26 February 2011

365 Hari Mencari Cinta: 10 days to go!

Miss 3 hari lagi hahaha Laptop tak bersama saya dan mood tak berapa nak stabil sebab sakit. Bukan saya sorang je sakit, tapi Gula2Hati pun sakit jugak. Dan agak serious sampai ke hospital. Saya risau sangat kan dia tapi dia still boleh main game tembak-tembak. Haishhh... Sabar jelah. Dan masih buat lawak macam biasa hehehe Happy je bila dapat tengok muka dia. Even mata sepet sebelah ekeke Comel. :)

Saya ada lirik dari lagu 150 Juta by Fynn Jamal. Sila cari kat YouTube kalau nak tau lagu apa. Saya suka lirik dia. Ni sikit-sikit liriknya;

Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas, jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia

Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Lagu ni best, pergi cari dan dengar ok. ;)







p/s: dalam mood kekecewaan. hurmm...



23 February 2011

365 Hari Mencari Cinta: 13 days to go!

Less than 2 weeks!! Kita nak pegi celebrate kat mana sayang? hehehe We all dah ada beberapa list of restaurants untuk our 1st anniversary nanti. Kat mana? Itu rahsia! hikhikhik Tunggu di hari kejadian hehehe

Terlepas 3 hari pulak. Biasa lah busy ekekeke Busy lah sangat. Busy body hahaha











p/s: can't wait! can't wait! ;D




20 February 2011

365 Hari Mencari Cinta: 16 days to go!


Ok terlepas lagi hari yang ke 17 hahaha Kami sangat busy semalam. Ye, saya dan Gula2Hati sibuk. Dari pagi sampai malam.

Bosan tak ada gambar kan? So hari ni saya letak gambar ni:



Gula2Hati lukiskan untuk saya hehehe Kalau boleh setiap apa yang dia cakap saya nak tulis kat mana-mana so nanti saya boleh baca balik. :)




p/s: meluap-luap! ;P



18 February 2011

365 Hari Mencari Cinta: 18 days to go!

Saya kat ofis ni. Hari ni bosan nak mati kat ofis. Semua orang senyap je. Macam tak ada orang pun ye. Hari ni tak ada idea nak update apa. Hmm... Mengantuk!




Nak Gula2Hati sekarang, kat ofis dengan saya, duduk online kat sebelah saya, borak dengan saya, apa-apa lah, janji dia ada kat sebelah. Baru tak mengantuk hehehe






p/s: ok saya gedik. :P



17 February 2011

365 Hari Mencari Cinta: 19 days to go!

Saya terlepas hari yang ke 20 sebab laptop saya buat hal. Hari ni laptop dah ok dah tapi saya update kat ofis hahahaha

So hari ni tak ada apa sangat sebab mood kat ofis lain. :P







p/s: get well soon to myself. ;)



15 February 2011

365 Hari Mencari Cinta: 21 days to go!

Salam Maulidur Rasul kepada semua! Hari ni cuti umum untuk semua orang kat Malaysia. So, harap semua dapat memanfaatkan cuti anda ni ye hehehe

Lebih kurang 3 minggu lagi! Yeay! hahaha Ok, saya masih tak sihat, tapi bila Gula2Hati ada dengan saya, saya lupa pasal tak sihat saya tu hehehe Hari ni tak ada gambar tapi saya ada ayat dia yang saya quoted;

"aku suka kan kau salmah.."

Hehehe Ayat yang takkan saya lupakan sampai bila-bila. Buat pipi jadi merah hahaha Taktau nak cakap macamana lagi, saya sayangkan dia sangat. :)





p/s: apa pun jadi, tak sihat macam mana pun saya, saya takkan putus asa untuk kejar masa depan saya dengan dia.



14 February 2011

365 Hari Mencari Cinta: 22 days to go!


Currently, saya tak sihat. Since 3 minggu lepas saya dah rasa tak sedap badan dan saya dah beberapa kali jumpa doktor pakar. Pada saya ini agak serius dan sangat mengganggu fikiran saya. Risau sangat. Sebab berkaitan dengan kesihatan saya.


Saya perlukan dia selalu. :(



13 February 2011

365 Hari Mencari Cinta: 23 days to go!

Nothing much to say, I just want Gula2Hati to know that I love him so much. He is everything to me. He is my soul.




12 February 2011

365 Hari Mencari Cinta: 24 days to go!


Sebenarnya countdown ke 365 hari ni saja je saya buat. Pada saya, benda ni takkan jadi lagi lepas ni pada saya. Saya boleh rasa sekali ni je. Saya nak share apa yang saya rasa dengan Gula2Hati sepanjang 365 hari ni. Saya nak semua orang tahu betapa appreciate-nya saya atas kehadiran Gula2Hati dalam hidup saya. :)

Kali ni saya share lagu pertama yang Gula2Hati bagi masa kami baru-baru kenal. Dia bagi lagu ni kat Facebook, dia kata lagu ni best. Memang best pun bila dah dengar. Dengar lah ye! ;)



Start dari hari tu, saya mula suka dengan dia. Then, baru lah jumpa kat sawah padi. Sebab tu dah boleh rasa selesa dengan dia. Untuk cerita sebelum dia bagi lagu ni kat saya, kena ikut post saya lepas-lepas ni ok.




p/s: ada ke orang ikut ni??? hahaha :P



11 February 2011

365 Hari Mencari Cinta: 25 days to go!

25 hari lagi! hahaha Sekarang time saya type post ni, sangat lah mengantuk tapi saya tahan sikit sebab nak post jugak hehehe Hari ni saya rindu sangat-sangat kat Gula2Hati...... :(

Gambar bawah ni masa photo shoot pre-wedding Sheila. Time ni Gula2Hati kata dia datang sebab saya hehehe Terharu sangat. Time ni masih kawan lagi, masih 'aku kau' lagi hahaha


Masa ni saya dah start malu-malu dah hahaha Saya yakin dia pun sama jek! hahaha Tak tahu kenapa, tapi saya boleh rasa sesuatu antara kami.

:)




p/s: I Love You, Sayang.


10 February 2011

365 Hari Mencari Cinta: 26 days to go!


Tinggal 26 hari je lagi! Yay! hahaha Excited sangat dah saya ni. Just now, while having our dinner together, teringat balik sebelum bermulanya relationship kami. Kelakar sungguh! Antara ayat yang sesuai untuk kami, "Kita dulu dari 2 dunia yang berbeza, tapi kita bersama sekarang." hehehe Takpe, nanti saya cerita secara brief lagi. Seperti biasa, pencuci mata untuk semua. ;)


Gambar ni bukan Gula2Hati yang ambil, tapi Moonsyi yang ambil. Gula2Hati just EDIT-kan saja. Atas permintaan saya, dia editkan. Masa tu tak bercinta lagi, still 'aku kau' lagi tapi disebabkan nak mengorat agaknya, dia edit kan lah hahaha Time tu mintak je apa, mesti dapat hehehe Sekarang pun sama, kan sayang? hikhikhik Saya tau awak stalked blog saya. :P

Ok, jumpa di hari esok pulak. Bye.



09 February 2011

365 Hari Mencari Cinta: 27 days to go!

Semalam 8th February 2011, 11 bulan saya officially bersama Gula2Hati. I'm glad that we managed to be until here, where we now! Happy sangat. Tuhan je yang tahu. :)

So, starting hari ni, everyday, saya akan buat post countdown to our very 1st year together. Like other relationships, we also gone thru many many things together. Tak payah lah nak diterangkan satu-satu kat sini kan. Biar kami je yang tahu. Apa yang anda semua perlu tahu, just yang happy je hehehe Memang tujuan awal nak cerita yang happy je, yang tak happy taknak cerita hehehe

Sebagai pencuci mata semua, saya letak our first gambar bersama.


Gambar ni kat sawah padi kat Tanjong Karang kalau tak silap, Aidilfitri 2009. Masa ni kawan lagi, masih 'aku kau' lagi hehehe Time ni jugak 1st time saya keluar dengan Si Baju Hijau tu hikhikhik Tapi masa ni saya tak ada perasaan lagi kat dia tapi dah leh rasa selesa dengan dia. :P

Sampai sini dulu. Tunggu nanti k. ;)



p/s: berusaha untuk post hari-hari without fail. sebab akan ada 'surprise' on the 365th days. hehe



06 February 2011

Cinta itu selesa.

Its February, its month of love. Cliche-nya, orang selalu kaitankan February dengan cinta. Bagi saya, tiap bulan adalah bulan cinta hahaha In fact, setiap hari saya jatuh cinta. Sebab, cinta bukan senang nak dapat dan rasa. Sangat RARE, so kita kena appreciate bila dia singgah.


pic source: queenlyana.com


Tapi ramai orang tak tahu apa maksud cinta tu sebenarnya. Saya pun tak tahu pada mulanya. Yelah, kita pelik macam mana cinta tu boleh datang, boleh wujud, boleh timbul, boleh ada. Macam mana ye?

Lebih dari suku abad saya hidup, dan lebih kurang hampir 10tahun saya didedahkan dengan cinta, saya tahu apa itu cinta. :)

Kamus saya menterjemahkan cinta itu sebagai selesa. Cinta itu selesa. Cinta itu keselesaan yang terbit antara 2 orang. Ok, macam ni. Kita jumpa seseorang, kita kenal, kita berkawan, kita mengenal, kita jadi selesa dengan dia. Kita rasa senang bersama dia, kita rasa gembira bila dengan dia, kita rasa selesa bila dia ada dengan kita.

Saya kalau dengan boyfriend saya, saya akan jadi diri saya sendiri. Kalau saya gila, gila lah saya depan dia. Sebab, bukan senang untuk orang menerima diri kita seadanya. So, bila masing-masing dah selesa dengan kehadiran diri masing-masing, gila macam mana pun diri ni, pasti penerimaan itu ada.

Tapi bila dah tak ada rasa selesa tu, mungkin cinta akan hilang sikit-sikit. Kebiasaan yang jadi bila orang putus cinta.

Saya sangat selesa dengan Gula2Hati dalam keadaan apa sekalipun. Seronok, gembira, bahagia, suka, duka, sedih, marah saya selesa dengan kehadiran Gula2Hati dalam hidup saya. :)



p/s: 11th month in 2011