28 December 2010

2010 yang lepas.


Lagi beberapa hari je dah nak 2011. Rasa macam baru je type review pasal 2009. Ni dah nak type review 2010 pulak. Cepat masa berlalu, kan? Kali ni memang cepat sangat terasa. Rasa macam tak sempat-sempat. Lebih-lebih lagi bila dah mula kerja. Terkejar-kejar rasanya.

Bila tengok balik archive blog ni untuk 2010, every month sikit gila. Over all total posts ada 87 je. Sikit kalau nak compare dengan 2008 and 2009. Paling banyak posts dalam bulan April and May. Tu pun 12 posts je hahaha Ok jom kita review balik. Tapi yang pasti, 2010 saya tak banyak share benda.

So pada bulan January, yang saya ingat saya pergi Penang. Jalan-jalan makan angin dengan 2 orang lagi kawan saya. Pergi 4hari 3malam. Seronok dan seronok hahaha Last pergi Penang pun entah bila, masa kecik-kecik rasanya.

Bulan February pulak pergi Singapore. Uihh awal-awal tahun jalan sakan hahaha Baru buat passport tu yang sakan tu hehehe

Dan yang paling saya suka bulan March. Sebab saya in a relationship dengan Gula2Hati hehehe Actually since February lagi kita orang macam dah nak ke arah tu tapi March baru ada keberanian untuk meluah perasan hahaha Saya geli. :P

Bulan May pulak bulan presentation Final Year Project. Alhamdulillah, berjalan lancar. Dan balik present je dapat kerja hehehe Minggu depannya mula kerja. Sekarang dah masuk 7 bulan kerja. Bahagia dengan company tu. :)

June merupakan bulan yang best bagi saya sebab first, birthday saya yang ke 25 and before tu my bestfriend's wedding! Sheila kahwin dengan Afiq hehehe Saya ke Kerteh, Terengganu untuk meraikan wedding mereka berdua.

Bulan July pulak tak banyak benda yang boleh diingatkan. So far, banyak jugak benda yang sedih jadi, tapi saya MALAS nak type. Sebab tak best buat apa nak share. Just biarkan berlalu sajok.

Bulan Ramadan jatuh pada bulan Ogos. So aktiviti berbuka puasa dipejabat pun bermula hahaha Gila busy saya bila dah start kerja. Balik dah malam, penat. Memang tak ada masa nak menaip kat blog ni.

Hari raya pasti lah bulan September kan. Raya tahun 2010 memang syok sebab lain lah dengan tahun-tahun sebelum hehehe Dan September jugak birthday Gula2Hati. Celebration untuk dia makan cake and pizza dengan kawan-kawan dia! :D

Konvokesyen saya pulak jatuh pada bulan Oktober! Sangat bahagia dah habis belajar. Selesai semua project dan sekian benda.

Bulan November and December tak banyak benda jadi. Sebenarnya banyak tapi macam dah lupa je hahaha Tapi saya rasa saya dah tak aktif sangat blogging. Dulu-dulu sebab saya student, banyak masa nak mengadap laptop hehehe Sekarang serious tak ada masa dah. Masa saya semua untuk kerja. Cuba untuk bahagi-bahagikan masa gak ni. Cuba.

Entah lah, rasa macam makin membosankan je tulisan saya sekarang. Kan?



27 December 2010

You.



As we lie beneath the stars,
We wonder who we really are,
I wonder what you see in me,
We'll fall asleep beneath the trees.

Run your fingers through my hair,
Show me that you truly care,
Day by day, and night by night,
When I'm with you I have no fright.

The day you told you loved me,
That's when I gave you the key,
To my heart, soul and mind,
I'm glad to know that you're all mine.

I want it to last forever,
To know that we'll always be together,
Feel no pain or sadness dear,
I want you to always be near.

In every hug and every kiss,
When I'm with you I feel true love exists.
Hold me close and never let me go,
Don't let me fall amidst the shadow.

For I am yours, forever it may be,
I am yours for all eternity.
I mean it all; all I've said,
Without you, a part of me is dead.



I love you.


- By Cami Surrett



25 December 2010

How I celebrate Christmas this year?


Hah mana ada celebrate pun hahaha Sekadar penghias tajuk untuk post kali ni hehehe Oh, selamat menyambut untuk mereka yang menyambut. :)

Hari ni tak ada apa sangat nak saya cerita kan sebenarnya. Post ni terhasil sebab saya terlalu bosan sambil menunggu kepulangan Gula2Hati dari kerja. Dua hari dia pergi 'meninggalkan' saya disini. Ok, saya gedik hehehe Hari Sabtu yang tak ada apa nak dibuat selain basuh baju. Dah nak kering pun baju tapi sehelai seluar je yang betul-betul kering hahaha Hari mendung sejak kebelakangan ni. Dan hujan kadang kala. Sejuk setiap malam.

Apa yang saya merepek kat atas tu??? Abaikan. 3 hari saya kena kerja luar. Luar pejabat. Tapi masih dalam negeri. Penat? Penat jugak tapi ok. Sebab keluar dari pejabat ambil angin luar, bukan angin pejabat. Tapi setengah hari je kat luar. Setengah hari lagi masih dipejabat. Haih, bosan.

Bila tak ada apa nak buat sebelum berjumpa Gula2Hati beberapa jam lagi, saya saja baca balik posts lama-lama saya kat sini. Sebelum ada kekasih hati, saya rajin jugak post pasal hal semasa tapi tiada kaitan dengan peperangan atau sukan dunia. Time tu idea memang mencurah-curah. Saya suka blog saya ada cerita yang lebih kepada hal semasa, kesedaran, peringatan hehehe Kalau resipi, waktu bersuka ria boleh juga sekali sekala.

Teringin pulak nak post pasal hal semasa saya yang boleh jadi pengajaran pada kamu semua. Tapi bila difikirkan balik, terlalu sensitif isu itu kalau nak diutarakan disini. Maksud saya, terlalu personal hehehe

Tapi tak apa lah, mungkin akan diceritakan dalam bentuk dan jalan cerita yang berlainan sikit nanti. Akan difikirkan kelak. Buat masa ni, biarlah saya update hanya pasal kegembiraan yang saya kongsi dengan Gula2Hati.

Ada jugak terfikir nak buat blog ni macam blog Bride-To-Be yang lain hehehe Tapi tak reti dan belum confirm lagi bila nak jadi bride hehehe

Tengok, panjang lebar tapi kosong. Bosan kan? Saya bosan dengan tulisan sendiri.

Bye.



20 December 2010

Love is you. You and me.


Love is real, real is love,
Love is feeling, feeling love,
Love is wanting to be loved.
Love is touch, touch is love,
Love is reaching, reaching love,
Love is asking to be loved.
Love is you,
You and me,
Love is knowing,
We can be.
Love is free, free is love,
Love is living, living love,
Love is needing to be loved.

- Love, John Lennon.










18 December 2010

One step closer.


Mula-mula 2 minggu je tak update, sekarang dah jadi dekat sebulan hahaha Masih ada ke yang baca blog saya ni??? Macam dah tak ada jek. :P Tapi tak apa lah, saya update jugak blog ni serba sedikit pasal life saya. Sikit je lah, takleh banyak hehehe

Seperti yang telah dijanjikan, bulan 12 pun dah nak habis hehehe Saya nak share cerita pasal saya dan Gula2Hati pergi kursus kahwin kat Mont Kiara by Siarra & Dinderk sebenarnya. Itu lah yang saya excited-kan sangat since bulan November lagi hehehe


Gambar thebridezilla.wordpress.com yang punya, saya pinjam sebab gambar sijil kursus kahwin saya ada kat Gula2Hati hehehe

Banyak input berguna saya dapat dari kursus pra-perkahwinan tu. Mesti lah kan, takkan dia nak ajar benda tak guna hehehe Semua boleh di-praktik-kan dengan cara yang betul lah. Tempat kursus sangat selesa, dan ada class sikit lah. Sesuai untuk semua termasuk orang seperti kami yang dari golongan biasa-biasa je ni hehehe

Saya kira, kursus ni dah jadi platform untuk saya prepare for next step untuk memasuki gerbang perkahwinan. So, kepada semua yang baca post ni, doakanlah saya dan Gula2Hati berkekalan jodoh hingga ke gerbang perkahwinan tu dan diberkati. Amin...

:)



28 November 2010

Dua minggu lama-nya.


Hai blog! hehe Sorry 2 minggu tak berusik blog ni. Rambut pun dah panjang balik hahaha Ok tak panjang mana pun tapi tumbuh la balik 3-4cm hehehe Kenapa tak post apa-apa??? Sebab SIBUK yang amat sejak kebelakangan ni. Sibuk dengan kerja lah punca utama. Benda lain terpaksa ketepikan. Sampai Gula2Hati pun hangin jek saya asyik fikir pasal kerja. Sorry si pemanis hati hehehe

Niat nak taip-taip kat sini memang dah tersemat sejak seminggu lepas. Ada macam-macam idea nak taip tapi bila dah depan laptop je, terfokus kat benda lain, seperti, bukan kerja pejabat. Leka buat benda lain, blog terabaikan hahaha (apahal ayat macam ni punya puitis? :P)

Cukuplah sekadar memaklumkan sepanjang November lepas banyak sangat benda jadi. Disebabkan benda tu semua TAK BEST, so saya tak ada lah nak cerita. Tapi tapi tapi, kita tunggu bulan December ni, ada cerita best yang nak kongsi hehehe Sangat teruja pasal ni. :D

Sementara nak tunggu apa cerita di bulan 12, jom lah rajinkan diri anda lawat blog Lembayung Senja Photography
untuk tengok LATEST PROMOTION untuk hujung tahun 2010 ni!




13 November 2010

Kerat 4 inci.




Saya telah mengerat err... bukan saya tapi tukang kerat rambut telah mengerat rambut saya lebih kurang dalam 3 atau 4 inci pada hari ni. Ini adalah kerana tahap kerimasan berambut panjang adalah sangat maksimum dan tak dapat dibendung lagi. Maka, kini saya telah berwajah baru!

:D




p/s: dengan harapan kelihatan muda remaja. hahahahaahaa



11 November 2010

Cik Salmah.





Sama kan????

;P



29 October 2010

Getting married?


Oh hye! Lama tak post pape since konvo kan? BUSY gila. Kerja, hidup, peribadi, sekeliling. Haihhh. Post ni pun sebab tugasan saya. Oh ye, ni dah hujung tahun kan? Mesti ramai yang plan nak bertunang, kahwin kan kan kan??? Tau dah hehehe So, Lembayung Senja Photography ada ENGAGEMENT & WEDDING Package BARU untuk semua Bride2Be kat luar sana! Boleh click link yang saya letak tu. Sambil tu boleh tengok photo work dari mereka juga! Tapi kat sini saya letak jugak package-nya:


Engagement
  • 1 x Photobook Magazine Style size 10"x12" (40pages).
  • 2 x 12R photo with simple and nice Black Frame.
  • 1 x DVD with unlimited shot and Classic Leather DVD Case.
  • 2 x Photographer(s) covering the event for wider coverage.
  • 4 - 6 hours event coverage.
  • 1 Outdoor portraiture session.


Wedding

Package A
  • 2 x UV Story Board Album size 10"x12" (20 pages).
  • 1 x Photobook Magazine Style size 10"x12" (40pages).
  • 4 x 12R photo with simple and nice Black Frame.
  • 1 x DVD with unlimited shot and Classic Leather DVD Case.
  • 2 x Photographer(s) covering the event for wider coverage.
  • 2 x Outdoor portraiture session(s).
  • 3 Days event coverage.


Package B
  • 2 x UV Story Board Album size 8"x12" (20 pages).
  • 1 x Photobook Magazine Style size 8"x12" (40pages).
  • 3 x 12R photo with simple and nice Black Frame.
  • 1 x DVD with unlimited shot and Classic Leather DVD Case.
  • 2 x Photographer(s) covering the event for wider coverage.
  • 2 x Outdoor portraiture session(s).
  • 3 Days event coverage.



Ok, kat atas tu adalah package-nya. Tapi, tapi, tapi! Ada SURPRISE!!! Kalaulah ada kawan-kawan anda yang nak bertunang/berkahwin, anda recommend lah Lembayung Senja Photography pada mereka SEBAB, ada HADIAH SPECIAL untuk INTRODUCER!!! Iaitu, pertama, Conceptual Photo session secara PERCUMA! ATAU, CASH TOKEN berbentuk WANG RINGGIT MALAYSIA yeeee!!! Siapa taknak kan!!! Rugi lah kalau taknak. Syaratnya, boleh redeem hadiah HANYA SELEPAS client a.k.a kawan anda tu bayar final payment dia. So, tunggu apa lagi??? Recommend lah sekarang!!! :D

Untuk pengetahuan anda, harga untuk package tersebut tak boleh dipamerkan, hanya akan diberitahu kalau anda menelefon/meng-email pada wakil Lembayung Senja Photography. Lebih mudah, berurusanlah dengan saya sebab saya P.A kepada photographer hehehe

Sebarang kemusykilan/pertanyaan sila email saya di aidasalmah@yahoo.com atau terus kepada email Lembayung Senja Photography di lembayung.senja.photography@gmail.com


So, contact kami cepat untuk booked tarikh anda!!!!


;D


14 October 2010

Konvokesyen; rasmi!


Secara rasmi, saya pertontonkan gambar-gambar sekitar pre-konvo dan post-konvo. Semasa konvo tak ada sebab photographers saya takleh masuk. So, selamat menatap gambar-gambar konvo saya! :D


Ini adalah 2 gambar dari Official Photographer saya; Lembayung Senja Photography, sila click link untuk tatap lebih banyak muka saya hahaha


Dan yang 2 ni pulak dari 2nd photographer, Afnan Omar. Sila click link untuk tengok macam-macam lagi aksi 'NGERI' saya dengan kawan-kawan hahahahaa

Selamat terhibur dengan gambar-gambar konvo saya! ;)









p/s: kalau ada yang berminat, boleh contact mereka untuk dapatkan quotation. hihihihi :P




13 October 2010

Alkisah degree.


Rasanya semua dah tahu saya dah konvo! hehehe Maka, resolusi 2010 yang ke-4 sudah pun tercapai. Nampaknya, 5 dah selesai. Ada lagi 3 belum terlaksana. Beli kereta, beli DSLR dan kuruskan badan hahaha Kereta insyaAllah awal tahun 2011 saya nak beli. Tapi secondhand aje. Kuruskan badan tu saya jadikan resolution untuk tiap tahun ekeke DSLR pulak, saya tukar dengan BERKAHWIN. Jadi, 2 benda penting dalam perancangan saya sekarang, kereta dan kahwin. :)


Gambar ni dari Sheila. Gambar dari Official Photographer saya nanti saya letak ok hehehe Susah senang saya kat UPM dengan Sheila je.

Saya nak cerita pasal degree saya ni. Macam mana boleh TER-sambung degree pulak. Sebenarnya saya LANGSUNG tak fikir nak sambung degree. Cukuplah sekadar diploma je. Lagipun kewangan family tak ada lah kukuh sangat. So, saya kerja. Dah nak dekat setahun kerja, dan kerja makin banyak. Paling tak best, kena shift pulak. Apakah??? Sebab nak buat data migration untuk system. Tempat kerja jauh sangat dari rumah. Saya kena naik 3 kenderaan berbeza. Bayangkan! Disebabkan tak sanggup nak kerja shift, saya ambil keputusan nak sambung degree. KEBETULAN, kononnya, nak sambung sama2 dengan ex-boyfriend.

KONONNYA, lepas habis belajar, nak kahwin lah. Kononnya. Tapi saya nak skip pasal tu sebab tak best pun cerita tu hahaha UPM menjadi pilihan. Kenapa? Sebab diploma twinning dengan UPM. Kalau sambung degree UPM boleh tranfer credit hehehe Pastu dekat dengan rumah. Dalam Selangor gak.

Yang bestnya, part ni memang best hehehe Saya ada TER-syok kat sorang mamat ni hahaha Dia classmate saya jugak. Tak tahu, tapi masa orientasi saya dah suka kat dia ni. JUJUR, memang banyak kali saya try nak curi hati, pandangan, dan lain-lain dari dia ni. Mula-mula je macam ada respon, pastu tak ada. Oh, kecewaaaa!!!

Pastu lama-lama saya dah fed-up hahaha Move on lebih baik. Tak dinafikan, masa saya kat UPM, banyak benda saya belajar. Bukan saja pelajaran, kehidupan pun banyak. Pahit maung tawar manis masin masam, banyak saya lalui kat UPM. Pasal kawan-kawan tak ada masalah sangat, tapi ada jugak lah sikit hahaha Lebih kepada personal. Tapi alhamdulillah, saya dapat lalui semua tu.

Bila fikir balik, nak tergelak pun ada. Macam tak percaya, 2007 masuk, 2010 dah konvo. Rasa macam baru register hari tu hahaha Tapi saya percaya, semua ni ketentuan-Nya. Dah tertulis. Saya bersyukur sangat! Paling best, semester akhir, saya dah ada Gula2Hati, sampailah ke hari ni, masih bersama dia. :)

Sekarang, dah sampai masa untuk hadapi dunia sebenar yang lagi banyak cabaran rasanya hahaha Sabar jelahhh. Sebab sekarang ni lagi banyak tanggungjawab nak kena pikul. Lebih-lebih lagi bila dah niat nak kahwin.

So, kepada semua yang konvo tahun ni, CONGRATULATIONS!!! :D







p/s: pre-convo & post-convo photo shoot akan menyusul kemudian! ;)





11 October 2010

11.10.10: After 3 years!




It's my convocation!!!

:D








p/s: thank you Gula2Hati for the lovely flower bouquet! gambar eksklusif akan diletak kemudian. ;)



08 October 2010

You're the reason.










p/s: i ♥ ♥ ♥ ♥ you!!!



05 October 2010

Teaser: 2007-2010









p/s: fun! :D



27 September 2010

Blow the candles out!



Last night birthday surprise.










p/s: you are so chomel, sayang. hikhik


27092010



Guess what!
It’s your birthday today!
So what I have to say?
Is happy happy birthday!

I hope I can make your dreams come true!
But. Part of me says I already do.
My dreams have come true
That dream is filled with you
Filled with love and happiness
But, mostly you!

What can I say
I love you
Knowing you love me too
I try to find the courage to say I love you.
Yet it seems, when I’m near you.

When I’m near you,
I seem to not know what to say.
It’s overwhelming. Knowing that you're mine
All mine. Not another girl can have you.

You’re the only one I need
When I dream I dream of you
Dreaming someday I’ll be with you
Now that I have you.
All I can dream is?
Dream you will be mine forever.

All I can say is I love you!!!
I love you!!








p/s: I love you, sayang. hope that our dreams will be come true. InsyaAllah. amin. :)




13 September 2010

Biru.




Sungguh hanyalah dirimu yang aku cintai.










p/s: Syawal 1431




08 September 2010

Setengah tahun =


bulan






p/s: I love you.



07 September 2010

Apa yang paling saya suka Aidilfitri tahun 2010?





Raya sedondon dengan Gula2Hati!


;D






p/s: 1st time update dari office. heeee. btw, esok dah setengah tahun 'mencari cinta' dengan Gula2Hati. I love you, sayang. :)


01 September 2010

1st September 2010


"Saye harap, 1st Sept 2010, saye boleh type cerita yang HAPPY kat sini, bukan lagi pasal N. Insyaallah."

Line yang saya copy-paste dari post 1st September 2008 yang ditulis pada 1st September 2009. Kalau rajin, baca la balik post tu hahaha

Anyway, cerita pendek dari saya untuk post 1st September 2010, saya sangat HAPPY sampai saya dah berisi a.k.a GEMUK hahaha Saya sangat BAHAGIA dengan apa yang saya ada sekarang even saya tak dapat semua tapi saya bersyukur dengan pemberian Allah pada saya kali ni. Walaupun ada dugaan dari pihak lain, tapi saya berjanji untuk tempuhinya.

Dan yang pasti, cerita lepas ni semua pasal H sahaja! hehehe

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba!

:D



23 August 2010

10.04.10


Cantik kan tarikh tu? 10th April 2010, hari tu, saya dengan sidekicks saya planned buat BBQ party untuk coursemates UPM Multimedia batch 07/08. Memandangkan kami semua dah nak melangkah ke alam lain, so, kami telah pun organized 1 BBQ party, ala pot luck! Venue kat area kolej kediaman UPM je. Tapi yang bestnya, semua participate! Semua buat kerja, semua bagi sokongan! Tu yang buat saya terharu tu hehehe Dah 4 bulan baru nak cerita. Tapi, bagus jugak sebab, time dah kerja ni lah bila teringat balik time belajar, rasa RINDUUUUU sangat sangat!!! Rasa nak balik time belajar dulu, time pergi lecture, time gi exam. Time kat hostel, macam-macam lagi lah yang jadi kat UPM tu antara kami semua. Dan paling best, time buat assignment, nak kejar deadline nak submit proposal lah, nak sumbit 3D lah hehehe Tak tidur sehari suntuk. Haihhh... Rindu.............. :)

Sedemikian dengan itu, Moonsyi, telah mengeluarkan idea bernas dia, nak buat HD video untuk BBQ. Maka, jom kita tonton video kat bawah ni. Enjoy!

BBQ Farewell Party UPM BSK Multimedia Class of 2010



Kadang-kadang, bila dah tak ada depan mata kita, baru kita dapat rasa kemesraan yang terjalin selama ni. Kadang-kadang, benda yang kita tak sangka tulah yang boleh mengukir senyuman sampai bila-bila. Kepada kawan-kawan Multimedia 07/08, kamu semua adalah yang terindah. All the best!

:D



22 August 2010

Biskut raya 2010.


Ye! Baru 11 Ramadan, saya dah buat biskut raya hahaha Bukan apa, senang buat awal ni. Lagipun weekend ni je yang free. Weekend lain macam BZ. Banyak aktiviti sebelum nak raya. Pastu kan, buat biskut ni, boleh released kan tension tau! Tu yang seronok. Tapi, bila masuk part bakar biskut tu, dah tension balik. Adoiii!!! Sabar jelah. Taktau mana silap. Oven ke, bancuhan ke, bekas cup tu ke. Siap call pemunya recipe lagik. Tapi rasa memang MARVELOUS and FABULOUS! Tak tipu! Takpelah, jom tengok gambar yang ada. Oh ye, ni saya curi gambar kakak saya kat Facebook lagi hahaha Sebab gambar dari Blackberry dia cantik hikhikhik Pinjam ye KAKAK ekekeke


Sebelum bakar, ni la rupa bancuhan dough yang dah dibulat2kan hehehe Pastu letak STAR. Cute kan??!! CUP tu yang mahal tu, very the POLKADOT LOVER hahaha I LIKE!


Dan ini lah hasilnya! TARRRAAAA! Cute kan???!!! hikhikhik Colorful itu harus! Ceria di Aidilfitri! hahaha Nak makan pun sayang kau! Sebab SHOMEL sangat macam yang tukang buatnya hahaha Oh, ni semua berlaku pada hari semalam. Hari ni nak rest je. Penat weh buat kuih ni, sebab banyak perangai. Haish. Sabar jelah. Buat 1 jenis je. Lain-lain, BELI. Dah order biskut Cornflakes dah. Nama biskut ni Biskut Alaf Baru Ceria di Aidilfitri hahaha Panjang gila nama! Tak tak hehehe Nama dia Biskut Sugee hehehe Dapat dalam 400ketul gak. Banyak kan?! hehehe Pasni maybe saya nak bake cake pulak! Chocolate cake kot. Tengok camne hehehe

Ok semua, sampai disini saja, selamat berpuasa untuk Ramadan yang ke-12!

;)




21 August 2010

Our song










p/s: If this life gets any harder now, it ain't no nevermind. You got me by your side and anytime you want, we can catch a train and find a better place, cause we won't let nothin' or no one keep gettin' us down.




17 August 2010

Advertisement : Lembayung Senja Photography (SA0155317-x)




Lembayung Senja Photography is a professional photography team, catering for the individual's needs, ranging from wedding photography to children's portraiture. We create each package to suit your requirements. Please call us to initiate the creation of unforgettable moments of you and your loved ones into still art, for you to treasure for a lifetime.


Behind The Name

lembayung (malay) adjective
  • shaped like or intended to perform the function of an umbrella

senja (malay) noun
  • the state or period of partial darkness between day and night


Lembayung Senja is an old malay play-of-words in describing the coming of dusk settling on the horizon. The emblazoned redness of the sun setting is the epic sight to capture. It is the crucial moment between the farewell of the sun, depicting the end of the day and the re-birthing of the moon, brandishing the coming of night.

The Lembayung Senja Photography team consists of 3 professional individuals, each contributing their own unique character to the work they do. Their dynamic approach at completing a task is to be admired. Each member complements the others in creating beautiful masterpieces for everyone's viewing pleasure. Each clientèle is treated with care and respect. Their goal is to keep their customers smiling, even after the picture has been taken. Each customer is treated as a friend, for building strong relationships with people, LS contributes in making the world as beautiful as the lembayung senja.

We at Lembayung Senja Photography strive to capture life's momentous events such as this and reliving each instant with the genesis of still photography.

Visit http://lembayungsenjaphotography.blogspot.com/ for more details.



Thank you!



15 August 2010

Buka Puasa cara saya.


Macam lah lain hahaha Tapi memang lain tahun ni. Huh. Tak sangka pulak kan. Secara keseluruhannya, saya baru buka puasa kat rumah 2 kali. Yang lain semua buka puasa kat office. Haih. Kerja punya pasal. Sabar jelah kan. Tapi nasib lah kerja dekat tempat yang senang nak cari makanan yang pelbagai. So takde lah rasa susah sangat. Tapi agak ke-kopak-kan sket la kalau buka kat luar ni hehehe

So, semalam adalah kali ke-2 buka puasa kat rumah dengan parents and family kakak. Saya ada kakak je. Abang tak pernah ada HAHA Padannn! Ok ok bulan puasa hehehe Apakah juadahnya? Oh, kali ni agak simple jelah. Tak payah nak beriya sangat kan. Makan buka puasa pun macam makan dinner tiap-tiap malam je.


Gambar ni curi kat Facebook kakak saya hahaha Menu; Kerutuk Cencaru, Sayur Masak Lemak Putih, Bubur Jagung, Teh Tarik, Sirap Bandung Soda. Kenyang. Syukur. Tapi moment dah tak sama lah. Hmm...

Hari ni akan berbuka puasa bersama yang tersayang, tercinta, dan semua TER yang boleh hehehe Harap esok boleh berbuka puasa kat rumah lah. Kerja, tolong jangan datang LAST MINUTE, ok? hehehe

;)



p/s: aku tak sangka 'stalker' tu masih view blog aku. bangga weh. :P




10 August 2010

Ramadan 1431


11hb Ogos 2010, iaitu esok, kita umat Islam Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa. Oh oh! Rasa baru je hari tu puasa. Ni dah puasa balik. Kejap je masa berjalan kan? hehehe

Tahun ni rasa EXCITED sangat nak puasa. Saya rasa sebab saya puasa time saya dah kerja. Dah boleh buat budget untuk raya hahaha Baru puasa dah pikir raya. Bukan apa, excited nak bagi duit raya kat anak-anak buah, parents, nak beli kuih raya untuk rumah parents, rumah bakal parents in-laws hahaha Perasan aku ni. :P

Pastu tahun ni saya puasa dengan kehadiran Gula2Hati! Teramat bermakna tahun ni. So, dia punya excited tu jadi double lah hahaha Lepas puasa mesti raya kan? Raya dengan Gula2Hati jugak! hehehe

Kepada semua yang masih setia baca blog ni, Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga Ramadan tahun ni memberi lebih makna kepada kita semua.

:)



p/s: kesuntukan masa untuk meng-update. maaf. heee.



01 August 2010

Eksklusif!




Muka Ogos.





p/s: juga rambut 'Ogos'.


30 July 2010

seperti.

seperti, dilanda gelora. bermulanya.
seperti, hilang tujuan. jadinya.
seperti, semusim tiada makna. hasilnya.

seperti, dijanji-janji. permulaannya.
seperti, diterbangkan indah. pembuka bicaranya.
seperti, suatu keserasian. terdetiknya.

seperti, pelangi. wujudnya.
seperti, payung. pelindungnya.
seperti, segala-gala. perasaannya.

seperti, berkata-kata. hatinya.
seperti, menginginkan. zahirnya.
seperti, berbicara. jiwanya.

seperti, mimpi. kenyataannya.
seperti, terjalin. ikatannya.
seperti, dirancang. kemahuannya.

seperti, bintang. hadiahnya.
seperti, awan biru. tempatnya.
seperti, matahari. kasihnya.

seperti, adam dan hawa. berkatnya.
seperti, jahan dan mumtaz. cintanya.
seperti, itu. doa-nya.

seperti, aku dan kamu. selamanya.




13 July 2010

Selepas 3 minggu...




baru saya nak type-type kat sini.













p/s: kehidupan agak kucar-kacir semenjak 3 minggu yang lalu. sekian. akan di-update kemudian. harap bukan lagi 3 minggu heeee oh! kepada si stalker, silakan menjadi busy body, sila, sila.



21 June 2010

suku abad!




Lilypie Kids Birthday tickers


20 June 2010

You ought to give me wedding ring.


The book of love is long and boring
No one can lift the damn thing
It's full of charts and facts and figures and instructions for dancing
But I
I love it when you read to me
And you
You can read me anything

The book of love has music in it
In fact that's where music comes from
Some of it is just transcendental
Some of it is just really dumb
But I
I love it when you sing to me
And you
You can sing me anything

The book of love is long and boring
And written very long ago
It's full of flowers and heart-shaped boxes
And things we're all too young to know
But I
I love it when you give me things
And you
You ought to give me wedding rings

- Book of Love, Peter Gabriel



19 June 2010

020202





Nice number, huh?

:)




p/s: still counting for 123456?


18 June 2010

My 1st birthday present for 2010!




Thank you, Gula2Hati!

I love you!

:D



15 June 2010

You found.


If you should ever find someone new,
I know she'd better be good to you.
'Cos if she doesn't,
.
.
.

I'm not sure whether I'll be there,
Or not.



14 June 2010

My bestfriend's wedding.



Sheila's Wedding Day at Kerteh, Terengganu!




I'm the Pengapit of the day!


Selamat Pengantin Baru Sheila & Afiq! Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin.

:)





p/s: Saya malas nak taip panjang-panjang sekarang ni.



08 June 2010

Saya hanya seorang perempuan yang mempunyai hati dan perasaan.


Sebenarnya saya tak pasti nak type pasal benda ni kat sini ke tak. Tapi saya type jugak malam ni. Sebelum saya teruskan cerita saya, saya nak semua orang yang baca post ni tahu dan ambil tahu, bahawa saya hanyalah seorang perempuan yang mempunyai hati dan perasaan.

Saya sangat seronok nak meraikan hari perkahwinan kawan baik saya weekend ni! Tak sabar saya nak kongsi rasa bahagia untuk dia. Tapi, dalam keseronokan, kegembiraan tu, tiba-tiba wujud satu perasaan dalam hati saya. Saya hanya mampu menyimpan dalam hati. Malangnya saya tak mampu nak memendam seorang diri. Saya ambil keputusan nak luahkan kat sini.

Mungkin ada pihak yang akan terasa atau tersinggung atau berkecil hati, tapi ini adalah apa yang saya nak semua pihak tahu. Ini tidak melibatkan perasaan cinta, kasih sayang saya. Ini hanya sekadar LUAHAN.

Dulu, masa saya tengah hangat bercinta dengan ex-boyfriend saya, saya pernah mimpi yang dia kahwin dengan perempuan lain, dan saya pergi masa hari perkahwinan dia tu. Pastu saya pun cerita kat dia, dia kata tu mainan tidur je. Fine lah. Mimpi je pun kan. Tak payah nak ambil serious sangat. Tapi, jodoh tak berpihak pada kami, dan kami berpisah. Atau terpisah. Ataupun saya ditinggalkan. Mana-mana lah kan, hakikatnya mimpi saya tu jadi kenyataan. Malangnya mimpi tu mimpi buruk untuk saya. Hmm... Dan dia akan berkahwin pada tarikh yang sama dengan tarikh kawan baik saya kahwin. Berita baiknya, saya tak pergi ke majlis kahwin dia. Sebab saya pergi rumah kawan baik saya. Tapi seakan-akan ditusuk jantung saya ni bila saya tahu tentang tu. Ya, betul, saya dah ada pengganti sekarang dan saya bahagia bersamanya. Tapi, jauh disudut hati, saya tak boleh nak terima kenyataan bahawa lelaki yang PERNAH bertakhta dalam hidup saya akan berkahwin dengan perempuan lain pada hari kawan baik saya kahwin jugak.

Saya tak tahu nak klasifikasikan perasaan ni sebagai apa. Apa yang saya boleh type kat sini, kepada dia yang akan berkahwin tak lama lagi, semoga anda berbahagia disamping pilihan anda. Semoga kalian berkekalan hingga ke akhir hayat. Selamat pengantin baru.


:)



07 June 2010

3 lelaki dalam masa seminggu!


Wah! Such a Play Girl! hahaha Oh, before that, saya terasa nak post something kat sini since dah seminggu lebih tak post apa-apa. Kesian blog ditinggalkan nestapa hahaha Btw, as usual punya alasan, BUSY!!! Busy kat office. Rumah tak. TAPI, bila balik dah penat, idea tak ada nak type-type kat sini. So, postponed. Postponed punya postponed, dah seminggu tak cerita apa-apa. Weekend memang time untuk merehatkan badan dan beraktiviti sosial dengan orang sekeliling. Entah kenapa, malam ni boleh pulak nak menaip-naip. Maybe sebab ada cerita. Ok, lets check it out, sapa 3 LELAKI tersebut!



Kejadian ni berlaku minggu lepas. Dimana terjadi pada hari Rabu, Jumaat dan Sabtu. Tapi apa yang berlaku dan apa kaitan dengan 3 lelaki ini???

Pertama, pada hari Rabu, saya 'berjumpa' dengan lelaki yang bernama SHREK! hahaha Ok, saya tengok movie Shrek Forever After 3D, office mate belanja. Best jugak tengok 3D ni. First time! hahaha Cerita kelakar lah. Cartoon kan. Saya paling suka DONKEY! Kelakar gila!

Kedua, pada hari Jumaat pulak 'berjumpa' dengan Putera Raja Parsi hahaha Tengok Prince of Persia bersama my prince charming hehehe Cerita ok lah. Jalan cerita macam cerita Shrek je tapi action boleh tahan lah.

Lastly, saya 'berjumpa' dengan budak SETAN yang kacak dan budak perempuan yang AYU! Saya pergi tengok Lagenda Budak Setan hari Sabtu aritu. Cerita biasa je. Lagipun saya tak pernah baca novel tu. Saja nak tengok sebab soundtrack cerita tu menyayat hati saya betul. Boleh nangis kalau dengar. Apa yang saya paling suka pasal cerita LBS tu, adalah, gambar-gambar photo shoot Ayu. Cantik! Nak buat camtu gak lah! hehehe

Tu jelah saya nak cerita hahaha Macam dah tak best je penceritaan saya sekarang ni kan. Hurmmm... Oh, by the way, 8th June 2010 genap 3 bulan saya dan Encik Gula2Hati bersama! Alhamdulillah.

Sampai sini jelah dulu rasanya. Nanti saya update lagi, pasal holiday saya ke Terengganu & Pahang weekend ni! Yeay!!!

;D




03 June 2010

Cinta masa lalu.


Bila cinta kini tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu.

Dulu kau tawarkan manisnya janjimu
Dan ku sambut itu dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi tinggalkan ku.

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih cinta yang fana.

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh dalam harapan.

- OST Lagenda Budak Setan



24 May 2010

Happy birthday, prince!




Johan : Johan dapat bicycle baru!
Maksu : Wah! Cantiknya!
Johan : Mahaaaaallll......
Maksu : Yeke. Berapa ringgit?
Johan : Tiga ringgit.
Maksu : (hehehehehe)



23 May 2010

Aku dan layang-layang.





22 May 2010

2 months and 2 weeks.





2 of us.




21 May 2010

Dah berubah dah.


Hidup saya kini dah BERUBAH. Perubahan drastik jugak rasanya. Sebab saya dah kerja, so masa tu jadi terhad nak update blog ni. Cerita ada. Idea banyak. Masa dan tenaga je tak bagi kesempatan. Ni pun curi-curi tulang hehehe Rasa macam dah tak ada LIFE macam time study dulu-dulu. Tapi memang ini pun yang saya tak sabarkan sangat. Walau apapun, saya HAPPY dengan perubahan ni. Even balik rumah lambat, tapi saya tak kisah. Sebab saya buat benda yang saya ENJOYED nak buat. SERONOK bila kena solve-kan CODING. Serious seronok bila problem SOLVED! :D

So, apa lagi yang dah berubah??? Masa untuk diri sendiri, contoh, shopping ataupun tengok movie ataupun ber-gossip dah tak ada dah. Tengok TV??? Dah lama gila tak tengok TV ok. Baca paper pun kat office punya. Nasib office ada paper hehehe Dan yang paling saya SUKA, perubahan pada coach Komuter. Ada Ladies' Coach! Macam orang tak tahu pulak hehehe Masa awal-awal dulu ingat tak ACTIVATE coach tu. Sekarang ni je baru diorang pantau. Tapi memang BEST sebab tiap kali naik Komuter mesti dapat duduk. Oh ye, saya ni pengguna Komuter yang PALING setia sejak kerja ni. Jimat! hehehe Dan mudah.

Oh ye, lagi 30 hari untuk saya menjangkau usia SUKU ABAD. Makin banyak usia, makin BANYAK tanggungjawab. Bukan senang nak jadi dewasa. Susah. Lebih baik nikmati zaman kanak-kanak, remaja puas-puas. Tapi, janganlah sampai tak ada apa-apa preparation langsung untuk hadapi zaman DEWASA. Cari pengalaman banyak-banyak. Insyaallah, akan dipermudahkan. Saya??? Entahlah. Hadapi jelah.


:)



12 May 2010

3 hari.


3 hari yang BEST! Saya tak tahu lah, tapi saya suka tempat kerja baru saya. Sangat COOL with graffiti on the wall. I really adore that. Tambahan saya buat benda yang saya minat. Saya tak kisah even kena balik lewat sikit(sebab dah masuk pun lewat kan hehehe), I enjoyed myself working there!

Colleagues tak payah cakap lah, memang baik, sporting, friendly, KACAK(tu penting!) ekekeke Environment pun best. Paling best, dekat dengan Midvalley & Gardens. Senang nak shopping hikhikhik Transportation pun senang. So far, Alhamdulillah. Harap tak ada apa yang TAK best lah pasni. But, for sure ada punya nanti. Baru lah nama HIDUP, kan? But will take it positively. InsyaAllah. :)

Actually, BANYAK benda jadi before saya start kerja hari tu. Dugaan bercambah-cambah. Even sekarang pun masih terasa diduga. Just saya taknak fikir sangat nanti boleh sakit kepala. Focus more on my job. But later I'll update you guys about the 'dugaan' thingy.




p/s: semoga Tok saya cepat sembuh. Amin.



09 May 2010

Sabar.


Apa lagi yang boleh aku buat selain, BERSABAR?
Aku hanya mampu bersabar.
Aku tak boleh marah.
Aku hanya boleh menahan.
Betapa peritnya menahan.
Aku macam dah tak ada siapa.
Aku rasa sorang.
Aku tak tahu apa yang aku kena buat.
Aku tak tahu apa yang orang nak aku buat.
Sebab aku rasa aku dah buat semua benda yang orang nak aku buat.
Aku tak buat benda yang orang tak suka aku buat.
Aku tahu apa yang aku buat.
Aku tak pernah mintak orang buat untuk aku.
Aku tak pernah, melainkan aku terpaksa.
Aku salah ke?
Salah ke kalau aku buat benda yang aku nak?
Salah ke aku buat benda yang aku berhak buat?
Aku tak berhak keatas diri aku sendiri ke?
Aku milik DIA dan mereka.
Tapi aku pun ada hak keatas diri aku sendiri.
Sekali lagi, aku tahu apa yang aku buat.
Sekali lagi, aku tak buat benda yang orang tak suka aku buat.
Aku tak buat!
Percayalah!
Tolong aku satu benda je.
Tolong percaya dengan aku.
Itu je.
Aku tak mintak lebih.
Tolong yakin dengan aku.
Tolong bagi aku peluang.
Aku nak peluang untuk aku buktikan pada orang.
Tolong aku.
Tolonglah.

Aku tak berdaya nak melawan.
Aku tak boleh.
Aku berdosa.
Aku tak suka jadi macam ni.
Aku benci.
Tolonglah jangan seksa aku macam ni.
Aku tak suka.
Tolonglah.
Tolong.

Aku mintak maaf.



08 May 2010

Saya budak gemuk.



Scary-nya tengok gambar kat atas ni hehehe Ok, back to the TITLE. Dulu-dulu masa darjah 1, saya merupakan seorang budak perempuan yang comel! Bukan nak puji diri tapi, memang comel. Rambut panjang, China Doll, kurus, memang comel lah, sampai orang panggil untuk casting advertisement.

Tapi, start darjah 4, badan saya dah mula naik. Bulat OK! Gemuk sebab ayahanda saya bagi saya makan suppliment. Time tu saya tak reti apa, makan jelah. Pulak tu rasa oren, telan aje hehehe Pastu time tu tak fikir pun nak ada boyfriend, nak jadi hot macam Angelina Jolie, nak kaki panjang macam Cindy Crawford. Tak fikir. Yang saya tahu, pergi sekolah, balik sekolah. Main, tengok TV, buat homework tu je.

Dan pertambahan berat badan menjadi-jadi sehinggalah saya form 1. Oh oh! Time tu dah mula risau. Yelah dan remaja kan. Sedih kalau diingatkan balik. Tak ada lelaki yang suka kat saya pun. Kawan perempuan pun dikalangan yang biasa-biasa je. Yang hot, terkenal, fofuler semua macam nak taknak je kawan ngan saya. Sedih gila. Tahu lah saya ni gemuk. tsk!

Masa form 3 saya ada minat kat sorang mamat ni. Tapi dia tak layan pun. Hampeh. Dia layan yang cantik, putih gebu, kecik molek aje. Saya time tu tak ada lah besar sangat. Mungkin time tu saya tak reti nak melawa. Alah, pergi sekolah, takkan nak cantik-cantik make-up semua. Kan?

Form 4 saya tukar sekolah berasrama pulak. Time tinggal kat asrama berat badan saya turun sikit dan time tu ada lah sorang mamat ni suka kat saya hahaha Gila suka! Meaning tak ada lah buruk sangat saya ni hikhikhik Tapi mamat tu bukan lah mamat yang kacak. Biasa je. Maknanya saya pun biasa jelah. Bila fikir balik, pergi sekolah nak belajar bukan nak bercinta. Saya tak bercinta pun ngan mamat tu. Tapi saya ada boyfriend lain hahaha

Bila dah masuk college, berat saya tak berapa nak turun sangat dan masih gemuk juga tak cantik. Patutlah boyfriend saya tu curang. Huh! Masa tu second year. Dengan berazam dan bertekat tinggi, saya buat transformasi pada diri sendiri. Kuruskan badan dan belajar camne nak jadi cantik.

Dan TERkenal-lah dengan ex-boyfriend saya yang previous. Habis belajar kat college, saya kerja. Time kerja memang kurus lah. Mana tak nya, pergi kerja naik komuter, lrt, bus. Kadang-kadang jalan kaki. Harus KURUS! Tapi berat turun-naik tak menentu ikut mood time tu. Kadang naik, kadang turun. Kadang gemuk, kadang kurus.


Size badan masa last day kerja nak sambung belajar. Err... Kurus kot hehehe Masa belajar badan saya sama je macam sebelum-sebelum tu. Kejap gemuk, kejap kurus. Tapi bila 'tragedi' menimpa, badan saya terus turun mendadak. Makan hati, makan perut, makan peha sendiri ekekekeke Tapi tapi, berat badan saya tak pernah kurang dari 65kg. Paling minimum mesti 65kg. Tak pernah kurang. Disebabkan itu, saya berazam untuk kurangkan lagi berat badan. Merana satu hal, geram satu hal. Mestilah kena pasang badan kan. Nak capai 60kg!


Gambar diatas adalah pada bulan March 2010. Saya tak suka nampak tulang-tulang kat leher. Saya rasa buruk pulak saya kurus. Time ni memang saya kurus. Peha saya kecik. Tak payah orang tegur, saya sendiri perasan. Badan rasa mengecut. Dah tak hot bhahaha Nak kata saya diet, memang tak lah. Makan semacam jugak. Nasi tak pernah tinggal. Every meal saya makan. Lapar je makan. Tak tahan perut. Mungkin sebab saya susah hati dengan FYP dan benda-benda sewaktu dengannya.


Melihat gambar diatas ni pulak, lagi buat saya rasa, tak cantik. Apsal macam cengkung semacam? Gigi macam nak jongang je. Tak pasal saya jadi 'Salmah Jongang' hahaha Kulit makin hitam. Adoi! Ni gambar masa bulan April 2010. Saya rasa saya dah tak cantik. Yang sememangnya saya ni tak cantik. Makin tak cantik pulak. Apa ni, gemuk tak cantik, kurus tak cantik. Haish. Nak dijadikan cerita hari ni, semalam ke kelmarin, saya timbang berat saya, dan jarum menunjukkan berat saya adalah 62KG! Memang pencapaian yang memberangsangkan tapi secara fizikalnya saya tak berpuas hati. Better chubby sikit lagi cantik kot hehehe Sampaikan makcik saya marah, jangan nak kurus lagi, dah cukup dah, katanya. Baiklah. Saya pun perasan, kurus memang tak cantik.

Ha, ini lah manusia. Bila gemuk, nak kurus. Bila dah kurus, nak gemuk balik pulak. Tapi saya taknak kurus dah, nak naikkan berat balik jadi 65kg. Maintain je pastu. Baru boleh jadi hot hikhikhik

Tapi kalau nak banding dengan 10 tahun yang dulu, kira sekarang BANYAK gila perubahan. Ramai yang 'perasan' akan kewujudan saya sekarang. Dah cantik baru nak suka. Time buruk, HARAM nak pandang. Tapi takpe, saya jadikan semua benda tu motivasi untuk diri sendiri supaya jadi lagi baik.

Err... Masih nak jadi model ke?

;P




07 May 2010

selama-lamanya!






Johan : Maksu, nyamuk gigit kaki Abang. Tolong garu kan.
Maksu : (Garu kaki Johan yang kena gigit nyamuk.)



Johan : Uhhh...Sedapnya Maksu. Garu untuk selama-lamanya!
Maksu : (erk?)





Perasaan terkini,











KUSUT.















Terima kasih.





06 May 2010

third & fifth.


Saya suka share cerita BEST saya dengan anda semua! Maka, post kali ni, saya nak cerita. Kalau ada yang RAJIN nak ingat cerita dalam post saya yang lepas, pasal azam tahun 2010, dia mesti ingat pasal 8 AZAM saya. Dan 2 azam nak beli perfume Kate Moss & buat passport dah tercapai. Kali ni, lagi dua azam saya TERCAPAI! :)

First & second, sukses! Hari ni, officially(saya yang official kan hehehe), third & fifth SUKSES! Third adalah, "nak siapkan final year project betul-betul, taknak main-main dah and kalau boleh FarmVille tu, taknak tengok sangat nanti hehehe But, boleh ke ek??? hahaha Will try my best lah for that. Beserta itu, mestilah nak study untuk final semester ni betul-betul, even tahu dah diri ni takleh nak dapat FIRST CLASS and takleh nak transform loan jadi biasiswa, tapi GIGIH ni nak dapat flying colors result! hehehe", copied from previous post, dan sememangnya dah SELESAI dah pengajian 3 tahun saya since 2007 until 2010.

Tapi tapi, yang BESTnya, pasal presentation FYP saya on 4th May aritu. Ya Allah, terima kasih sebab permudahkan perjalanan presentation saya. Smooth gila! Just time nak setup projector tu je buat saya FRUST sebab tak dapat full view kat white screen. Thank you to my evaluator yang paling COOL dalam dunia sebab tak tanya sebarang soalan just cakap, "Ok, good." lepas abis saya demo product. Terima kasih banyak-banyak! :D


So sekarang tinggal nak submit thesis sahaja. Tengah men-draft-kan thesis. Kan best kalau draft thesis macam draft post kat blog, hikhikhik

Patutnya lepas third is forth kan? But saya lompat terus ke fifth. Sebab apa? Sebab fifth yang datang dulu hehehe Forth tu pasal nak graduate tapi bulan OCTOBER nanti, lambat lagi. Apa yang ada pada fifth pulak??? "And for sure, my fifth resolution, nak dapat kerja. Kali ni memang kena ada kerja dengan kadar yang segera. Setelah 3 tahun tak kerja, saya target middle 2010, lepas belajar, kena ada kerja.", dan alhamdulillah, saya DAPAT KERJA! yeayyyy!!! Balik present FYP, bukak email, tengok ada email OFFER LETTER. Ya Allah, bersyukur tak terhingga! Rasa nak peluk semua orang dalam dunia ni! Rezeki Allah yang saya dapat, bersyukur sangat.


Saya akan start bekerja pada 10th May 2010, cantik kan tarikh 10.05.10 hehehe Position ni memang saya idamkan. Company taklah terkenal tapi boleh tahan jugak. Dah tak fikir apa, hanya tak sabar nak mula bekerja balik! Terima kasih, terima kasih, terima kasih!

Lepas ni azam yang lain insyaallah boleh tercapai jugak. Saya yakin!

:D




04 May 2010

Alhamdulillah.








p/s: terima kasih Allah. terima kasih untuk hari ini, terima kasih untuk rezeki-Mu. terima kasih Allah.



03 May 2010










p/s: 60 Hari Mencari Cinta.


28 April 2010

How it started?



July 31, 2009 at (can't remember the specific time)pm.

August 23, 2009 at 6:37am.

September 18, 2009 at 2:13am.

September 26, 2009 at 12:45pm

.
.
.
.

February 26, 2010 at (can't remember the specific time too)pm.

March 6, 2010 at (can't remember the specific time again)pm.

March 8, 2010 at 12:53pm.


And its getting started everyday.

Until now.

:)



26 April 2010

One week more!



Tinggal lagi seminggu untuk saya finalize-kan FYP saya sebelum menjelang hari PRESENTATION. Saya kena present on 4th May 2010, pukul 3.30PM-4PM. Setengah jam diberi untuk membebel apa-apa yang patut pasal product. Terima kasih kerana bagi masa yang bagaikan 30 JAM itu. Tapi akan saya cuba gunakan soft-skills saya time present nanti bhahaha Macam lah ada pun!

Thesis submission date last on 14th May 2010. Immediately lepas present saya siapkan lah. Mana lah tahu, dapat kerja before 14th tu, tak ke kelam-kabut saya dibuatnya. Itulah, penangan suka buat kerja last minute, camni lah. TAPI TAPI, product saya dengan bangganya saya umumkan, dah 90% siap. Product saya, suka hati saya lah hahaha Even orang lain kata tak sampai 90%, diorang tahu apa, saya yang buat, saya punya sukalah nak cakap 90% ke 128% ke, product saya kan hehehe Ok, tak emosi pun. :)

So, right after 14th May tu, considered as on 14th lah k, saya dah bebas dari title PELAJAR muahahaha Gelak jahat gelak jahat! hikhik Dan tak sabar nak berbakti pada agensi-agensi dan badan-badan swasta untuk kongsi kelebihan dan kemampuan saya dalam bidang yang saya belajar selama ni. Ceittt! Perasan! Tapi kita kena CONFIDENT dengan diri kita. Kalau tak reti nak buat kerja, belajar lah. Yang penting, EMPLOYED hehehe





p/s: ye, 3 posts untuk 1 hari ni! tahniah! FYP tak siap jugak. DOUBLE tahniah!



Terharu-BIRU-nya!


Sekarang ni, setahu saya lah, selain Facebook dan blogging, tengah glamour dengan satu website baru ni, Formspring. Basically, Formspring membenarkan orang ramai menanyakan soalan kepada orang yang dia nak tanya lah. Ala-ala interview gitu. So, saya ni pun TERJEBAK dengan Formspring and created 1 account. Pastu suruh orang ramai tanya soalan kat saya. Letak link kat Facebook, kat blog and kat Twitter. Alah, saja suka-suka. Bukan nak cari glamour pun.

Mostly yang tanya, dikalangan kawan-kawan UPM saya jugak. Dan kadangkala, ada lah soalan dari ANONYMOUS. Tapi sekali tanya, hamikk kau! 10, 20 soalan terus hehehe Tapi saya suka! Teruskan usaha murni anda tu supaya kebosanan saya boleh terisi hikhikhik

Dan disebabkan itu, hari ni, wujudlah statement ini :


Kecik cenonet la pulak tulisan dia hahaha Silalah click gambar kat atas untuk menyenangkan pembacaan anda. Tak pun, pergi kat sini http://www.formspring.me/aidasalmah baca sendiri. Oklah, saya tulis balik, saya kan baik hati hikhik Dia kata, "saye suke tanye cik aida..tak tau kenape..hehe..", saya reply, "hehehe itulah, sampai 20 soalan sekaligus anda tanya. tanyalah selagi saya mampu jawab. tapi nak jugak tahu sape anda ni. ;)".

Nak dipanjangkan cerita lagi, hehehe Cik CawanMerah tanya saya pulak :


Cik CawanMerah tanya, "siapa yang duk nyoal2 kak aida nih? curious2.. ", saya jawab, "ha. itulah. saya pun tak tahu. mungkin secret admirers ataupun stalkers. muahahaa gila perasan! :P", saya yang PERASAN muahahaha

Dan tak sangka pulak Si ANONYMOUS ni boleh jawab balik soalan Cik CawanMerah :


"ok utk yg curious tue, sy nie sbnrnya stalker cik aida...heee...tipu je...camnie, sy silent reader blog cik aida. suke style cik aida tulis blog...harap tak mara ek?", saya memang akan jawab hehehe, "wow. terharunya. style caca-marba saya tulis yg awak suka. hehee terima kasih. jutaan terima kasih. jangan lupa ye utk print-screen 123456 so saya leh tahu sape awak ni. buatpe nak marah kalau orang suka kita. hikhik".

Kesimpulannya kat sini, saya terharu sebab dia suka baca tulisan saya dan saya terharu jugak sebab ada orang suka baca blog saya. Oh terharunya saya! Terima kasih! Sila lah baca dan tanya dengan lebih kerap lagi.

;D




Its happened.


Banyak benda yang terjadi pada saya sejak last post saya hari tu. Ada yang kelakar, ada yang sedih. Hanya jarak beberapa hari, masih boleh terjadi pelbagai perkara yang mampu memberikan kesan mendalam kepada saya.

Seperti yang telah digembar-gemburkan oleh saya, Jumaat lepas saya ada exam untuk paper terakhir saya. Memang excited nak selesaikan pengajian selama 3 tahun ni. Sampaikan, saya HAMPIR-HAMPIR atau NYARIS-NYARIS tak jawab exam tu. Itu lah, excited sangat.

Ceritanya camni. Awal pagi Jumaat tu lagi saya dah bangun, penuh semangat menuju ke library. Nak study last kopek before jawab exam nanti. So, saya dengan Sheila duduk kat library, study, buat revision on calculation, notes, and pape patut. Saya yakin, seyakin-yakinnya, exam starts pukul 5PM.

Memang banyak masa lagi. Sambil-sambil tu selitkan jugak dengan borak hehehe Kami memang takleh tak borak. Ada je benda nak diborakkan. Tiba-tiba, room-mate saya SMS tanya lokasi saya masa tu. Oh, masa tu dah pukul 3PM. Saya ada SMS dia pagi tu, sebab saya tertinggal calculator, nak mintak tolong dia bawakkan masa exam. Saya dengan penuh relax dan santai jawab SMS dia, "Kat library. Room-mate kat mana?". Dia jawab, "Exam dah nak start. Tak masuk lagi ke? Exam pukul 3". Apa lagi, menggelupur lah saya ngan Sheila.

Sumbat segala notes dalam bag, keluar library. Bus pulak tak ada. Dah lah exam hall dekat depan, library kat belakang. Tanpa fikir panjang, terus jalan kaki. Sheila dah nak tahan kereta nak tumpang sampai depan. Tapi macam tak ada kereta yang nak berhenti. Mujurlah ada teksi lalu. Apa lagi, melambai-lambai, terkejar-kejarlah kami pergi kat teksi tu.

"Tolong hantar kami pergi depan uncle. Dekat dengan Fakulti Bahasa. Kami dah lambat nak jawab exam ni.", kiteorang cakap kat uncle teksi tu. Boleh pulak uncle tu buat lawak dalam teksi. Apa lawaknya tu tak boleh mention kat sini sebab kelakar hahaha Dah sampai, uncle tu kata tak payah bayar. Bersyukurnya ada orang sebaik itu walaupun India, tetap berpekerti mulia. Terima kasih uncle! hehehe Masuk dalam exam hall, classmates lain semua dah duduk tengah jawab soalan. Siap kena perli dengan lecturer, "Dah nak habis belajar pun tak reti tengok masa exam ke?". Pedih gila. Padahal lambat 10minit je. :P

Alhamdulillah, exam selamat dijawab hehehe Tahu pun cuak! hahaha Kalau tidak, tak jawab exam lah kami untuk paper PALING last tu. Tak pernah-pernah kejadian camni jadi. Boleh pulak exam last sepanjang 3 tahun ni yang jadi. Pengalaman yang saya and Sheila takkan lupakan! HAHA. So dah habislah azab exam selama 3 tahun. Tinggal presentation final year project and thesis sajok.

Hari Sabtu saya tak buat apa pun kecuali tidur dan online sahaja sepanjang hari. Nak dijadikan cerita lagi, maghrib kakak saya call, bagitahu Mak Long saya meninggal, kebumi esok pagi sebelum Zohor. Saya time tu tergamam kejap. Tak boleh nak fikir apa-apa. Oh ye, mak long memang sakit. Seminggu sebelum mak long meninggal, kami sempat melawat dia kat rumah. Secara fizikalnya, nampak mak long dah lain. Tapi Allah saja yang mengetahui.

Malam tu jugak saya balik rumah kakak. Awal pagi lagi kami dah bangun, siap-siap nak pergi ke Kelana Jaya, rumah mak long. Mak long merupakan wife kepada Long saya, iaitu abang kepada Mama saya. Masa nak siap-siap tu, abang ipar saya dapat call dari kakak dia, bagitahu yang ayah mertua dia meninggal pagi tu. Pernah tak anda alami dua kematian dan pengkebumian pada hari yang sama? Saya alami hari Ahad baru-baru ni. Lokasi kedua yang harus diziarahi di Kampung Subang.

Tepat jam 12PM, pengkebumian mak long selesai. Dan kami terus bergegas ke Kampung Subang. Walaupun relationship tu agak jauh, tapi parents saya agak rapat dengan family mereka. Selesai semuanya kira-kira 3PM. Sampai Sungai Buloh 4PM dan badan masing-masing letih tak terkata. Mata mengantuk gila.

Malam tu saya pergi majlis tahlil mak long. Lepas habis tahlil semua, dalam 11PM, kakak saya hantar saya balik UPM balik. Malam semalam memang flat habis. Tadi pun bangun lambat muahahaha Penat ye.

Setiap kejadian yang berlaku pada saya hari tu, cukup memberi kesan, pengajaran dan iktibar. Macam-macam yang boleh saya simpulkan dari 3 kejadian tu. Tapi, yang betul-betul bagi impact kepada saya, tentang pemergian orang-orang yang saya kenal dalam masa kurang dari 24 jam. Suatu pengalaman yang tak dapat saya lupakan.




p/s: hargailah orang disekeliling kita selagi mereka masih bernyawa. Wallahualam.



22 April 2010

Paling LAST!



Esok ada exam untuk paper paling LAST sepanjang 3 tahun ni! Weeeeheeeee! Seronok sebab :

1. dah tak payah attend class lagi.
2. dah tak payah dengar lecture sampai ngantuk-ngantuk kalau lecture tu boring.
3. dah tak payah buat assignments.
4. dah tak payah buat revision untuk test 1, test 2.
5. dah tak payah buat group/individual projects.
6. dah tak payah study sampai tak tidur sebab nak exam.
7. dah tak payah dahhhhhhhh! hehehe


So, sekarang, yang PAYAH-nya :

1. kena siapkan FYP and thesis.
2. kena mengadap lecturer untuk FYP presentation.


Lepas tu pulak :

1. kena ada kerja secepat mungkin.
2. dah kena fikir pasal FUTURE memandangkan umur dah SUKU ABAD.
3. kena get ready untuk HADAPI APA SAJA yang datang.
4. kuat semangat!


:D



p/s: Welcome to the REAL LIFE.



19 April 2010

"Semakin hari semakin menjadi-jadi."










p/s: I love you.