29 October 2010

Getting married?


Oh hye! Lama tak post pape since konvo kan? BUSY gila. Kerja, hidup, peribadi, sekeliling. Haihhh. Post ni pun sebab tugasan saya. Oh ye, ni dah hujung tahun kan? Mesti ramai yang plan nak bertunang, kahwin kan kan kan??? Tau dah hehehe So, Lembayung Senja Photography ada ENGAGEMENT & WEDDING Package BARU untuk semua Bride2Be kat luar sana! Boleh click link yang saya letak tu. Sambil tu boleh tengok photo work dari mereka juga! Tapi kat sini saya letak jugak package-nya:


Engagement
  • 1 x Photobook Magazine Style size 10"x12" (40pages).
  • 2 x 12R photo with simple and nice Black Frame.
  • 1 x DVD with unlimited shot and Classic Leather DVD Case.
  • 2 x Photographer(s) covering the event for wider coverage.
  • 4 - 6 hours event coverage.
  • 1 Outdoor portraiture session.


Wedding

Package A
  • 2 x UV Story Board Album size 10"x12" (20 pages).
  • 1 x Photobook Magazine Style size 10"x12" (40pages).
  • 4 x 12R photo with simple and nice Black Frame.
  • 1 x DVD with unlimited shot and Classic Leather DVD Case.
  • 2 x Photographer(s) covering the event for wider coverage.
  • 2 x Outdoor portraiture session(s).
  • 3 Days event coverage.


Package B
  • 2 x UV Story Board Album size 8"x12" (20 pages).
  • 1 x Photobook Magazine Style size 8"x12" (40pages).
  • 3 x 12R photo with simple and nice Black Frame.
  • 1 x DVD with unlimited shot and Classic Leather DVD Case.
  • 2 x Photographer(s) covering the event for wider coverage.
  • 2 x Outdoor portraiture session(s).
  • 3 Days event coverage.



Ok, kat atas tu adalah package-nya. Tapi, tapi, tapi! Ada SURPRISE!!! Kalaulah ada kawan-kawan anda yang nak bertunang/berkahwin, anda recommend lah Lembayung Senja Photography pada mereka SEBAB, ada HADIAH SPECIAL untuk INTRODUCER!!! Iaitu, pertama, Conceptual Photo session secara PERCUMA! ATAU, CASH TOKEN berbentuk WANG RINGGIT MALAYSIA yeeee!!! Siapa taknak kan!!! Rugi lah kalau taknak. Syaratnya, boleh redeem hadiah HANYA SELEPAS client a.k.a kawan anda tu bayar final payment dia. So, tunggu apa lagi??? Recommend lah sekarang!!! :D

Untuk pengetahuan anda, harga untuk package tersebut tak boleh dipamerkan, hanya akan diberitahu kalau anda menelefon/meng-email pada wakil Lembayung Senja Photography. Lebih mudah, berurusanlah dengan saya sebab saya P.A kepada photographer hehehe

Sebarang kemusykilan/pertanyaan sila email saya di aidasalmah@yahoo.com atau terus kepada email Lembayung Senja Photography di lembayung.senja.photography@gmail.com


So, contact kami cepat untuk booked tarikh anda!!!!


;D


14 October 2010

Konvokesyen; rasmi!


Secara rasmi, saya pertontonkan gambar-gambar sekitar pre-konvo dan post-konvo. Semasa konvo tak ada sebab photographers saya takleh masuk. So, selamat menatap gambar-gambar konvo saya! :D


Ini adalah 2 gambar dari Official Photographer saya; Lembayung Senja Photography, sila click link untuk tatap lebih banyak muka saya hahaha


Dan yang 2 ni pulak dari 2nd photographer, Afnan Omar. Sila click link untuk tengok macam-macam lagi aksi 'NGERI' saya dengan kawan-kawan hahahahaa

Selamat terhibur dengan gambar-gambar konvo saya! ;)









p/s: kalau ada yang berminat, boleh contact mereka untuk dapatkan quotation. hihihihi :P




13 October 2010

Alkisah degree.


Rasanya semua dah tahu saya dah konvo! hehehe Maka, resolusi 2010 yang ke-4 sudah pun tercapai. Nampaknya, 5 dah selesai. Ada lagi 3 belum terlaksana. Beli kereta, beli DSLR dan kuruskan badan hahaha Kereta insyaAllah awal tahun 2011 saya nak beli. Tapi secondhand aje. Kuruskan badan tu saya jadikan resolution untuk tiap tahun ekeke DSLR pulak, saya tukar dengan BERKAHWIN. Jadi, 2 benda penting dalam perancangan saya sekarang, kereta dan kahwin. :)


Gambar ni dari Sheila. Gambar dari Official Photographer saya nanti saya letak ok hehehe Susah senang saya kat UPM dengan Sheila je.

Saya nak cerita pasal degree saya ni. Macam mana boleh TER-sambung degree pulak. Sebenarnya saya LANGSUNG tak fikir nak sambung degree. Cukuplah sekadar diploma je. Lagipun kewangan family tak ada lah kukuh sangat. So, saya kerja. Dah nak dekat setahun kerja, dan kerja makin banyak. Paling tak best, kena shift pulak. Apakah??? Sebab nak buat data migration untuk system. Tempat kerja jauh sangat dari rumah. Saya kena naik 3 kenderaan berbeza. Bayangkan! Disebabkan tak sanggup nak kerja shift, saya ambil keputusan nak sambung degree. KEBETULAN, kononnya, nak sambung sama2 dengan ex-boyfriend.

KONONNYA, lepas habis belajar, nak kahwin lah. Kononnya. Tapi saya nak skip pasal tu sebab tak best pun cerita tu hahaha UPM menjadi pilihan. Kenapa? Sebab diploma twinning dengan UPM. Kalau sambung degree UPM boleh tranfer credit hehehe Pastu dekat dengan rumah. Dalam Selangor gak.

Yang bestnya, part ni memang best hehehe Saya ada TER-syok kat sorang mamat ni hahaha Dia classmate saya jugak. Tak tahu, tapi masa orientasi saya dah suka kat dia ni. JUJUR, memang banyak kali saya try nak curi hati, pandangan, dan lain-lain dari dia ni. Mula-mula je macam ada respon, pastu tak ada. Oh, kecewaaaa!!!

Pastu lama-lama saya dah fed-up hahaha Move on lebih baik. Tak dinafikan, masa saya kat UPM, banyak benda saya belajar. Bukan saja pelajaran, kehidupan pun banyak. Pahit maung tawar manis masin masam, banyak saya lalui kat UPM. Pasal kawan-kawan tak ada masalah sangat, tapi ada jugak lah sikit hahaha Lebih kepada personal. Tapi alhamdulillah, saya dapat lalui semua tu.

Bila fikir balik, nak tergelak pun ada. Macam tak percaya, 2007 masuk, 2010 dah konvo. Rasa macam baru register hari tu hahaha Tapi saya percaya, semua ni ketentuan-Nya. Dah tertulis. Saya bersyukur sangat! Paling best, semester akhir, saya dah ada Gula2Hati, sampailah ke hari ni, masih bersama dia. :)

Sekarang, dah sampai masa untuk hadapi dunia sebenar yang lagi banyak cabaran rasanya hahaha Sabar jelahhh. Sebab sekarang ni lagi banyak tanggungjawab nak kena pikul. Lebih-lebih lagi bila dah niat nak kahwin.

So, kepada semua yang konvo tahun ni, CONGRATULATIONS!!! :D







p/s: pre-convo & post-convo photo shoot akan menyusul kemudian! ;)





11 October 2010

11.10.10: After 3 years!




It's my convocation!!!

:D








p/s: thank you Gula2Hati for the lovely flower bouquet! gambar eksklusif akan diletak kemudian. ;)



08 October 2010

You're the reason.










p/s: i ♥ ♥ ♥ ♥ you!!!



05 October 2010

Teaser: 2007-2010









p/s: fun! :D