29 January 2010

so far.


Aha! Ada tak yang rindukan tulisan saya di Dear Blog, ??? Pasti ada. Saya terlalu yakin hahaha Ada yang sampai berkecil hati dengan saya sebab saya PRIVATE-kan blog ni. Memang betul lah dia DIE HARD FAN saya kan. Terharu I, youuuu~ Awww! hehehe Hampir 2 minggu saya private-kan blog ni. Ada tak yang tak lalu makan, tak lalu tidur sebab tak dapat VIEW pun blog saya ni??? Ada kan kan kan! Kamu je taknak mengaku hahaha GILA PERASAN saya!

Actually, saya nak private-kan sampai berbulan-bulan. Lepas semua yang saya plan SETTLE! Tapi, memandangkan saya ni jenis orang yang takleh nak makan sorang kalau saya ada sesuatu yang BEST terjadi, so saya pun MENGGELUPUR nak share dengan anda semua hehehe Memang takleh simpan sorang lah, tergedik-gedik saya nak type kat sini kahkahkah Lepas tu, banyak pula kejadian yang BEST terjadi semenjak dua-menjak tiga-menjak ni hehehe Ada juga yang tak best tapi kali ni saya nak cerita yang best aje dulu.

Ok, sebenarnya ni pasal AZAM tahun baru saya untuk tahun 2010 ni. Kalau ada yang baca and ingat lagi lah, saya ada 8 azam yang saya tulis kat dalam blog. Dan untuk pengetahuan anda semua, DING DING DING! Azam PERTAMA saya untuk tahun ni, iaitu, memiliki sebotol minyak wangi KATE MOSS 100ML, telah TERCAPAI! YEAY! SUKA!


Itu lah dia kekasih hati saya yang latest selepas Abang DELL, Cik Adik Manis KATE MOSS hehehe Akhirnya, berjaya jugak saya memiliki kamu wahai Cik KATE MOSS hehehe Bau mu sungguh harum! Saya terasa seperti saya yang KATE MOSS hahaha Kalau ada yang nak tahu macam mana baunya, mari lah cium saya kahkahkah Gurau je. :P

Oh ye, iklan jap. Saya beli secara online di www.impianwanita.com. Siap ada discount 48% lagik! Kelas tau! hehehe Sangat boleh dipercayai. Cepat betul sampai rumah. Memang original perfume dan kakak Rasyidah tu sangat friendly! Lepas ni boleh beli lagi hehehe

Azam pertama dah tercapai. Apa pula cerita azam kedua??? Dan semestinya, hanya cerita yang best sahaja akan saya share dalam post ni. Azam kedua adalah untuk memiliki sebuah PASSPORT yang bertahan selama 2tahun ataupun mengandungi 32muka surat berharga RM100. Tanpa diduga, sebuah passport telah selamat berada didalam tangan saya hahaha Terima kasih kepada Ayahanda kerana belanja buatkan passport, sayang Daddy! hehehe Lepas ni, kami akan menuju ke SINGAPURA, tempat pertama yang akan saya pergi setelah memiliki passport! Insyaallah Chinese New Year nanti kami akan ke Singapore! Yeay! Singapore, here I come!

Syukur Alhamdulillah kepada yang Esa sebab semua yang saya plan berjalan seperti yang dirancang. Terasa indahnya hidup saya tahun ni. Semua yang saya impikan tercapai, SO FAR lah hehehe Azam ketiga sampai kelapan tu dalam proses lagi. Doakan untuk saya supaya semua azam-azam saya tercapai okay! Thank you. Muahhhhhh!

Oh ye, selain itu, percutian kami ke PENANG juga berjalan lancar. Alhamdulillah. Sangat seronok! Walaupun PENAT gila-gila, tapi berbaloi-baloi! Nanti lah saya cerita pasal pergi Penang, bila gambar dah siap upload hehehe




p/s: oh saya sedang giat berniaga handbag, perfume, baju secondhand! ;)




17 January 2010

ku percaya.


Tapi ku percaya
semua telah tertulis
dan niat suci ku
takkan dipersiakan.

Dan di suatu masa
di hari yang indah
ku hulur tangan ku
lalu kau terima.



Ku percaya.



12 January 2010

for a time being.




Need
some time,
some space,
some privacy,
some thing,
some one,
some body,

for a time being.








p/s: will be private my blog a week from now, and will be blogging back soon. for those who will getting married, engaged, having a baby and other happy things starting this month until December 2010, CONGRATULATIONS. take care.




10 January 2010

Dear John


"Our story has three parts: a beginning, a middle and an end. And although this is the way all stories unfold, I still can't believe that ours didn't go on forever."


"I finally understood what true love meant. Love meant that you care for another person's happiness more than your own. No matter how painful the choices you face might be."


"I'll think about you everyday. Part of me is scared that there will come a time when you don't feel the same way, that you'll somehow forget about what we shared."


"If we can't be together, at least we can share that, and maybe between the two of us, we can make this last forever."


"Love should bring joy, it should grant a person peace, but here and not, it was bringing only pain."


"I love you, not just for now, but for always, and I dream of the day that you'll take me in your arms again."


"You and I shared something wonderful, and I never want you to forget that."


"You're the first man I ever truly loved. And no matter what the future brings, you always will be."







p/s: some quotes from the movie that make me cried.


08 January 2010

"Nice to meet you, John."




"Dear John,
more than anything else,
I hope that part of me is
out there with you, too..."
- Savannah

:)





p/s: I want to meet 'him'.


06 January 2010

Bukan senang.


Ada orang kata, "Bukan senang nak jadi senang.", betul, saya sokong! Dan sambungannya, "Bukan susah nak jadi susah.", pun betul, sokong jugak. Apa-apa pun, it starts from out heart. Kalau hati nak, semua yang susah boleh jadi senang. Betul tak? Betul hehehe Start cerita dah bagi conclusion hahaha

Actually, saya nak share dengan semua pasal 3 benda yang saya rasa BUKAN SENANG nak buat. So far, 1 benda saya dah ada pengalaman, 2 lagi hanya dari pemerhatian pada orang sekeliling saja. 3 benda ni pada saya bukan senang nak dapat sactisfactory-nya ataupun lebih tepat hasil yang berbaloi-baloi. Ok, lets check it out!

Pertama, bukan senang nak BERCINTA. Atau lebih tepat bercinta balik. Err...Betul lah tu, bercinta. Ye, bukan senang untuk memulakan suatu percintaan, cewahhh! hahaha Sebab, melibatkan 2 hati, jiwa, perasaan, naluri, kehendak, pendapat yang berbeza. Bonus jika keduanya menaruh hati terhadap masing-masing, tapi ala-ala kena potong gaji kalau itu hanya datang dari sebelah pihak. Itu bukan syok sendiri, tapi setelah berkawan, keluar bersama-sama, masih bukan senang nak menerima hati satu pihak lagi. Mungkin salah sorang merasakan ketidakserasian kot. Mungkin. Taktau lah. Tapi berdasarkan PENGALAMAN, memang bukan senang. Sangat payah. Hampir-hampir nak putus asa ni. Hadoi! Tu yang pertama.

Kedua, bukan senang nak KAHWIN. Mendengar cerita dari mereka-mereka yang akan mendirikan rumahtangga, oh memang payah preparation kahwin ni. Ada yang ambil masa SETAHUN untuk buat preparation je. Bukan takat pasal pelamin etc etc, tapi juga pasal prosedur nak bergelar suami isteri yang sah tu. Contoh, nak kena isi borang tu borang ni, jumpa orang tu orang ni, buat test tu test ni. ppfftt! Itu satu hal, dan mengikut pengalaman jugak, adik- beradik yang kahwin, bakal pengantin perempuan time tu sampai menangis-nangis hahaha Bunyi macam kelakar tapi itu lah realitinya kalau berbincang dengan parents ke bakal suami ke kan. Macam-macam. Tak alami, taktau! hehehe Tapi betul kan, bukan senang nak kahwin ni. Tengok orang lain kahwin macam senang tak ada apa-apa je. Belakang cerita, takkan dia nak bagitahu kan.

Dan yang ketiga, last sekali, bukan senang nak jadi IBU BAPA. Tak kira lah mithali atau tak, tetap bukan suatu benda yang mudah ye. Ini paling payah rasanya sebab nak bela orang, kalau bela kucing ok lagi kot. Tak suka boleh letak kat pasar, orang, nak letak kat pasar gak ke??? hahaha Ambil contoh parents kita jelah, tengok macam mana mereka besarkan kita. Mereka pun takkan nak cerita semua benda susah payah nak jaga kita kat kita kan. Kalau yang anak 3 ok lagi, yang anak 10, macam mana pulak? Fikir macam mana nak bagi makan, nak bagi sekolah. Susah kan? Time tu baru lah kita reti nak appreciate parents kita, betul tak??? Dan yang saya yakin dan pasti, parents kita ni terlalu banyak bersabar, kan? Sabar dan sabar dan sabar dengan perangai kita. Yelah, kita ni bukan lah baik sangat pun masa kecik dulu hahaha Mana lah kita nak ingat kita ni nakal ke tak masa dulu, diorang je yang tahu.

Berbalik kepada ketiga-tiga benda kat atas ni, saya rasa, selain mengikut hati, kesabaran pun kena ada, PALING PENTING. Saya suka quote ni, "Tak rugi jadi orang yang sabar.", memang betul pun, tak rugi jadi orang yang sabar. Bukan susah pun nak sabar, tak kena bayar, just sabar, insyaallah Allah memberikan pulangannya. Macam yang pertama, bercinta, saya rasa, saya ditemukan dengan orang yang salah je sebab Allah nak temukan saya dengan orang yang terbaik untuk saya diakhirnya. So, kena lah belajar dulu daripada yang silap ni. Then, kahwin, mungkin Allah nak kita rasa susah dulu sebelum jumpa yang LEBIH susah lepas berkahwin tu. Dan last sekali, menjadi ibu bapa, sabar, pasti dihari mendatang, kesabaran menjadi ibu bapa ni akan dibalas dengan jasa anak yang soleh dan solehah. Insyaallah.

Tapi, saya masih lagi rasa bukan senang untuk melakukan ketiga-tiga perkara ni hehehe Hanya akan tahu selepas ketiga-tiganya selesai. Amin.


:)


05 January 2010

macam mana saya celebrate new year?


Ada ke yang nak tahu macam mana saya celebrate new year aritu? Kalau tak ada pun saya nak cerita jugak hahaha Err...Agak dah BASI kot cerita saya ni. Kenapa tak cerita awal-awal? Ha, jap lagi akan REVEALED hehehe

Hari yang ke-5 di tahun 2010, currently saya kat UPM, menikmati hari ketiadaan kelas, sambil menikmati setiap kunyahan biskut. Kasihan. Ok, mari, nak cerita macam mana saya sambut tahun baru aritu. Pergi The Curve? Countdown kat Dataran Merdeka? Tidak tidak. Semua itu salah! Saya menyambutnya di RUMAH! Cool bukan??? hahaha Memang cool. Tiap-tiap tahun baru pun di rumah ye. Oh, kecuali new year tahun 2009, di rumah Adilin, BBQ party.

Tapi tapi...Permulaan dan pembukaan tahun baru kali ni agak menyedihkan KERANA, lepas tengok movie aritu, balik tu dah penat gila-gila. Dan dalam masa yang sama saya tengah PMS. Pastu boleh pulak makan kuih lopes, PULUT ye. Memang menempah sakit untuk hari esoknya lah kan.

New year EVE tu saya dah berguling-guling sakit perut kat rumah. Damn you Kuih Lopes! Petang tu dah ok sikit. Boleh la gerak-gerak. Takdelah terbaring je. Layan TV jek. Malam tu, parents baru balik dari kenduri, tapau kuih. Ada pulak Seri Muka. Saya ni pulak lupa, perut tu baru je nak baik. Pegi makan pulak kuih tu. Menempah sekali lagi hahaha

Malam tu tidur dengan perut yang TAK SEDAP LANGSUNG. Bergelodak, bergelombang, berpulas-pulas. Dan ternyata keesokan paginya, membuang-buang dalam keadaan yang AB-NORMAL. Tak lalu nak makan apa-apa. Sekali lagi, terbaring sambil menonton Konsert Anuar Zain. Last-last Anuar Zain yang tonton saya hahaha Petang new year tu saya dah rasa lain macam badan ni. Seram sejuk, panas semua ada. Rupanya saya DEMAM. Ye, demam di tahun baru! hahaha Ada hikmah, bak kata kawan saya lah. Redha lah. Penyakit penghapus dosa. Insyaallah...

Malam tu agak ok sikit, boleh tengok Konsert Siti & M.Nasir hehehe Dan saya kembali sihat seperti sediakala adalah pada hari Ahad iaitu 3hb1 2010. Kira-kira 4 hari saya tak sihat. Dan hari ni, ala-ala sihat tak sihat jugak lah hehehe Tapi alhamdulillah, masih BERNYAWA dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

:)




p/s: bila nak mula buat project ni??? haish.


01 January 2010

Hello 2010!




:)