25 February 2010

TAK NAK!


Tak nak pergi LUMUT pada bulan March!

TAK NAK!








p/s: I hate Perak. sorry.



24 February 2010

Francis Light VS Stamford Raffles - Part 2


Continue...

So, on Chinese New Year holiday dimana merangkumi midsemester break, saya telah ke JB attend wedding cousin. Bertolak ke JB pada 12February2010 dan seperti biasa akan menyinggah-nyinggah setiap daerah. Muar je pun hahaha Wedding adalah pada 13February2010.


Gambar pengantin tak ada tapi yang ada gambar sedara-mara pengantin hahaha

So, on 14February2010, Valentine's Day lah konon, saya and family pergi ke SINGAPORE! Oh oh! Keterujaan disitu hahaha Memang seronok! Dari 12PM sampai 11PM berjalan. Kurang lagi 1jam nak jadi SETENGAH hari hehehe Seronok sangat sebab ni first time saya ke Singapore. Sebab tu excited gila hehehe


Sampai je Singapore, terus pergi Arab St. makan murtabak famous kat Restoran Zam-Zam. Murtabak diatas berharga SGD10 = RM24, cincai kira lah. Mahal tapi BESAR boleh share 5 orang.

Lepas tu pergi Orachard Rd. pulak. Apa ada kat situ? Mall sepanjang jalan tu ye. Macam-macam mall ada. Tapi tutup sebab CNY. Yang bukak ION Mall. Tangs tutup, dan yang lain-lain yang glemer pun tutup gak. Banyak designer's boutique kat sana. Macam tak mampu je nak masuk. Ini kan pulak membeli hahaha


Oh ye! Kami naik MRT je kat sana. Senang jugak macam LRT kat Malaysia. Cuma system deposit card tu macam tak efisyen lah. Tapi senang jugak kalau pandai baca map.


Dah penat jalan kat Orchard Rd., tukar pulak pergi Raffles Park, jumpa STAMFORD RAFFLES. Oh, apa yang saya nak beritahu ni, kebanyakan nama jalan-jalan kat Singapore nak dekat sama nama jalan kat Penang. Saya rasa Francis Light ngan Stamford Raffles sedara lah hahaha

Lepas tu jalan lah sepanjang River Cruise tu sampai jumpa Esplanade then jumpa The Merlion, Encik Singa yang fofuler tu hehehe


Dah puas tengok singa tu, kami pergi Mustaffa Mall kat Farrer Park. Tempat tu dekat jugak dengan Little India. Dan yang paling terkejut, Indian ramai gila-gila! Sangat takut! Nak pergi mall 24jam tu punya pasal, redah jugak.


Dan bila dah masuk mall tu, HEAVEN! Macam-macam ada! Games yang PSP tu, handphones, barang kemas, baju, groceries dan paling best, PERFUMES! BANYAK dan MURAH! Gila! hahaha Saya sebab dah beli Perfume Kate Moss aritu, kalau tidak, saya beli kat sana je hehehe Murah jugaklah. Banyak ye perfume Kate Moss kat sana. Haish!


11PM dah ada kat JB dah. Naik bus ekspres hanya RM2.50 dari Station Bus Larkin and SGD2.40 dari Station Bus Bugis Rd. Balik tu kaki sakit gila. Penat sampai hari esoknya kami tidur hahaha

Dan sekali lagi, trip to Singapore bersambung pada 17February2010 bersama kawan saya and parents. Part 2 tak best sebab saya kena gatal-gatal SATU BADAN! Balik pun awal dalam 9PM dah sampai JB terus pergi klinik kena INJECT! Malang sungguh. Tapi sempat beli 2 sandals cantik! 1 macam ada bangles, 1 lagi gladiator hahaha

So, itu lah dia holiday saya dari Utara ke Selatan Malaysia. Penat dan lelah serta kehabisan duit hahaha Tapi ENJOY! Ok, dah habis hutang update post pasal holiday. Pasni taktau bila nak update lagi sebab rasa macam MALAS dah nak blogging. Dah tak ada mood. Tukang baca pun macam dah tak ada je hahaha

Bye-bye!

;)




23 February 2010

Francis Light VS Stamford Raffles - Part 1


Hello hye readers. Perlu ke saya update Dear Blog, lagi? Saya macam dah tak ada mood nak menaip-naip kat sini. Hmm... Tapi saya update jugak lah pasal HOLIDAY saya, sebab dah janji kan.

As my previous post, saya dah berjalan dari Utara ke Selatan Semenanjung Malaysia dari bulan Januari dan bulan Februari. Bukan sepanjang 2 bulan tu ye, ada date tertentu. Ok, from 22Jan2010 until 25Jan2010, saya bersama 2 orang kawan telah pun pergi ke Penang, menaiki AirAsia dengan tiket berharga RM28 pergi-balik. On promotion time tu. Beli bulan Ogos2009, pergi bulan Jan2010. Tempat tidur pulak TuneHotel RM60 per night. So far, terasa berbaloi-baloi sangat dengan harga tiket and hotel tu. Sampai Penang, naik Bus RapidPenang ye, berharga RM2.70. Kami ni lebih kurang percutian bajet jugak lah. So, from Bayan Lepas ke Komtar memakan masa selama 20minit.


Dari Komtar ke Burmah Road, where TuneHotel is situated, kami berjalan kaki lagi. First timer, memang pakai belasah je. Alhamdulillah jumpa jugak hehehe Sampai Bayan Lepas around 4PM. Naik bus 4.30PM, Sampai Komtar 5PM camtu. Jalan kaki sampai hotel around 5.30PM. Checked-in semua, selesai dalam 6PM.


Saja nak tunjuk dinding TuneHotel yang cantik hahaha Oklah, biliknya, for backpackers memang recommended. Then, malam tu kami pergi cari makan malam. Memang taktau kat mana nak makan. Kalau nak ikutkan apa yang dah di-google-ed kan, still takleh nak cari sebab malam gelap, first timer, memang tak jumpa lah kan. So, kami redah je. Nasib jumpa 1 foodcourt ni kat Padang Brown. Apa ada kat situ? Char Kuetiaw, Sotong Kangkung, Lai Chee Kang, Coconut Shake dan macam-macam lagi. Jom tengok gambar!


Murah gila ye makanan kat sana! Sedap pulak tu. Balik hotel around 11PM, lepak kat lobby hotel sebab kalau balik bilik panas, aircond just beli 12jam je hahaha Kena berjimat cermat ye hehehe

Esoknya, kami sambung perjalanan, pergi breakfast kat Nasi Kandar Line Clear pulak. 9AM dah pergi makan hahaha Rupanya senang je nak cari tempat tu. Lama-lama dah faham dah jalan kat Penang Town tu. Hanya berjalan kaki ye!


Dah kenyang makan nasi kandar, pergi Chowrasta pulak beli jeruk. Ye ke? Saya tak ingat lah beli jeruk hari kedua ke hari ketiga hahaha Tapi yang pasti kami pergi minum Cendol yang FAMOUS kat Penang tu.



Lepas tu, kami pergi Batu Feringghi tengok toys museum, Balik Pulau, USM naik kereta kawan yang study kat USM. Makan ikan bakar, kerang bakar kat HammerBay dekat dengan Queensbay.


Masuk hari ketiga, awal-awal pagi kami pergi breakfast kat mamak mana ntah. Kedai dia kat lorong jugak, macam Line Clear tu. Makan roti canai. Lepas tu pergi beli jeruk rasanya, dan souvenir yang berkaitan. Then, kami jalan pergi Pragin Mall tengok movie ToothFairy hahaha Patutnya nak pergi Bukit Bendera tapi ada masalah sikit so tak jadi. Lepas tengok movie, semua mall kami pergi sampailah ke Timesquare Penang. Lunch kat OldTown White Coffee sebab dah taktau nak makan kat mana.


Malam tu kami ke Padang Brown sekali lagi and jumpa kawan yang dah lama tak jumpa iaitu Cheet hehehe


Dan hari terakhir, kami checked-out pukul 10AM, pergi beli jeruk lagi kat Chowrasta. Breakfast nasi lemak bungkus kat tepi pasar tu. Lepas tu terus pergi Fortconwallis tengok tempat FRANCIS LIGHT tu. Panas terik tapi gagahkan diri jugak! Seperti biasa naik RapidPenang.


Kalau nak diikutkan, banyak lagi gambar, tapi yang ni jelah mampu saya letak hehehe Lepas pusing-pusing tempat ni, pergi lunch kat foodcourt Padang Kota, Cheet belanja Nasi Goreng Ayam sedappp! Then, kiteorang gerak gi Bayan Lepas naik RapidPenang lagi sekali. Senang je. Kalau pergi 2nd time, Insyaallah, dalam tangan semuanya hahaha Flight kami balik KL pukul 10PM so agak lama jugak lah duduk kat airport tu. Sampai UPM tepat 12AM. Penat takyah cakaplah. Laundry banyak gila nak kena settle kan. Tapi SERONOK! Tu yang penting hehehe

To be continue...




15 February 2010

Dari Utara ke







Selatan




12 February 2010

Happy Holiday!







p/s: hello SINGAPORE! ;)


08 February 2010

rewind.


Nampaknya saya dah jarang update blog. Hmm. Saya bukan taknak update, nakkkk... Tapi saya nak kumpul cerita banyak-banyak and most of them pasal HOLIDAY hehehe As for now, saya busy dengan bisnes saya hekhekhek Oh ye, saya ber-bisnes PRE-LOVED items, iaitu barang-barang terpakai yang masih elok tapi dah taknak pakai. Camtu hehehe Antara items-nya adalah, baju perempuan & lelaki, perfume, handbag, and latest shawls, scarfs & tudung. So far, Alhamdulillah syukur, sambutan menggalakkan! Terima kasih yang tak terhingga kepada customers yang disayangi. Untuk berita lebih lanjut, sila add Fan Page bisnes saya ye. Thank you! ;)

Ok, enough pasal bisnes. Post kali ni saya nak REWIND balik ke bulan January. Sebab previous post saya hari tu just cerita pasal benda BEST je kan. Kali ni nak cerita yang TAK best pulak sepanjang January. Kalau baca balik post awal-awal bulan January, saya ada cerita saya tak sihat kan. Dan nampaknya, ketidak-sihat-an saya tu berlanjutan hingga melengkapkan satu bulan tu. Kasihan saya kan. :(

Balik UPM, dalam 2 minggu camtu, kedua belah tangan saya, bahagian lengan, ada kesan gigitan serangga, macam kena gigit dengan nyamuk, 5 gigitan, merah dan GATAL! So saya ingat nyamuk lah. Garu bagai nak rak hahaha Just sapu Vicks n minyak angin je. Lepas seminggu, kesan tu tak hilang jugak. Masih sama macam kena gigit first time. Oh oh, sangat pelik! Masih diam lagi dan bagi chance. Nak tengok apa pulak nak jadi. Dalam masa yang sama, saya try untuk berpantang. Elak makan seafood dan ayam. Nampak macam dah kurang sikit. Lega lah. Saya agak risau sebab tarikh nak pergi Penang dah dekat time tu. Kalau melarat, ada tak jadi pergi Penang. Tapi dah pergi dah, maknanya dah baik la tu hehehe Ok, sambung balik!

Seperti biasa, every weekend saya akan balik rumah. Kebetulan bonda saya masak sup kaki ayam. My favourite ok! Makan lah saya dengan penuh berselera. Sekali, esoknya, tangan saya gatal gila-gila! Tak tahan! Petang tu jugak saya pergi klinik. Seperti biasa hanya ubat-ubatan yang saya bawak balik. Makan ubat memang on time. Sapu krim semua, cukup lengkap. Nak baik cepat punya pasal hahaha Tapi bila malam je, gatal sangat-sangat sampai saya MENANGIS ye! Serious gatal. tak pernah saya mengalami kegatalan yang amat dahsyat. ;(

Ubat tak pernah missed! On time. Masuk minggu kedua, dan tarikh ke Penang hampir tiba, tangan saya hampir beransur pulih. Lega sikit hehehe Nak dijadikan cerita, 2 hari sebelum ke Penang, saya tak makan nasi, tapi makan ubat. Lepas tu, dalam 4-5 jam lepas makan ubat, saya minum air gas. Esoknya, perut saya terus sakit langsung tak boleh bangun. Nak bernafas pun sakit! Saya SMS Sab, minta tolong dia buat pape patut. Alhamdulillah, dengan pertolongan Sab, sakit saya tu kurang sikit. Ppfftt!

Saya terus stop makan ubat tu semua. Tapi tetap bawak bekal pergi Penang, mana la tahu, gatal lagi kat sana lepas makan seafood hehehe Dah sampai Penang memang tak ada nak pantang-pantang. Semua saya makan. Nasib baik tak gatal lagi hehehe Perut saya je yang sakit kadang-kadang. Tapi bersyukur sangat-sangat tak ada sakit apa-apa pun sepanjang kat Penang. Kaki tak sakit. Walaupun pusing satu town Penang tu hanya berjalan kaki hehehe Nanti lah saya cerita dalam special post untuk Penang. Oh ye, dan juga Singapore hehehe

Dan untuk bulan February ni, Alhamdulillah sihat walaafiat! Harap saya sihat sampai lah bila-bila hehehe Boleh ke??? Insyaallah. Oh oh, saya tak sabar nak tunggu cuti Chinese New Year and midsemester!
;D



p/s: soalan pada diri sendiri, bila nak buat thesis and mula buat project????????



02 February 2010

It's February!








It's the month of
LOVE.

;)