24 May 2010

Happy birthday, prince!




Johan : Johan dapat bicycle baru!
Maksu : Wah! Cantiknya!
Johan : Mahaaaaallll......
Maksu : Yeke. Berapa ringgit?
Johan : Tiga ringgit.
Maksu : (hehehehehe)



23 May 2010

Aku dan layang-layang.





22 May 2010

2 months and 2 weeks.





2 of us.




21 May 2010

Dah berubah dah.


Hidup saya kini dah BERUBAH. Perubahan drastik jugak rasanya. Sebab saya dah kerja, so masa tu jadi terhad nak update blog ni. Cerita ada. Idea banyak. Masa dan tenaga je tak bagi kesempatan. Ni pun curi-curi tulang hehehe Rasa macam dah tak ada LIFE macam time study dulu-dulu. Tapi memang ini pun yang saya tak sabarkan sangat. Walau apapun, saya HAPPY dengan perubahan ni. Even balik rumah lambat, tapi saya tak kisah. Sebab saya buat benda yang saya ENJOYED nak buat. SERONOK bila kena solve-kan CODING. Serious seronok bila problem SOLVED! :D

So, apa lagi yang dah berubah??? Masa untuk diri sendiri, contoh, shopping ataupun tengok movie ataupun ber-gossip dah tak ada dah. Tengok TV??? Dah lama gila tak tengok TV ok. Baca paper pun kat office punya. Nasib office ada paper hehehe Dan yang paling saya SUKA, perubahan pada coach Komuter. Ada Ladies' Coach! Macam orang tak tahu pulak hehehe Masa awal-awal dulu ingat tak ACTIVATE coach tu. Sekarang ni je baru diorang pantau. Tapi memang BEST sebab tiap kali naik Komuter mesti dapat duduk. Oh ye, saya ni pengguna Komuter yang PALING setia sejak kerja ni. Jimat! hehehe Dan mudah.

Oh ye, lagi 30 hari untuk saya menjangkau usia SUKU ABAD. Makin banyak usia, makin BANYAK tanggungjawab. Bukan senang nak jadi dewasa. Susah. Lebih baik nikmati zaman kanak-kanak, remaja puas-puas. Tapi, janganlah sampai tak ada apa-apa preparation langsung untuk hadapi zaman DEWASA. Cari pengalaman banyak-banyak. Insyaallah, akan dipermudahkan. Saya??? Entahlah. Hadapi jelah.


:)



12 May 2010

3 hari.


3 hari yang BEST! Saya tak tahu lah, tapi saya suka tempat kerja baru saya. Sangat COOL with graffiti on the wall. I really adore that. Tambahan saya buat benda yang saya minat. Saya tak kisah even kena balik lewat sikit(sebab dah masuk pun lewat kan hehehe), I enjoyed myself working there!

Colleagues tak payah cakap lah, memang baik, sporting, friendly, KACAK(tu penting!) ekekeke Environment pun best. Paling best, dekat dengan Midvalley & Gardens. Senang nak shopping hikhikhik Transportation pun senang. So far, Alhamdulillah. Harap tak ada apa yang TAK best lah pasni. But, for sure ada punya nanti. Baru lah nama HIDUP, kan? But will take it positively. InsyaAllah. :)

Actually, BANYAK benda jadi before saya start kerja hari tu. Dugaan bercambah-cambah. Even sekarang pun masih terasa diduga. Just saya taknak fikir sangat nanti boleh sakit kepala. Focus more on my job. But later I'll update you guys about the 'dugaan' thingy.




p/s: semoga Tok saya cepat sembuh. Amin.



09 May 2010

Sabar.


Apa lagi yang boleh aku buat selain, BERSABAR?
Aku hanya mampu bersabar.
Aku tak boleh marah.
Aku hanya boleh menahan.
Betapa peritnya menahan.
Aku macam dah tak ada siapa.
Aku rasa sorang.
Aku tak tahu apa yang aku kena buat.
Aku tak tahu apa yang orang nak aku buat.
Sebab aku rasa aku dah buat semua benda yang orang nak aku buat.
Aku tak buat benda yang orang tak suka aku buat.
Aku tahu apa yang aku buat.
Aku tak pernah mintak orang buat untuk aku.
Aku tak pernah, melainkan aku terpaksa.
Aku salah ke?
Salah ke kalau aku buat benda yang aku nak?
Salah ke aku buat benda yang aku berhak buat?
Aku tak berhak keatas diri aku sendiri ke?
Aku milik DIA dan mereka.
Tapi aku pun ada hak keatas diri aku sendiri.
Sekali lagi, aku tahu apa yang aku buat.
Sekali lagi, aku tak buat benda yang orang tak suka aku buat.
Aku tak buat!
Percayalah!
Tolong aku satu benda je.
Tolong percaya dengan aku.
Itu je.
Aku tak mintak lebih.
Tolong yakin dengan aku.
Tolong bagi aku peluang.
Aku nak peluang untuk aku buktikan pada orang.
Tolong aku.
Tolonglah.

Aku tak berdaya nak melawan.
Aku tak boleh.
Aku berdosa.
Aku tak suka jadi macam ni.
Aku benci.
Tolonglah jangan seksa aku macam ni.
Aku tak suka.
Tolonglah.
Tolong.

Aku mintak maaf.



08 May 2010

Saya budak gemuk.



Scary-nya tengok gambar kat atas ni hehehe Ok, back to the TITLE. Dulu-dulu masa darjah 1, saya merupakan seorang budak perempuan yang comel! Bukan nak puji diri tapi, memang comel. Rambut panjang, China Doll, kurus, memang comel lah, sampai orang panggil untuk casting advertisement.

Tapi, start darjah 4, badan saya dah mula naik. Bulat OK! Gemuk sebab ayahanda saya bagi saya makan suppliment. Time tu saya tak reti apa, makan jelah. Pulak tu rasa oren, telan aje hehehe Pastu time tu tak fikir pun nak ada boyfriend, nak jadi hot macam Angelina Jolie, nak kaki panjang macam Cindy Crawford. Tak fikir. Yang saya tahu, pergi sekolah, balik sekolah. Main, tengok TV, buat homework tu je.

Dan pertambahan berat badan menjadi-jadi sehinggalah saya form 1. Oh oh! Time tu dah mula risau. Yelah dan remaja kan. Sedih kalau diingatkan balik. Tak ada lelaki yang suka kat saya pun. Kawan perempuan pun dikalangan yang biasa-biasa je. Yang hot, terkenal, fofuler semua macam nak taknak je kawan ngan saya. Sedih gila. Tahu lah saya ni gemuk. tsk!

Masa form 3 saya ada minat kat sorang mamat ni. Tapi dia tak layan pun. Hampeh. Dia layan yang cantik, putih gebu, kecik molek aje. Saya time tu tak ada lah besar sangat. Mungkin time tu saya tak reti nak melawa. Alah, pergi sekolah, takkan nak cantik-cantik make-up semua. Kan?

Form 4 saya tukar sekolah berasrama pulak. Time tinggal kat asrama berat badan saya turun sikit dan time tu ada lah sorang mamat ni suka kat saya hahaha Gila suka! Meaning tak ada lah buruk sangat saya ni hikhikhik Tapi mamat tu bukan lah mamat yang kacak. Biasa je. Maknanya saya pun biasa jelah. Bila fikir balik, pergi sekolah nak belajar bukan nak bercinta. Saya tak bercinta pun ngan mamat tu. Tapi saya ada boyfriend lain hahaha

Bila dah masuk college, berat saya tak berapa nak turun sangat dan masih gemuk juga tak cantik. Patutlah boyfriend saya tu curang. Huh! Masa tu second year. Dengan berazam dan bertekat tinggi, saya buat transformasi pada diri sendiri. Kuruskan badan dan belajar camne nak jadi cantik.

Dan TERkenal-lah dengan ex-boyfriend saya yang previous. Habis belajar kat college, saya kerja. Time kerja memang kurus lah. Mana tak nya, pergi kerja naik komuter, lrt, bus. Kadang-kadang jalan kaki. Harus KURUS! Tapi berat turun-naik tak menentu ikut mood time tu. Kadang naik, kadang turun. Kadang gemuk, kadang kurus.


Size badan masa last day kerja nak sambung belajar. Err... Kurus kot hehehe Masa belajar badan saya sama je macam sebelum-sebelum tu. Kejap gemuk, kejap kurus. Tapi bila 'tragedi' menimpa, badan saya terus turun mendadak. Makan hati, makan perut, makan peha sendiri ekekekeke Tapi tapi, berat badan saya tak pernah kurang dari 65kg. Paling minimum mesti 65kg. Tak pernah kurang. Disebabkan itu, saya berazam untuk kurangkan lagi berat badan. Merana satu hal, geram satu hal. Mestilah kena pasang badan kan. Nak capai 60kg!


Gambar diatas adalah pada bulan March 2010. Saya tak suka nampak tulang-tulang kat leher. Saya rasa buruk pulak saya kurus. Time ni memang saya kurus. Peha saya kecik. Tak payah orang tegur, saya sendiri perasan. Badan rasa mengecut. Dah tak hot bhahaha Nak kata saya diet, memang tak lah. Makan semacam jugak. Nasi tak pernah tinggal. Every meal saya makan. Lapar je makan. Tak tahan perut. Mungkin sebab saya susah hati dengan FYP dan benda-benda sewaktu dengannya.


Melihat gambar diatas ni pulak, lagi buat saya rasa, tak cantik. Apsal macam cengkung semacam? Gigi macam nak jongang je. Tak pasal saya jadi 'Salmah Jongang' hahaha Kulit makin hitam. Adoi! Ni gambar masa bulan April 2010. Saya rasa saya dah tak cantik. Yang sememangnya saya ni tak cantik. Makin tak cantik pulak. Apa ni, gemuk tak cantik, kurus tak cantik. Haish. Nak dijadikan cerita hari ni, semalam ke kelmarin, saya timbang berat saya, dan jarum menunjukkan berat saya adalah 62KG! Memang pencapaian yang memberangsangkan tapi secara fizikalnya saya tak berpuas hati. Better chubby sikit lagi cantik kot hehehe Sampaikan makcik saya marah, jangan nak kurus lagi, dah cukup dah, katanya. Baiklah. Saya pun perasan, kurus memang tak cantik.

Ha, ini lah manusia. Bila gemuk, nak kurus. Bila dah kurus, nak gemuk balik pulak. Tapi saya taknak kurus dah, nak naikkan berat balik jadi 65kg. Maintain je pastu. Baru boleh jadi hot hikhikhik

Tapi kalau nak banding dengan 10 tahun yang dulu, kira sekarang BANYAK gila perubahan. Ramai yang 'perasan' akan kewujudan saya sekarang. Dah cantik baru nak suka. Time buruk, HARAM nak pandang. Tapi takpe, saya jadikan semua benda tu motivasi untuk diri sendiri supaya jadi lagi baik.

Err... Masih nak jadi model ke?

;P




07 May 2010

selama-lamanya!






Johan : Maksu, nyamuk gigit kaki Abang. Tolong garu kan.
Maksu : (Garu kaki Johan yang kena gigit nyamuk.)



Johan : Uhhh...Sedapnya Maksu. Garu untuk selama-lamanya!
Maksu : (erk?)





Perasaan terkini,











KUSUT.















Terima kasih.





06 May 2010

third & fifth.


Saya suka share cerita BEST saya dengan anda semua! Maka, post kali ni, saya nak cerita. Kalau ada yang RAJIN nak ingat cerita dalam post saya yang lepas, pasal azam tahun 2010, dia mesti ingat pasal 8 AZAM saya. Dan 2 azam nak beli perfume Kate Moss & buat passport dah tercapai. Kali ni, lagi dua azam saya TERCAPAI! :)

First & second, sukses! Hari ni, officially(saya yang official kan hehehe), third & fifth SUKSES! Third adalah, "nak siapkan final year project betul-betul, taknak main-main dah and kalau boleh FarmVille tu, taknak tengok sangat nanti hehehe But, boleh ke ek??? hahaha Will try my best lah for that. Beserta itu, mestilah nak study untuk final semester ni betul-betul, even tahu dah diri ni takleh nak dapat FIRST CLASS and takleh nak transform loan jadi biasiswa, tapi GIGIH ni nak dapat flying colors result! hehehe", copied from previous post, dan sememangnya dah SELESAI dah pengajian 3 tahun saya since 2007 until 2010.

Tapi tapi, yang BESTnya, pasal presentation FYP saya on 4th May aritu. Ya Allah, terima kasih sebab permudahkan perjalanan presentation saya. Smooth gila! Just time nak setup projector tu je buat saya FRUST sebab tak dapat full view kat white screen. Thank you to my evaluator yang paling COOL dalam dunia sebab tak tanya sebarang soalan just cakap, "Ok, good." lepas abis saya demo product. Terima kasih banyak-banyak! :D


So sekarang tinggal nak submit thesis sahaja. Tengah men-draft-kan thesis. Kan best kalau draft thesis macam draft post kat blog, hikhikhik

Patutnya lepas third is forth kan? But saya lompat terus ke fifth. Sebab apa? Sebab fifth yang datang dulu hehehe Forth tu pasal nak graduate tapi bulan OCTOBER nanti, lambat lagi. Apa yang ada pada fifth pulak??? "And for sure, my fifth resolution, nak dapat kerja. Kali ni memang kena ada kerja dengan kadar yang segera. Setelah 3 tahun tak kerja, saya target middle 2010, lepas belajar, kena ada kerja.", dan alhamdulillah, saya DAPAT KERJA! yeayyyy!!! Balik present FYP, bukak email, tengok ada email OFFER LETTER. Ya Allah, bersyukur tak terhingga! Rasa nak peluk semua orang dalam dunia ni! Rezeki Allah yang saya dapat, bersyukur sangat.


Saya akan start bekerja pada 10th May 2010, cantik kan tarikh 10.05.10 hehehe Position ni memang saya idamkan. Company taklah terkenal tapi boleh tahan jugak. Dah tak fikir apa, hanya tak sabar nak mula bekerja balik! Terima kasih, terima kasih, terima kasih!

Lepas ni azam yang lain insyaallah boleh tercapai jugak. Saya yakin!

:D




04 May 2010

Alhamdulillah.








p/s: terima kasih Allah. terima kasih untuk hari ini, terima kasih untuk rezeki-Mu. terima kasih Allah.



03 May 2010










p/s: 60 Hari Mencari Cinta.