28 December 2010

2010 yang lepas.


Lagi beberapa hari je dah nak 2011. Rasa macam baru je type review pasal 2009. Ni dah nak type review 2010 pulak. Cepat masa berlalu, kan? Kali ni memang cepat sangat terasa. Rasa macam tak sempat-sempat. Lebih-lebih lagi bila dah mula kerja. Terkejar-kejar rasanya.

Bila tengok balik archive blog ni untuk 2010, every month sikit gila. Over all total posts ada 87 je. Sikit kalau nak compare dengan 2008 and 2009. Paling banyak posts dalam bulan April and May. Tu pun 12 posts je hahaha Ok jom kita review balik. Tapi yang pasti, 2010 saya tak banyak share benda.

So pada bulan January, yang saya ingat saya pergi Penang. Jalan-jalan makan angin dengan 2 orang lagi kawan saya. Pergi 4hari 3malam. Seronok dan seronok hahaha Last pergi Penang pun entah bila, masa kecik-kecik rasanya.

Bulan February pulak pergi Singapore. Uihh awal-awal tahun jalan sakan hahaha Baru buat passport tu yang sakan tu hehehe

Dan yang paling saya suka bulan March. Sebab saya in a relationship dengan Gula2Hati hehehe Actually since February lagi kita orang macam dah nak ke arah tu tapi March baru ada keberanian untuk meluah perasan hahaha Saya geli. :P

Bulan May pulak bulan presentation Final Year Project. Alhamdulillah, berjalan lancar. Dan balik present je dapat kerja hehehe Minggu depannya mula kerja. Sekarang dah masuk 7 bulan kerja. Bahagia dengan company tu. :)

June merupakan bulan yang best bagi saya sebab first, birthday saya yang ke 25 and before tu my bestfriend's wedding! Sheila kahwin dengan Afiq hehehe Saya ke Kerteh, Terengganu untuk meraikan wedding mereka berdua.

Bulan July pulak tak banyak benda yang boleh diingatkan. So far, banyak jugak benda yang sedih jadi, tapi saya MALAS nak type. Sebab tak best buat apa nak share. Just biarkan berlalu sajok.

Bulan Ramadan jatuh pada bulan Ogos. So aktiviti berbuka puasa dipejabat pun bermula hahaha Gila busy saya bila dah start kerja. Balik dah malam, penat. Memang tak ada masa nak menaip kat blog ni.

Hari raya pasti lah bulan September kan. Raya tahun 2010 memang syok sebab lain lah dengan tahun-tahun sebelum hehehe Dan September jugak birthday Gula2Hati. Celebration untuk dia makan cake and pizza dengan kawan-kawan dia! :D

Konvokesyen saya pulak jatuh pada bulan Oktober! Sangat bahagia dah habis belajar. Selesai semua project dan sekian benda.

Bulan November and December tak banyak benda jadi. Sebenarnya banyak tapi macam dah lupa je hahaha Tapi saya rasa saya dah tak aktif sangat blogging. Dulu-dulu sebab saya student, banyak masa nak mengadap laptop hehehe Sekarang serious tak ada masa dah. Masa saya semua untuk kerja. Cuba untuk bahagi-bahagikan masa gak ni. Cuba.

Entah lah, rasa macam makin membosankan je tulisan saya sekarang. Kan?



27 December 2010

You.



As we lie beneath the stars,
We wonder who we really are,
I wonder what you see in me,
We'll fall asleep beneath the trees.

Run your fingers through my hair,
Show me that you truly care,
Day by day, and night by night,
When I'm with you I have no fright.

The day you told you loved me,
That's when I gave you the key,
To my heart, soul and mind,
I'm glad to know that you're all mine.

I want it to last forever,
To know that we'll always be together,
Feel no pain or sadness dear,
I want you to always be near.

In every hug and every kiss,
When I'm with you I feel true love exists.
Hold me close and never let me go,
Don't let me fall amidst the shadow.

For I am yours, forever it may be,
I am yours for all eternity.
I mean it all; all I've said,
Without you, a part of me is dead.



I love you.


- By Cami Surrett



25 December 2010

How I celebrate Christmas this year?


Hah mana ada celebrate pun hahaha Sekadar penghias tajuk untuk post kali ni hehehe Oh, selamat menyambut untuk mereka yang menyambut. :)

Hari ni tak ada apa sangat nak saya cerita kan sebenarnya. Post ni terhasil sebab saya terlalu bosan sambil menunggu kepulangan Gula2Hati dari kerja. Dua hari dia pergi 'meninggalkan' saya disini. Ok, saya gedik hehehe Hari Sabtu yang tak ada apa nak dibuat selain basuh baju. Dah nak kering pun baju tapi sehelai seluar je yang betul-betul kering hahaha Hari mendung sejak kebelakangan ni. Dan hujan kadang kala. Sejuk setiap malam.

Apa yang saya merepek kat atas tu??? Abaikan. 3 hari saya kena kerja luar. Luar pejabat. Tapi masih dalam negeri. Penat? Penat jugak tapi ok. Sebab keluar dari pejabat ambil angin luar, bukan angin pejabat. Tapi setengah hari je kat luar. Setengah hari lagi masih dipejabat. Haih, bosan.

Bila tak ada apa nak buat sebelum berjumpa Gula2Hati beberapa jam lagi, saya saja baca balik posts lama-lama saya kat sini. Sebelum ada kekasih hati, saya rajin jugak post pasal hal semasa tapi tiada kaitan dengan peperangan atau sukan dunia. Time tu idea memang mencurah-curah. Saya suka blog saya ada cerita yang lebih kepada hal semasa, kesedaran, peringatan hehehe Kalau resipi, waktu bersuka ria boleh juga sekali sekala.

Teringin pulak nak post pasal hal semasa saya yang boleh jadi pengajaran pada kamu semua. Tapi bila difikirkan balik, terlalu sensitif isu itu kalau nak diutarakan disini. Maksud saya, terlalu personal hehehe

Tapi tak apa lah, mungkin akan diceritakan dalam bentuk dan jalan cerita yang berlainan sikit nanti. Akan difikirkan kelak. Buat masa ni, biarlah saya update hanya pasal kegembiraan yang saya kongsi dengan Gula2Hati.

Ada jugak terfikir nak buat blog ni macam blog Bride-To-Be yang lain hehehe Tapi tak reti dan belum confirm lagi bila nak jadi bride hehehe

Tengok, panjang lebar tapi kosong. Bosan kan? Saya bosan dengan tulisan sendiri.

Bye.



20 December 2010

Love is you. You and me.


Love is real, real is love,
Love is feeling, feeling love,
Love is wanting to be loved.
Love is touch, touch is love,
Love is reaching, reaching love,
Love is asking to be loved.
Love is you,
You and me,
Love is knowing,
We can be.
Love is free, free is love,
Love is living, living love,
Love is needing to be loved.

- Love, John Lennon.










18 December 2010

One step closer.


Mula-mula 2 minggu je tak update, sekarang dah jadi dekat sebulan hahaha Masih ada ke yang baca blog saya ni??? Macam dah tak ada jek. :P Tapi tak apa lah, saya update jugak blog ni serba sedikit pasal life saya. Sikit je lah, takleh banyak hehehe

Seperti yang telah dijanjikan, bulan 12 pun dah nak habis hehehe Saya nak share cerita pasal saya dan Gula2Hati pergi kursus kahwin kat Mont Kiara by Siarra & Dinderk sebenarnya. Itu lah yang saya excited-kan sangat since bulan November lagi hehehe


Gambar thebridezilla.wordpress.com yang punya, saya pinjam sebab gambar sijil kursus kahwin saya ada kat Gula2Hati hehehe

Banyak input berguna saya dapat dari kursus pra-perkahwinan tu. Mesti lah kan, takkan dia nak ajar benda tak guna hehehe Semua boleh di-praktik-kan dengan cara yang betul lah. Tempat kursus sangat selesa, dan ada class sikit lah. Sesuai untuk semua termasuk orang seperti kami yang dari golongan biasa-biasa je ni hehehe

Saya kira, kursus ni dah jadi platform untuk saya prepare for next step untuk memasuki gerbang perkahwinan. So, kepada semua yang baca post ni, doakanlah saya dan Gula2Hati berkekalan jodoh hingga ke gerbang perkahwinan tu dan diberkati. Amin...

:)