28 April 2010

How it started?



July 31, 2009 at (can't remember the specific time)pm.

August 23, 2009 at 6:37am.

September 18, 2009 at 2:13am.

September 26, 2009 at 12:45pm

.
.
.
.

February 26, 2010 at (can't remember the specific time too)pm.

March 6, 2010 at (can't remember the specific time again)pm.

March 8, 2010 at 12:53pm.


And its getting started everyday.

Until now.

:)



26 April 2010

One week more!



Tinggal lagi seminggu untuk saya finalize-kan FYP saya sebelum menjelang hari PRESENTATION. Saya kena present on 4th May 2010, pukul 3.30PM-4PM. Setengah jam diberi untuk membebel apa-apa yang patut pasal product. Terima kasih kerana bagi masa yang bagaikan 30 JAM itu. Tapi akan saya cuba gunakan soft-skills saya time present nanti bhahaha Macam lah ada pun!

Thesis submission date last on 14th May 2010. Immediately lepas present saya siapkan lah. Mana lah tahu, dapat kerja before 14th tu, tak ke kelam-kabut saya dibuatnya. Itulah, penangan suka buat kerja last minute, camni lah. TAPI TAPI, product saya dengan bangganya saya umumkan, dah 90% siap. Product saya, suka hati saya lah hahaha Even orang lain kata tak sampai 90%, diorang tahu apa, saya yang buat, saya punya sukalah nak cakap 90% ke 128% ke, product saya kan hehehe Ok, tak emosi pun. :)

So, right after 14th May tu, considered as on 14th lah k, saya dah bebas dari title PELAJAR muahahaha Gelak jahat gelak jahat! hikhik Dan tak sabar nak berbakti pada agensi-agensi dan badan-badan swasta untuk kongsi kelebihan dan kemampuan saya dalam bidang yang saya belajar selama ni. Ceittt! Perasan! Tapi kita kena CONFIDENT dengan diri kita. Kalau tak reti nak buat kerja, belajar lah. Yang penting, EMPLOYED hehehe





p/s: ye, 3 posts untuk 1 hari ni! tahniah! FYP tak siap jugak. DOUBLE tahniah!



Terharu-BIRU-nya!


Sekarang ni, setahu saya lah, selain Facebook dan blogging, tengah glamour dengan satu website baru ni, Formspring. Basically, Formspring membenarkan orang ramai menanyakan soalan kepada orang yang dia nak tanya lah. Ala-ala interview gitu. So, saya ni pun TERJEBAK dengan Formspring and created 1 account. Pastu suruh orang ramai tanya soalan kat saya. Letak link kat Facebook, kat blog and kat Twitter. Alah, saja suka-suka. Bukan nak cari glamour pun.

Mostly yang tanya, dikalangan kawan-kawan UPM saya jugak. Dan kadangkala, ada lah soalan dari ANONYMOUS. Tapi sekali tanya, hamikk kau! 10, 20 soalan terus hehehe Tapi saya suka! Teruskan usaha murni anda tu supaya kebosanan saya boleh terisi hikhikhik

Dan disebabkan itu, hari ni, wujudlah statement ini :


Kecik cenonet la pulak tulisan dia hahaha Silalah click gambar kat atas untuk menyenangkan pembacaan anda. Tak pun, pergi kat sini http://www.formspring.me/aidasalmah baca sendiri. Oklah, saya tulis balik, saya kan baik hati hikhik Dia kata, "saye suke tanye cik aida..tak tau kenape..hehe..", saya reply, "hehehe itulah, sampai 20 soalan sekaligus anda tanya. tanyalah selagi saya mampu jawab. tapi nak jugak tahu sape anda ni. ;)".

Nak dipanjangkan cerita lagi, hehehe Cik CawanMerah tanya saya pulak :


Cik CawanMerah tanya, "siapa yang duk nyoal2 kak aida nih? curious2.. ", saya jawab, "ha. itulah. saya pun tak tahu. mungkin secret admirers ataupun stalkers. muahahaa gila perasan! :P", saya yang PERASAN muahahaha

Dan tak sangka pulak Si ANONYMOUS ni boleh jawab balik soalan Cik CawanMerah :


"ok utk yg curious tue, sy nie sbnrnya stalker cik aida...heee...tipu je...camnie, sy silent reader blog cik aida. suke style cik aida tulis blog...harap tak mara ek?", saya memang akan jawab hehehe, "wow. terharunya. style caca-marba saya tulis yg awak suka. hehee terima kasih. jutaan terima kasih. jangan lupa ye utk print-screen 123456 so saya leh tahu sape awak ni. buatpe nak marah kalau orang suka kita. hikhik".

Kesimpulannya kat sini, saya terharu sebab dia suka baca tulisan saya dan saya terharu jugak sebab ada orang suka baca blog saya. Oh terharunya saya! Terima kasih! Sila lah baca dan tanya dengan lebih kerap lagi.

;D




Its happened.


Banyak benda yang terjadi pada saya sejak last post saya hari tu. Ada yang kelakar, ada yang sedih. Hanya jarak beberapa hari, masih boleh terjadi pelbagai perkara yang mampu memberikan kesan mendalam kepada saya.

Seperti yang telah digembar-gemburkan oleh saya, Jumaat lepas saya ada exam untuk paper terakhir saya. Memang excited nak selesaikan pengajian selama 3 tahun ni. Sampaikan, saya HAMPIR-HAMPIR atau NYARIS-NYARIS tak jawab exam tu. Itu lah, excited sangat.

Ceritanya camni. Awal pagi Jumaat tu lagi saya dah bangun, penuh semangat menuju ke library. Nak study last kopek before jawab exam nanti. So, saya dengan Sheila duduk kat library, study, buat revision on calculation, notes, and pape patut. Saya yakin, seyakin-yakinnya, exam starts pukul 5PM.

Memang banyak masa lagi. Sambil-sambil tu selitkan jugak dengan borak hehehe Kami memang takleh tak borak. Ada je benda nak diborakkan. Tiba-tiba, room-mate saya SMS tanya lokasi saya masa tu. Oh, masa tu dah pukul 3PM. Saya ada SMS dia pagi tu, sebab saya tertinggal calculator, nak mintak tolong dia bawakkan masa exam. Saya dengan penuh relax dan santai jawab SMS dia, "Kat library. Room-mate kat mana?". Dia jawab, "Exam dah nak start. Tak masuk lagi ke? Exam pukul 3". Apa lagi, menggelupur lah saya ngan Sheila.

Sumbat segala notes dalam bag, keluar library. Bus pulak tak ada. Dah lah exam hall dekat depan, library kat belakang. Tanpa fikir panjang, terus jalan kaki. Sheila dah nak tahan kereta nak tumpang sampai depan. Tapi macam tak ada kereta yang nak berhenti. Mujurlah ada teksi lalu. Apa lagi, melambai-lambai, terkejar-kejarlah kami pergi kat teksi tu.

"Tolong hantar kami pergi depan uncle. Dekat dengan Fakulti Bahasa. Kami dah lambat nak jawab exam ni.", kiteorang cakap kat uncle teksi tu. Boleh pulak uncle tu buat lawak dalam teksi. Apa lawaknya tu tak boleh mention kat sini sebab kelakar hahaha Dah sampai, uncle tu kata tak payah bayar. Bersyukurnya ada orang sebaik itu walaupun India, tetap berpekerti mulia. Terima kasih uncle! hehehe Masuk dalam exam hall, classmates lain semua dah duduk tengah jawab soalan. Siap kena perli dengan lecturer, "Dah nak habis belajar pun tak reti tengok masa exam ke?". Pedih gila. Padahal lambat 10minit je. :P

Alhamdulillah, exam selamat dijawab hehehe Tahu pun cuak! hahaha Kalau tidak, tak jawab exam lah kami untuk paper PALING last tu. Tak pernah-pernah kejadian camni jadi. Boleh pulak exam last sepanjang 3 tahun ni yang jadi. Pengalaman yang saya and Sheila takkan lupakan! HAHA. So dah habislah azab exam selama 3 tahun. Tinggal presentation final year project and thesis sajok.

Hari Sabtu saya tak buat apa pun kecuali tidur dan online sahaja sepanjang hari. Nak dijadikan cerita lagi, maghrib kakak saya call, bagitahu Mak Long saya meninggal, kebumi esok pagi sebelum Zohor. Saya time tu tergamam kejap. Tak boleh nak fikir apa-apa. Oh ye, mak long memang sakit. Seminggu sebelum mak long meninggal, kami sempat melawat dia kat rumah. Secara fizikalnya, nampak mak long dah lain. Tapi Allah saja yang mengetahui.

Malam tu jugak saya balik rumah kakak. Awal pagi lagi kami dah bangun, siap-siap nak pergi ke Kelana Jaya, rumah mak long. Mak long merupakan wife kepada Long saya, iaitu abang kepada Mama saya. Masa nak siap-siap tu, abang ipar saya dapat call dari kakak dia, bagitahu yang ayah mertua dia meninggal pagi tu. Pernah tak anda alami dua kematian dan pengkebumian pada hari yang sama? Saya alami hari Ahad baru-baru ni. Lokasi kedua yang harus diziarahi di Kampung Subang.

Tepat jam 12PM, pengkebumian mak long selesai. Dan kami terus bergegas ke Kampung Subang. Walaupun relationship tu agak jauh, tapi parents saya agak rapat dengan family mereka. Selesai semuanya kira-kira 3PM. Sampai Sungai Buloh 4PM dan badan masing-masing letih tak terkata. Mata mengantuk gila.

Malam tu saya pergi majlis tahlil mak long. Lepas habis tahlil semua, dalam 11PM, kakak saya hantar saya balik UPM balik. Malam semalam memang flat habis. Tadi pun bangun lambat muahahaha Penat ye.

Setiap kejadian yang berlaku pada saya hari tu, cukup memberi kesan, pengajaran dan iktibar. Macam-macam yang boleh saya simpulkan dari 3 kejadian tu. Tapi, yang betul-betul bagi impact kepada saya, tentang pemergian orang-orang yang saya kenal dalam masa kurang dari 24 jam. Suatu pengalaman yang tak dapat saya lupakan.




p/s: hargailah orang disekeliling kita selagi mereka masih bernyawa. Wallahualam.



22 April 2010

Paling LAST!



Esok ada exam untuk paper paling LAST sepanjang 3 tahun ni! Weeeeheeeee! Seronok sebab :

1. dah tak payah attend class lagi.
2. dah tak payah dengar lecture sampai ngantuk-ngantuk kalau lecture tu boring.
3. dah tak payah buat assignments.
4. dah tak payah buat revision untuk test 1, test 2.
5. dah tak payah buat group/individual projects.
6. dah tak payah study sampai tak tidur sebab nak exam.
7. dah tak payah dahhhhhhhh! hehehe


So, sekarang, yang PAYAH-nya :

1. kena siapkan FYP and thesis.
2. kena mengadap lecturer untuk FYP presentation.


Lepas tu pulak :

1. kena ada kerja secepat mungkin.
2. dah kena fikir pasal FUTURE memandangkan umur dah SUKU ABAD.
3. kena get ready untuk HADAPI APA SAJA yang datang.
4. kuat semangat!


:D



p/s: Welcome to the REAL LIFE.



19 April 2010

"Semakin hari semakin menjadi-jadi."










p/s: I love you.


15 April 2010

SAYA TAK SUKA! Terima kasih.



Tolonglah tolonglah! Saya ni bukan sesiapa pun yang perlu anda tiru atau lebih tepat COPY-PASTE tulisan saya. Tolonglah tolonggggggg-lah. Hari tu gambar saya kena curi, ni tulisan saya SEBIJIK-SEBIJIK kena copy-paste. Kalau tiru then ubah sikit-sikit takpe lagi la kot, tapi tak, COPY-PASTE terus pastu tak mention pun NAMA or LINK saya walaupun anda cakap itu bukan NUKILAN anda.

Kepada http://akuwanblur90.blogspot.com/2010/04/perasaanku.html, silalah remove post tu, tak pun buat lah something supaya mata saya tak rimas tengok tulisan saya sendiri ada kat blog awak. Mintak tolong ye. Post tu saya tulis untuk boyfriend saya, bukan untuk awak bagi kat girlfriend awak. Sila HORMATI hak orang lain. Tolonglah. Mintak tolong sangat-sangat. Terima kasih banyak-banyak.




p/s: ni yang buat saya rasa nak tutup je blog ni. HUH!



12 April 2010

"Denganmu aku merasakan cinta yang lain."


Ok, itu adalah antara baris lagu Dewa 19 - Perasaanku Tentang Perasaanku Kepadamu yang saya suka sangat dengar lately ni. Ok, sila muntah kelabu asap semua. HAHA. Kenapa suka sangat dengar??? Sebab saya secara jujur memang tengah BERCINTA dan kali ni memang berbeza dan lain sangat-sangat, SANGAT! Lain yang BEST. Bukan lain yang ntahpapentah ye hehehe

Apa yang lain nya??? Oh, itu saya dan dia je yang tahu. Dan orang yang saya beritahu hahaha Kali ni memang tak pernah saya rasa sebelum ni. Perasaan yang datang dari perbuatan dan perlakuan yang tak pernah saya sendiri buat. Oh ohhh! Sila jangan fikir bukan-bukan. Ini hanya HYPERBOLA saya je hehehe Bagi orang lain benda ni biasa je. Cuma bagi saya lain sikit. Lain banyak sebenarnya hehehe Sebab saya tak pernah buat dan tak pernah terfikir nak buat. First time nih!

Tak sempat-sempat terus nak cerita kat blog kan hahaha Kejadian berlaku kurang dari 12 jam tadi. Saya kena type sebab saya nak abadikan perasaan ni kat sini. So, nanti boleh baca balik pastu leh senyum sorang-sorang bhahahaa Gila! :P

To my Boyfriend, if you read this, thank you so much! It was AWESOME! You have made my day. I had fun!



;D




p/s: later saya update pasal BBQ pulak ok. hee.



09 April 2010

I accept it!


Ok ok! Actually, perasaan ini sangat bercampur-baur. 1st! Today is the last day for the last week, I mean lecture week for the whole 3 years. Weehee! HAPPY HAPPY. 2nd! Another 1 month to complete my degree. Pastu dah boleh fikir pasal kerja, pasal duit, pasal lain-lain yang patut kena fikir lepas ni. 3rd! I got another job interview! Mula-mula tak tahu nak accept invitation ke tak, but lepas fikir punya fikir punya fikir, I accept it! As previous one, just attend untuk ambil experience saja. Tak meletakkan apa-apa harapan. But, err... Berharap juga sebenarnya. Anyway, terima kasih JOBSTREET. Sangat-sangat membantu hehehe Itu yang happy, what about campuran yang lain, seperti yang TAK happy?

Tak berapa nak happy bila, kena siapkan product for FYP, kena siapkan thesis, kalau tak, tak boleh lah nak habis belajar kan hehehe Plus, tak happy dengan beberapa perkara yang agak menyentuh hati, perasaan, jiwa, nurani saya. Tapi, saya akan usaha sampai dapat! Sampai jadi! Saya harap sangat usaha saya diredhai-Nya. Saya harap sangat semua pihak merestui, menyokong, memberi semangat. AMIN. Saya yakin, yang tak happy tu semua bersifat sementara saja. Sebab itu belum lagi ditakdirkan untuk saya, saya mampu mengubah sesuatu kalau saya nak. Kan kan kan?!

Apa lagi ye? Oh ohh, bersyukur kerana saya MANAGED untuk lengkapkan 30 hari yang pertama ini dengan baik bersamanya. Alhamdulillah. Dan moga-moga 30 hari yang seterusnya dan seterus-terusnya juga saya mampu lengkapkan bersama-sama. Tak dinafikanlah, memang terasa sukar sikit bila nak jalani pelbagai proses, macam nak kenal itu, kenal ini, tahu itu, tahu ini, faham itu, faham ini. Dengan pemikiran yang matang, minda yang terbuka, saya yakin, saya dan dia boleh. Yakin boleh! hahaha Pasal pandangan dan pendapat orang ramai, seperti biasa, masih lagi terngiang-ngiang. Hanya yang tahu je tahu. Yang tak tahu, jangan nak KONDEM lebih.

So, latest thing yang saya agak EXCITED adalah, UPM MULTIMEDIA CLASS OF 2010 punya BBQ adalah pada 10th April 2010, esok! Macam-macam yang saya dan kawan-kawan lain organized-kan. Dan yang paling terharu-birunya, semua coursemates bagi kerjasama yang sangat saya tak sangka-sangka! Ni yang buat saya sayangkan kalian semua nih! hehehe Oh, objective BBQ, sebab dah nak habis belajar, so nak get-together-gether dengan semua orang, tu je. Will be update about the event ok!

;D



08 April 2010

Ada nak tanya apa-apa?



Silalah.
(hehee saja tak ada kerja. :P)


http://www.formspring.me/aidasalmah





05 April 2010

Ada apa dengan cinta?



"Cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah.
Itulah cinta."

- Rumi



01 April 2010

I take it as a fool.


Its not about the month, but its about the people. By the way, welcome April, glad to meet you! :)

Maybe post ni berbaur emosi, tapi itulah yang saya nak share dekat sini. Saya pelik kenapa dan mengapa masih ada orang yang tak pernah senang dengan kesenangan orang lain. Ok, mungkin dia nak menunjukkan yang dia tu concern dengan kita tapi kalau dah sampai menyakiti hati, itu bukan concern namanya, itu busy body, takpun jelousy. Dan tak semua benda kita perlu jaja pada orang. Konsep tu kena fahamlah. Kadang-kadang, dengan family sendiri pun kita tak cerita semua benda, betul tak? Ini kan pulak dengan orang bukan family kita.

Sepatutnya, bila kita tengok individu tu gembira dengan apa yang dia buat, kita patut gembira sekali, bukan terus-menerus menyoal 'Macam mana kau boleh bahagia?' atau lebih tepat 'Apsal kau bahagia sangat ni?'. Macam tulah lebih kurang bunyinya. Kalau dia kawan kita, kita patut bahagia untuk dia dan kalau dia saudara kita, kita patut gembira untuk dia. Kan??? Sila lah pandang sesuatu dari sudut yang POSITIF dahulu, bukan NEGATIF.

Dan paling saya tak suka, individu yang suka menilai orang lain SEBELUM dia mengenali orang tu. Bukan ke itu sesuatu yang sangat FOOL? Anda, tak layak pun nak menilai seseorang dari sudut kesempurnaan sebab anda tu bukanlah sempurna sangat pun. Bak kata pepatah, 'Ukur baju dibadan sendiri', takpun dalam bahasa pasar, 'Cermin diri tu dulu boleh tak?'.

Bukankah lebih harmoni jika kita turut bahagia dengan kebahagiaan orang lain? Bukankah lebih murni jika kita melihat sesuatu dari sudut yang positif? Dan bukankah lebih mulia jika kita mendoakan kegembiraan yang berterusan untuk orang itu? Saya taknak lebih, cukuplah dengan sokongan dari anda semua, sudah memadai.

"Kau suka, aku pun suka." Hee.

;P




p/s: tinggal lagi sebulan saja nak habis belajar, yeay!