31 March 2010

Dear March,



Thank you for all changes that you gave me.
I appreciate it.

Thank you so much, March!



:)




p/s: can't wait to meet you again next year!



29 March 2010

Every moment spent with you, is the moment I treasure.


Laying amongst the black light,
it's such a dark and lonely night.
Holding my pillow tight,
wishing you were in my sights.
Staring out the window blind,
thinking about you.
You are always on my mind,
if only you knew.

You're the first thing I think about when I awake,
signs of you are everywhere.
You're like a drug I thought I could never take,
and every word or riddle I say is true,
I swear.

I'd love to stop time just like that,
just to feel your lips on mine.
With not a single thing I'd take back,
if anything, I'd leave you a good sign.

I love that gentle touch,
and that look in your eyes when you stare at me.
It makes me miss you soo much,
so if you could be any place in the world right now,
where would it be, honestly?

Cause if it were me,
I wish I could be,
in a place with you right now,
some way, some how.

A place where I could here your voice,
A place where I could hold you tight,
and never having to make the choice,
of ever saying good bye or good night.

:)



26 March 2010

Apakah tahap kesibukan anda?



Gambar diatas berjaya menerangkan tahap kesibukan saya sekarang. Tapi masih boleh blogging lagi. Tahniah! hahaha Oh tidak, saya blogging ni sebab saya tengah pening kepala + buntu + tak ada idea + macam-macam lagi lah. Perasaan itu wujud disebabkan FINAL YEAR PROJECT saya yang kena siap before bulan 5. Boleh ke? 50% pun tak sampai, satu function pun tak jadi, boleh ke? BOLEH! Yakin boleh! hahaha (padahal dalam hati dengan otak ni Tuhan saja yang tahu.)

To be specific, saya punya FYP, saya buat Digital Image Processing guna Matlab. Konon nak lain dari yang lain. Memang lain pun programming-nya. Sampai tak reti langsung nak baca. Cool bukan? TAK!

Apakah itu Digital Image Processing? Alah, lebih kurang macam Photoshop, Picasa etc. etc. Image editor, image manipulator, camtu lah. As for now, baru siap design interface yang entah apa-apa entah, buat button-button yang patut. Tapi nak buat program untuk editing image tu, ILEKKK! Bukan tak cuba, cuba. Tapi tak tahu lah apsal ERROR memanjang. Hurmmm...

Nak habis belajar cepat, tapi project tak siap, camno tu??? Nak taknak kena la siapkan jugak kan hehehe Tapi kali ni tak peduli dah, dapat apa pun untuk FYP ni, janji siap, ada product. Yang lain-lain tu, saya serahkan kepada yang Pakar.

Product tak siap lagi, thesis pun kena fikir gak. Err... Baru siap 3 pages hahaha Nampak sangat saya ni banyak main kan kan kan? Ayyooo! Tapi InsyaAllah, boleh siapkan kesemuanya, Aminnnnn.......

Yakin Boleh!

;D



24 March 2010

This is CRAZY.




I've started reading bridal's blogs.
HAHA.
Great!

;P



22 March 2010

You have made my life complete,




Boyfriend.

:)



20 March 2010

We met Alice!



Tapi yang lebih menyerlah adalah orang kat atas ni hahaha Dan yang berkepala BESAR tu hahaha Anyway, saya pergi menonton cerita diatas petang semalam. So far, ceritanya OK la. Tak berat sangat macam Pirates Of Carribean. Straight forward. Maybe untuk budak-budak kan. Then, tadi pun memang ramai budak-budak, tambah lagi cuti sekolah. Terasa macam mak bapak budak pulak tadi hahaha Sebab dah besar kan hehehe

But, I don't really care about the movie actually. I care most about the 'date'. The day with. The day that really really made me happy. Saya berani cakap camni kat public, coz this is what I feel, until now, HAPPY. Ok that's all hehehe Thanks to Alice hahaha

;D



16 March 2010

Antara berubah dan mengubah.


Pada saya BERUBAH adalah lebih mudah dilakukan berbanding MENGUBAH. Sebab apa? Sebab BERUBAH hanya libatkan diri kita sendiri tapi MENGUBAH melibatkan orang lain. Kita ingin mengubah seseorang daripada yang tak elok kepada yang ELOK, selalunya lah. Saya tak pernah nak ubah orang jadi tak elok ye hehehe

Ok, kenapa saya cakap macam kat atas? Sebab, berubah adalah atas kehendak diri sendiri. Bila kita nak berubah, kita akan usaha ke arah tu sampailah jadi walau sesusah mana pun. TAPI, bila MENGUBAH, kita kena 'deal' dengan individu lain. Bagus kalau individu tu merelakan dirinya diubah tapi masih susah. Kerana, kita perlu membimbing individu tu ke arah yang kita dan individu tu dah setuju. Bukan senang nak bimbing orang.

Mengubah bukanlah kerana tidak boleh menerima individu tu seadanya. Kita kadang-kadang lupa, yang hidup kita ni bukanlah ada kita je, tapi ada mata-mata, jiwa-jiwa, hati-hati dan minda-minda lain yang perlu kita pertimbangkan. Memang kita boleh cakap, "Eh lantaklah, ikut suka lah!", tapi bukan semudah itu sebenarnya kehidupan ni. Maka, kita perlu usaha sikit je, supaya hidup kita akan jadi sempurna walaupun takkan sempurna punya. At least kita cuba bukan?

Pada saya, untuk mengubah individu, kita perlukan sokongan dari individu tu sendiri, orang sekeliling, situasi, dan diri sendiri lah. Tapi, masalah yang saya alami sekarang ni, bila saya fikir pasal perubahan individu itu, saya mula pening kepala. Saya rasa terlalu banyak benda yang nak diubah, sekali lagi, bukan untuk saya, tapi kerana orang lain yang tidak kurang pentingnya. Saya tak tahu macam mana nak mula walaupun individu itu sangat tak sabar untuk mengalami perubahan tu. Saya tak pasti sama ada saya mampu ataupun tak. Sebab diri sendiri pun tak ada lah BETUL sangat pun hahaha

Tapi, kadang-kadang saya terfikir, sama ada saya perlu mengubah individu, ataupun saya yang perlu berubah lagi sekali?

Pening.



p/s: tapi saya taknak dipaksa-paksa sampai saya berubah tanpa keikhlasan. saya tak tahu apa yang saya kena buat sebenarnya.



Seminggu!


Ok, actually tadi dah drafted tapi terpadam then benda ni autosaved pulak. Hilang semua benda yang dah di-typed. Haish! Letih lah nak karang ayat balik. Tapi buat jugak lah.

Seminggu tak update blog, so hari ni nak update lah. Apa yang dah seminggu selain tak update blog? Seminggu dah ada boyfriend bhahaha Gila gedik! Meluat pada diri sendiri. But so far, so GOOD! :D

Actually, busy dengan FYP and 2nd test. Dan disebabkan dah final year, haruslah pergi cari kerja. Maka, JOBSTREET menjadi pilihan utama. Macam pantun pulak hehehe Seminggu lepas update resume, dapat call from 1 design company ni, suruh datang interview, walaupun dia tahu saya tak habis lagi. So, saya pun pergi lah tadi pagi.

Alhamdulillah, interview berjalan dengan lancar, saya pun tak nervous sangat. Yelah, last interview tahun 2006, sekarang 2010, 4tahun camtu. CUAK lah jugak kan. So dia kata nextweek dia akan call for the result. Sekali tadi, 2hours after interview, dia call tapi tak sempat nak jawab handphone dah mati. Aduhai! Tapi takpe, saya tunggu dia call balik. Kalau rezeki, tak kemana kan.

So, tu jelah kot nak beritahu. Tadi dah typed panjang lebar tapi dah ter-delete so malas dah nak type panjang-panjang lagi. Nanti ada cerita best, saya update ok!

;D



10 March 2010

After 1 year and 6 months,



I got this!

:)







p/s: but I'm still shocked! hee.


07 March 2010

Kehadapan Saudari,

tahniah kerana menjadi yang terpilih walaupun saya tak pasti sama ada saudari tahu atau tak tahu yang saudari adalah yang TERPILIH. Tahniah. Tujuan saya menulis kepada saudari(walaupun sebenarnya saudari takkan tahu pun) adalah untuk menyatakan beberapa perkara kepada saudari.

Pertama, tahniah sekali lagi, kerana telah berjaya menjadi pemenang dan sekaligus menjadikan saya sebagai PENGALAH(???). Dan kerana saudari telah berjaya memenangi HATI mereka-mereka yang berkaitan, saya minta atas jasa dan penghormatan saudari supaya jangan disebut-sebut lagi NAMA saya lepas ni sebab saya dah tak ada kaitan dalam ini GAMBAR. Saya tak berapa pasti, apa yang saya dengar sejak kebelakangan ini TENTANG saudari tu benar atau tidak. Jikalau ianya BENAR, saya minta maaf atas apa yang telah TERdengar dan saya bermohon kepada saudari supaya janganlah begitu jika saudari sayangkan TITLE 'PEMENANG' saudari itu. Oh oh, tidak, saya bukan ingin merampas title itu, walhal saya mendoakan kebahagiaan saudari bersama mereka-mereka yang berkaitan. Jika ia TIDAK benar sama sekali, saya tak tahu lah kenapa saya boleh TERdengar benda-benda begitu tentang saudari. Maaf sekali lagi.

Kedua, saya TERLALU sayangkan orang yang berkaitan itu, maka, saya bermohon dengan seikhlas hati, tolonglah berikan PERFORMANCE ALL OUT saudari kepada yang berkaitan. Sebab, saya DULU, akan pastikan saya akan berikan yang TERBAIK. Cuba untuk jadi yang terpilih. Tapi, rezeki berpihak kepada saudari, cuba lah untuk menghargainya apa yang dah ada depan mata dan batang hidung saudari daripada saya yang tak tahu sampai bila akan jadi pengalah.

Ketiga, janganlah saudari risau tentang saya si PENGALAH ini sebab saya bukan jenis yang suka merebut benda yang saya dah tahu bukan milik saya dan saya TAKKAN wujudkan diri saya lagi depan mata-mata yang berkaitan, mahupun di-handphone-nya. Cuba untuk yakin dengan diri sendiri dan yang berkaitan. Yang pasti, saya nak kamu sekalian bahagia sampai bila-bila. Dan tolonglah jangan pasang niat nak jumpa saya sebab saya taknak jumpa saudari walaupun saya tahu macam mana rupa saudari yang cantik.

Saya ada 3 benda je nak bagitahu saudari. So, semoga berjaya dan tahniah. Terima kasih kalau saudari berjaya bahagiakan mereka-mereka yang berkaitan.

:)



04 March 2010

Dalam hati,




"Ku sunyi dalam gembira.
Perit pedih tanggung derita.
Sungguh, aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci
."

"Terlalu lama aku mencuba.
Terlalu banyak cinta yang ku damba.
Tiada yang sempurna
hanyalah fana.
Tuhan, ampuni hamba-Mu
."





k o s o n g .