka bermula lah perbualan di Facebook hehehe Part ni kelakar, saya tanya Gula2Hati, macam mana leh add saya, dia jawab, kawan saya tu yang suggest, padahal lepas beberapa bulan in relationship dia kata dia buat cerita je hahaha Bertuah punya lelaki hahaha Taktik bukan main! Dekat 3 minggu lepas BBQ tu baru Gula2Hati add saya. Kami berkawan dalam Facebook je, tak pernah pun jumpa since BBQ. Sampailah Hari Raya Aidilfitri Gula2Hati ajak pergi photo shoot kat sawah bendang. Oh ye, Gula2Hati sangat mencintai photography dan saya sangat suka kena ambil gambar, so kat situ dah nampak kimia nya??? hahaha Mungkin jugak dia guna taktik tu untuk ajak saya keluar hahaha So, tanpa berlengah, saya pun setuju nak ikut, padahal time tu baru balik dari rumah sedara bertunang, nasib la tengah cantik kan, terus nak ikut hehehe

Saya tak pasti kenapa tapi saya sangat selesa dengan Gula2Hati time tu. Dia bahan kan saya time tu pun saya seronok je hahaha Saya rasa macam dah kenal lama sangat dengan dia sampai saya nak turun sawah ke nak buat apa ke saya suruh dia pegang tangan saya. Padahal ramai lagi lelaki lain masa tu. Tapi saya nak dia jugak yang sambut tangan saya hehehe Pastu first time pulak, tak malu betul aku ni hahaha

Sejak dari kejadian sawah bendang tu makin lama makin nampak taktik2 dia nak ngorat saya hahaha Rajin gila dia datang UPM, kebetulan adik dia pun belajar kat UPM, ada je alasan nak ajak saya tumpang balik dengan dia hehehe Dia selalu bawak saya makan kat Food Court payung kat precint 9 Putrajaya. Pastu kalau balik weekend, mesti melepak dengan dia and abang kawan saya tu hahaha Last-last saya kawan dengan abang kawan saya pulak. :P

Pepatah melayu ada sebut, ku sangka kan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Ada lah beberapa kes yang jadi yang buatkan saya atau dia ke saya pun tak pasti, mendiamkan diri. Gula2Hati kata dia yang menjauhkan diri dari saya, atas sebab apa pun taktau. Mungkin dia ada bagi hint tapi saya macam tak faham, then dia pun macam dah frust agaknya, tu bawak diri kut ekekeke Tapi ketidakhadiran dia untuk beberapa bulan tu betul-betul buat saya rasa kehilangan sebenarnya. Saya rasa resah jugak lah. Macam ada yang tak kena. Agaknya saya dah jatuh cinta dengan dia kut hehehe SMS tak reply, call tak jawab, gila tak sedap hati. Kat Facebook pun senyap je. Memang rasa tak sedap sangat.

Oh ye, masa kami berkawan, saya panggil dia 'Kanda', dia panggil saya 'Dinda' atas tak ada sebab saja suka-suka hehehe Melekat pulak tu. Entah macam mana, dia muncul balik lepas menyepikan diri. Saya pun suka sangat hahaha Berkawan balik macam biasa sampai lah satu tahap tu saya dapat rasa something between saya dengan dia. Rasa yang sangat lain. Rasa yang saya tak pernah rasa sebelum ni. Rasa yang buatkan saya jadi berani nak meluahkan perasaan saya kat dia.

Beberapa kejadian berlaku antara saya dan dia, yang saya rasa buatkan rasa tu lagi kuat. Saya pun taktau dari mana datang kekuatan tu sampai saya berani luahkan perasaan saya pada dia. On 8th March 2010, saya berani mati buat luahan tu kat dia hahaha Tak disangka dia pun menaruh perasaan yang sama, even saya dah tahu lama dah hahaha Kami officially declared kat Facebook. Beberapa hari lepas tu baru lah pergi dating hehehe Kelakar gila ok! Sesuatu yang tak pernah kami jangka, jadi tanpa bagi apa-apa tanda. Saya klasifikasikan ini sebagai sesuatu yang ajaib dan luar biasa.

Untuk Gula2Hati, kalau awak baca ni, Happy 1st Anniversary! Terima kasih sebab jaga saya selama setahun ni, melayan kerenah, melayan perangai, melayan saya hehehe Saya sayang awak sangat! :)





p/s: can't wait for the dinner! ;)



02 March 2011

365 Hari Mencari Cinta: 6 days to go!




Ok teruja kejap bila tengok benda ni kat Facebook! :D

Big event katanya. Ok tu je. Bye.





01 March 2011

365 Hari Mencari Cinta: 7 days to go!

Rasa macam baru je type post ni Dear March, aritu, which is a year before! Kagum tak??? hehehe Mestilah kan hehehe

Seminggu je lagi nak cukup setahun hehehe Selalu je re-cap balik cerita setahun dulu dengan Gula2Hati hehehe Pastu dua-dua gelak besar hahaha

:P