29 November 2009

Nama saya RAIN.


Oh, hari ni saya KELUAR setelah lama tak berHUHA-HUHA hahaha Bukan taknak keluar jalan-jalan tapi terlampau paling MALAS. Lagipun tak ada geng nak ajak berJIMBA. Maka, hari ni, ada yang nak berjumpa-jumpi hehehe Keluarlah menuju ke, .. MidValley.

Sebab kena naik tren lah saya malas nak keluar. Dah la hari AHAD kan. Adeh... Lemah betul! Tapi kerana kamu, gagahkan jugaklah diri ni naik tren ngan Indon dan Bangla. Haihhh...

Dalam perjalanan, dapat call, dan diberitahu bahawa mahu menonton wayang. Baiklah. Ikutkan saja since kamu yang belanja kan hehehe Tapi perut macam lapar. nak ajak makan dulu tapi ... Oh, Twilight New Moon??? Alamak! Saya tak suka nak tengok cerita tu lahhh... Hmm... Ingatkan 2012... :(

Lagi sekali dapat call. Oh, tukar, NINJA ASSASIN, SEKARANG??? Kan dalam tren ni, dan perut adelah sangat LAPAR! Alaaaaa... Ok, nasib beli popcorn, kalau tak, kamu yang saya makan hahaha Tiba-tiba terpikir, ala, cerita ninja, best ke??? So not me! (oh gedik plak hahaha)

Jalan ke GSC dengan hati yang sangat panas, muka sangat masam. Oh ye, kelemahan diri sendiri, tak boleh SEMBUNYI perasaan dihati. Puas betulkan balik muka yang masam ni jadi manis balik hahaha Tapi, GAGAL sampai kena tegur hahaha Maaf lah ye hehehe

Masuk cinema tu, cerita dah start dah. Memang taktau starting camne, tiba-tiba dah tengah nak lawan-lawan si ninja-ninja tu. Tengok kan jelah sambil mengunyah popcorn hehehe Rupa-rupanya, si nama saya RAIN yang jadi hero nya. Tak pulak saya tahu hehehe

Mula-mula agak boring, lepas mula-mula, rasa macam tengok lembu kena korban, darah macam air terjun! Ngeri jugaklah cerita tu. Sampai tutup-tutup mata hahaha Amik kotak popcorn, tutup muka, boleh??? hahaha Penakut ke saya? hahaha

Sampai ke sudah, saya taktau apa cerita yang sebenar. Seronok tengok action je. Menarik! hehehe Berbaloi-baloi jugaklah tengok cerita tadi tu sebab stunts best-best! Lepas tengok movie baru pegi makan, cara kamu camtu rupanya ye. Tapi rasanya bukan cara kamu, mungkin sebab kamu nak balik awal kan kan kan??? Takpe, nanti saya tukar cara tu hahaha

Disebabkan tukang belanja ada hal, maka kena lah balik awal. Takleh lama-lama, demi tugas hahaha Apsal tak cakap seruan kerajaan je??? hehehe Dan cerita 2012, masih tak dapat ditonton sebab ticket ada 2 tapi asing-asing. Kena cari DVD lah nanti hehehe Itu saja cerita hujung minggu saya kali ni.

:)



26 November 2009

bantal peluk Saloma.



Hebat tak nama??? hahaha Hebat kan! Ini adalah bantal peluk kepunyaan Saloma hehehe Sebenarnya, bukan lah bantal peluk betul-betul pon hahaha Mana lah nak dapat bantal peluk Saloma tu kan. Ntah-ntah tak ada pun hehehe Actually ia adalah sejenis kuih yang diberi nama, BANTAL PELUK SALOMA.

First time dengar pun TERPAKU jap hahaha Time tu kat JB, gi rumah sedara. Dia bagi tapau kuih ni lah, Bantal Peluk Saloma. Sounds GOOD! Nak gak tau apa bendanya kan. Ada cop muka Saloma ke??? hahaha Or ada special recipe ke kan. Rupa-rupanya, roti berinti kan SARDIN! hahaha


Gulung roti yang dah letak inti sardin, then, celup telur, GORENG! Walla! Bantal Peluk SALOMA! hahaha Senang kan??? Nama sikit punya lah canggih! hehehe So, nak dijadikan cerita untuk hari ni, malam tadi, ayahanda saya mintak buat Bantal Peluk Saloma ni lah. Kebetulan ada lebih inti sardin makan breakfast. Maka, terjadilah bantal peluk tu tadi hehehe


Tengah makan tu saya cakap kat ayahanda ngan bonda saya, "Pasni kita buat SELIMUT P.RAMLEE pulak!" hahahahahahaaha Mereka pun tergelak-gelak!

Oh ya! Jumaat ni kita semua nak menyambut Hari Raya AidilAdha pulak kan. Pastilah kena tolong masak lauk-pauk nanti. Yang saya tahu ada, LAKSA JOHOR, RENDANG, SERUNDING, SAMBAL TUMIS, LODEH, SAMBAL KACANG, KETUPAT, CARAMEL PUDDING! Banyak kan??? Makan aje lah kerjanya! hahaha

Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua!!!

:D




23 November 2009

di-proposed atau meng-proposed?


Obviously I'm the one yang meng-proposed my final year project's proposal to my lecturer hehehe Di-proposed tu belum lagi ye. Sedang menanti hihihi Anyway, lupakan kisah dongeng tu sekejap. Nampaknya kerap jugak saya meng-update blog saya ye. BOSAN sangat sebenarnya hahaha Hari-hari tunggu anda semua update blog tau! Sila update ye. Terima kasih.

Back to the story of the proposal. FINALLY! Siap jugak proposal saya tu. Ppfftt! Tapi macam terlalu simple plak sebab malas hahaha Its up to you lah my lecturer, nak reject or approve. Kalau rejected, saya buat balik tapi kalau approved, Alhamdulillahhhhh syukurrrrr hehehe Sepatutnya kena hantar before 20th Nov, tapi saya ni kan PALING RAJIN nak buat, maka hari ni, 23rd Nov baru terkial-kial nak hantar hohoho Tapi awal-awal lagi dah emailed lecturer cakap hantar lambat sket hihihi

So, pagi tadi 5AM baru siap proposal tu. Belek-belek Facebook dulu, 6AM baru tido. BOLEH??? Pastu pukul bape lak nak bangun kan? Pukul bape lak nak pegi? Nak pegi pukul 10AM. Bangun pukul, .. lepas 10AM lah! hahaha Lambat OK. No no no, jangan salahkan saya. Saya tidur lambat, memang tak sedar langsung. Lepas lunch baru gerak gi UPM.

Tunggu kat komuter station, oh, saya naik komuter aje, kereta tak ada, keretapi ada hahaha Masa sampai tu lampu nak ke Seremban dah berkelip-kelip. Ye ye je saya ingat train dah nak sampai. Sekali, setengah jam saya tunggu. 2.30PM baru naik train. Dalam train tu agak-agak dalam 3.15PM sampai Serdang. Sure bus Komuter UPM tak sampai lagi sebab usually akan sampai around 3.45PM cmtu. So, decide nak amik taxi je gi UPM. Maybe dalam RM5 je kot. Boleh la, daripada nak menunggu setengah jam. Lagipun saya nak balik before orang balik kerja, kalau tak nanti train tu macam sardin! Nak pegi print lagi, pastu nak gi fakulti lagi. Banyak benda nak buat.

Dan sememangnya sampai Serdang 3.15PM. Saya terus gi kat taxi driver tu tanya pegi UPM bape ringgit, dia kata RM12! Gila cekik darah. 10minit je kot perjalanan! Langsung saya jadi sanggup tunggu bus UPM. Huh! Tunggu sampai 3.30PM, masih tak muncul gak bus UPM nih. Rugi 15minit dah. Mungkin jugak bus UPM tak ada sebab kan tengah cuti semester, maybe schedule bus dah tukar ke kan. Skali datanglah bus RapidKL depan mata. Terpampang tulis 'UPM'. Tanpa membuang masa, naik terus bus tu. Seringgit aje. Ada lagi RM11 hahaha Naiklah saya dengan tak berapa selesa sebab driver bawak macam orang gila. Elok je dah duduk, saya nampak bus UPM sampai kat belakang. Argh! Tensionnya! Apsal lah saya tak tunggu aje??? Elok-elok leh sampai UPM dalam 10minit, terus jadi setengah jam! Adoiii! Selalunya saya ni TEGAR menunggu sesuatu kalau ianya sangat berbaloi-baloi tapi tadi ntah kenapa saya buat keputusan untuk TIDAK MENUNGGU. Tak sabar langsung! Kan orang dah kata, tak rugi jadi orang yang sabar. Memanglah seringgit aje, tapi saya dah rugi 20minit kat situ. Haish.

Sampai UPM 4PM tepat. Tunggu lagi kat Fakulti Bahasa sebab RapidKL takleh masuk Academic Area. Sampai lah bus, tanya driver, dia kata tak masuk academic. Ya Allah, dugaan apekah ini??? Dah saya berjalan kaki. Sekali kat belakang bus lain lalu, masuk pulak dia kat area academic tuh! Arghhh! Tension! Apsal tak tunggu je kat situ tadi??? Sambung jalan, memang saya takkan pegi print kat kedai printing lah, print kat bilik technician sudah! Ingat nak lah print colored, Black & White cukup. Proposal je pon kan. Huh! Jimat duit gak hehehe

Dah selamat print, selamat hantar. 1 misi SELESAI! huhuhu Nasib lecturer tak cakap pape hehehe 4.15PM selesai semua benda. Singgah kat cafe belanja diri sendiri MILO AIS. Walaupun tak sedap tapi mampu menghilangkan dahaga ditekak. So, ada masa la nak tunggu bus komuter UPM sampai dalam 4.45PM. Takpelah tunggu setengah jam. Insyaallah sempat kot naik train before orang balik dari kerja. Tunggu lah saya kat bus stop fakulti tu.

Skali jam dah pukul 4.50PM. Bus takde gak. Adoiiii! Risaunye! Sure tak sempat punya nak elak bersesak ngan orang. Dah la hari hujan, pastu cuti sekolah lagi. Sesak lah jawabnye. Then, bus muncul pukul 4.55PM. Nasib baik saya tunggu hehehe Sampai je station, train pegi Rawang dah jalan. Melepas lagi. Tunggu jelah nak buat camne kan. Lucky lagi 10minit ada train lagi dan yang paling mengejutkan, train tu sampai betul-betul tepat pada masanya! Aneh bukan??? hahaha Dan nak tambah lagi keANEHannya, train tu tak ramai orang. Terasa pelik bila naik train petang around 5.30PM senyap sunyi. Pelik kan??? hahaha Orang tak kerja ke hari ni ye??? Tapi tak kisahlah janji saya dapat duduk dari berdiri selama 45minit hehehe

Sampai Sungai Buloh 6.15PM, Alhamdulillah, sampai rumah dengan selamatnya! hehehe Dan kini, bolehlah mengabdikan diri sepenuhnya kepada FARMVILLE! hahaha

;D



Siapa kau,


mahu menilai aku?
Siapa kau,
mahu menghina aku?
Siapa kau,
mahu menerbitkan amarah aku?
Siapa kau,
mahu mendesak aku?
Siapa kau,
mahu berlagak mengenali aku?
Siapa kau,
mahu menunjuk kau bersungguh untuk aku?
Siapa kau?
Siapa kau?
Siapa kau?
Siapa kau,
yang hanya mengenali aku dalam masa yang singkat,
mahu melakukan semua itu?

Tahniah untuk kau,
kerana telah bertindak sebegini,
sebegini cetek akal kau.
Tahniah.

Dan sekarang,
aku dah kenali kau.
Kau bukan siapa-siapa untuk aku.
Kau hanyalah seorang yang tak mengerti aku.
Kau hanyalah seorang yang pentingkan diri.

Kau hanyalah engkau,
yang tidak akan memenangi aku.



22 November 2009

il mio primo tentativo.


Maksudnya, "my first attempt" hehehe Its in Italian, I just translated it using Free Translation, Google-d hahaha Anyway, hari ni Mama saya tak masak. Kata WEEKEND. Dan Mama memang akan OFF tiap weekend. Sama ada orang dalam rumah ni tak makan or pandai-pandai lah cari makanan sendiri. Yelah kan, dah 6 hari Mama masak, so ape salahnya 1 hari je Mama rest from cooking kan kan kan hehehe Memandangkan ada seorang anak dara kat rumah ni, memang TAK manis langsung kalau dia tak masuk dapur pulak kan. Haish, anak dara hikhikhik

Agak lewat lah tadi masak sebab pikir dulu nak masak apa. Nak yang senang, cepat dan sedap! By the way, semalam dah start cari recipe TIRAMISU sebab memang teringin nak try buat Tiramisu. So tadi, cari recipe APPLE PIE, ingat nak buat dessert je hari ni. But since Mama tak masak, and for sure my Daddy akan lapar, kesian pulak kan takkan nak makan dessert aje. Then, I decided nak masak SPAGHETTI ALA CABONARA. Actually memang dah lama teringin nak try masak. Spaghetti biasa dah TERROR, ecewahhh hahaha

Maka, saya pun let my Mama know that I nak masak today! Agak terkejut sebab anak bongsu dia ni TERLAMPAU PALING rajin nak masak hahaha Saya dah tengok kat YouTube beberapa recipe Cabonara. Oh ye, sekarang ni tak susah dah nak cari recipe, just Google-d or tengok kat YouTube aje, siap dengan cara masak lagik. Senang kan??? Hanya dihujung jari. Tapi bab masak tu kena ada EFFORT sket lah. Takleh malas-malas hehehe Sebenarnya, teramatlah senang nak buatnya. Bahan-bahan pun senang je nak dapat. Takyah keluar ke kedai pun. Bahan semuanya yang simple je. Alah, awak, awak and awak pun leh buat punya. Jom, share recipe and cara nak masak :


Kalau dalam recipe kat Internet pakai bacon which is memang takkan ada. So leh tukar ngan smoked turkey ke tapi tak jumpa kat kedai pun. Saya pakai sausages Ramly aje hehehe Sama je rasa dia. Hiris nipis-nipis. Then, goreng kasi garing sket, pastu angkat letak tepi dulu. Ni macam untuk garnishing gak lah.



Tadi saya pakai 2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih. Potong dadu-dadu ye. Ikut suka hati la sebenarnya nak letak berapa banyak k.


Tumis 2 bawang tadi dengan butter ye. Baru sedappp! Sampai kaler dia tukar jadi kekuningan keemasan hahaha Garing sket la baru best!



Then letak lah pepper and salt secukup rasa. Pandai-pandai lah nak agak camne k. Ikut tekak dan selera masing-masing hehehe Pastu, letak air sket je. Bagi dia berkuah sket. SIKIT aje tau, jangan banyak macam sup plak. Kemudian letaklah sausages yang dah garing tadi dalam bawang tu. Kacau-kacau lah sket ye bagi sebati.


Sepatutnya pakai PARMESAN CHEESE or cheese lain la bukan SLICE CHEESE ni. Memandangkan kat rumah ada yang ni je, so pakai yang ni jelah. Dalam 4 keping, potong la sket supaya senang dia nak melting nanti. Masukkan dalam bahan tadi. Be careful sket sebab cheese akan hangus so jaga api and selalu kacau, balik-balikkan.


Telur dalam 2 biji, atau sebiji pun boleh, pukul, pastu masukkan dalam bahan-bahan yang kat atas tadi tu.


Dah agak telur tu nak masak, masukkan Fresh Milk, lagi banyak lagi bagus so dia akan berkuah and creamy yummy! hehehe Biarkan didih jap susu tu so dia akan jadi pekat.


Dan yang pasti Spaghetti lah kan. Kalau tak, camna nak jadi masakan ni hehehe Janganlah pulak letak yang tak rebus, rebus lah dulu hehehe Pastu gaul lah sampai cream dia bersalut kat spaghetti tu. Kalau tawar, tambah lah garam. Nak pedas, letak pepper banyak-banyak. Senang kan??? Dan hasilnya,



Walla! Spaghetti Ala Cabonara by Aidadidu hehehe Gambar ni saya amik tadi ye, bukan curi mana-mana hahaha Parents saya puji bukan main banyak kalinya lah hahaha Suka sukaaaa! Boleh buat lagi pasni, and make some improvements gak! Maybe next is Tiramisu or Apple Pie!

:D




21 November 2009

What The .. ???


Hello Hye! Nampaknya RAJIN pulak saya update blog, sehari 2 posts ye hahaha Hari ni hari Sabtu. Tak ada apa yang menarik pun melainkan makanan kat rumah ni yang MEWAH hohoho Sedap! Hari lain pun sedap tapi hari ni nak SHARE gambar ngan anda semua hahaha Nikmatilah!


Nasi Lemak + Sambal Tumis Udang + Ayam Goreng Berempah + Kangkung Goreng + Timun. Telur tak ada sebab dah banyak dah lauk lain tu kalau nak telur gak memang nak kena sound ngan mama lah hahaha SEDAPPPP!!! Dessert jugak disertakan ye!


Tiramisu from Impiana Hotel, dibeli oleh kakak saya. SEDAPPP!!! hahaha Pastu dah kekenyangan dah.

Oh, mereka-mereka keluar jap tadi. Pastu bawak balik Kuih Lopes, Karipap dan juge Buah Pulasan. Err...Makan aje keje nyeeee. Kebosanan, saja lah blog hopping kat blog2 anda semua. Sekali! Ternampak satu link blog seseorang ni. Gambar thumbnail dia sangat FAMILIAR gila2! Dan dapat rasa orang tu dah CURIK gambar tu dari blog saya! Bukak link tu.


Agak-agaknya anda KENAL tak gambar SIAPA kat thumbnail tu??? Kalau tak kenal takpe. Jom kita tengok kat blog orang tu pulak.


Sila KLIK gambar untuk baca apa yang ada. Rupanya dia buat CONTEST budak rambut tocang. OK. Fine. Saya scroll bawah lagi. Dan ini yang saya jumpa :


Sekali gambar anak abang saya! hahaha Akak ni curik gambar ni dari blog saya. Sabar jelah hahaha Tapi nasib dia tulis kat bawah tu camni, "Ni gambar hiasan jer..Adik, makcik pinjam gmbar ekk sbb makcik xble join..huhu". BAIKLAH makcik hahaha Patut saya letak COPYRIGHT kat gambar tu pastu akak tu kena bayar kat saya kan kan kan hahaha Haihh...Akak, akak...

Saya jumpa blog akak tu http://saricorner.blogspot.com/ kat blog ni http://milkblendedblog.blogspot.com/. Kalau anda semua rajin, pegi lah tengok sendiri. Dan kalau tak caya tu gambar anak abang saya, boleh tengok balik kat post saya yang lama pasal Suraya, anak abang saya tu lah kat sini SURAYA. hahaha Macam-macam lah! Glamer jap Suraya. Kepada akak, ape kata BAYAR kat Suraya??? hahaha

;D




p/s: untuk akak sari, ok, saye tak amik hati pun, akak tak curi, akak pinjam je... :)



Koyak bahu, patah pinggang.


Penah rasa??? Saya sedang merasainya sekarang. Saketttt! Err...MACAM terkoyak bahu and terpatah pinggang aje sebenarnya. Bahu ni rasa macam muscle kat dalam dah terkoyak rabak. Sakit. Maybe asik dok membongkok mengadap laptop aje seminggu ni huhuhu Pinggang lak agaknya sebab kejap duduk, kejap meniarap, kejap itu kejap ini. Heh. Mana lah tak sakit kan? Dan sejak cuti ni, saya perasan, yang saya ni dah bertukar jadi seorang yang sangat MALAS. Duduk kat dalam bilik boleh dikatakan 80%. Kalau dulu saya ni RAJIN lepak walaupun sebenarnya lepak tu bukan sesuatu yang bagus, tapi sekarang ni malas nak mati. Tak keluar rumah pon sehari semalam. Sampaikan nak pegi bank, renew lesen keta pun malas tahap gaban. Haish. Apsal lah ye?

Dan nak tunjukkan betapa malasnya saya ni, proposal tak siap-siap jugak. Adoi! Camne ni? Tapi sekarang ni dah siap sampai chapter yang keDUA hahaha Dari start cuti aritu, sampai hari ni, baru siap 7 pages. TAHNIAH dan SYABAS. At least, ada. Dari tak ada langsung kan kan kan.

Sejak cuti ni, perasaan BOSAN dah mula tunjuk belang. Otak ni pun ligat lah cari benda tak berfaedah untuk dibuat. Yang timbul, amik gambar lama-lama time tadika sampai form 5 hahaha Pastu tagged kat Facebook pastu komen panjang berjela hahaha Ingatkan tak berfaedah, rupanya sangat dihargai sampai ada yang cakap TERIMA KASIH sebab saya dah buat dorang gelak ketawa senyum pasal gambar-gambar tu hahaha Tapi memang betul pon! Teringat zaman dulu-dulu. Dan kerana tu jugaklah, saya dapat jumpa balik kawan-kawan yang dah lost contact. Gembira jugaklah hehehe


Pastu bosan semakin mengorak langkah mendekati diri. Malas masih bermaharajalela. Apa je yang saya buat pun saya dah lupa hahaha Tapi yang pasti modem tak penah tutup untuk jangka masa yang lama. ON jek! Kalau meletup baru padan muka kan. Memang tak ber-update lah blog ni. Oh selain blog, kat Facebook pun rancak jugak saya membuang masa. Dah berlori dah masa saya buang. Dan yang pasti main FarmVille tak ingat dunia. Ah! Boleh pulak semalam saya tersalah tanam pokok. Hajat nak tanam PADI tapi tertanam GANDUM. Lantak! Ingat nak tanam yang 12jam je. Skali 3hari. HAMEK kauuu! hahaha Letih nak menunggu.

Ouh gambar kat atas tu adalah tanda PROTES saya terhadap bosan hahaha Sebenarnya ada je kerja yang nak kena buat tapi si pemalas ni tak reti-reti nak tutup modem. Abang DELL ni pun kalau boleh jerit, dah lama dia jerit agaknya hahaha Semalam adalah hari Jumaat. Maka, ada NUR KASIH! Yes. Buat julung kalinya saya tengok TV hahaha Selama ni tak tengok TV pon. Ntah. Dah tak minat lah. Cerita pun macam tak best jek. So, takyah tengok TV. Tapi Nur Kasih kena tengok! hehehe Second last punya episod. Sedih. Pastu sambung terus Muzik-muzik separuh akhir. Lagu best-best gak tadi. Tu pun baru nak tengok gak. Yang 2 minggu lepas punya tak tengok pun. Kamis aritu pulak terlepas nak tengok BLOGGER BOY 2. Tadi baru tengok kat 8TV online. Cerita tu best!

Lepas tengok cerita tu, perut dah bunyik-bunyik. LAPAR. Pukul 3AM tadi saya pegi buat roti letak kaya hahaha Gemuklah nanti. Adeh. Abistu camna lagi kan. Takleh ditahan-tahan perut ni. DEGIL. hikhikhik Sekarang ni dah terasa mengantuk sebab dah makan hahaha Penat pun dah terasa. Bahu makin sakit. Rasanya saya ni tak cukup tidur ni. Sebab tu camni. Tapi mata tak sakit. Bahu sakit. Tak cukup rehat kot. Tak cukup baring. Agaknye lah tu. Makanya, saya nak stop kat sini dulu. Nanti saya merepek lagi kat sini. Bye!

:)




20 November 2009

bila hati dah berkenan,



yang malap jadi berkilauan.

bila hati dah berkenan,
yang buruk jadi rupawan.

bila hati dah berkenan,
yang masam mula mekar senyuman.

bila hati dah berkenan,
yang bingit terasa nyaman.

bila hati dah berkenan,
yang silap tidak perlu pembetulan.

bila hati dah berkenan,
tak ada siapa boleh lawan.

bila hati dah berkenan,
jangan disimpan perasaan.

bila hati dah berkenan,
luahkan perkataan.

bila hati dah berkenan,
teruskan kemahuan.

bila hati dah berkenan,
segalanya tidak lagi berkemungkinan.

bila hati dah berkenan.





19 November 2009

RM10 je!


Ok, actually saye nak clear kan baju-baju yang saye tak TERPAKAI. Ade yang pakai sekali je. And ada yang tak pakai langsung. So, saye dah promote kat Facebook, and now nak promote kat Dear Blog , pulak hehehe Saye jual serendah RM10 saje! Murah-murah! Sila tengok kat bawah :




Wish Jeans T-Shirt

Size S / M

1 for RM10

3 for RM25


Beading T-Shirt

Size L

RM15


Hollister T-Shirt

RM10


SEED T-Shirt

Size L / XL

RM10


GAP Sweater

Size M / L

RM10


Akademi Fantasia T-Shirt

Size S / M

RM10


Bareback Dress

Size M / L

RM10


Beach Style Shirt

Size L

RM10


Size M

RM10


3quater blouse

Size L

RM10


3quarter

Size M

RM10



Outer(SOLD)

Inner

size M

RM10


Kimono Style Blouse

Size M / L

RM15


Blouse

Size M / L

RM15

Blouse Size M & Skirt Size M / L

Each for RM15

Both for RM25


Marks & Spencer Skirt

RM10


White Skirt

Knee length

RM10


D'RIAS skirt

Size M / L

RM10


Cargo Skirt

Size M / L

RM10


Jeans Skirt

Size M / L

RM15


China Town Skirt

Size L

RM10


Black Jeans Skirt

Size L

RM10


VJ Jeans 3quarter

Size 32

RM10


TOMMY Long Pants

RM10


Jeans

RM20


GAP Jeans White

Size 12

RM10


TOMMY 3quarter pants

Size 16

RM10


Beach pants

Free Size

RM10


Short Pants

Size 11

RM10



Kalau ade yang berminat, boleh comment kat sini or email me or contact me. Thank you!

:)