31 December 2009

Kehadapan 2009 yang akan kebelakang,

untuk pengetahuan anda, hari ni adalah hari terakhir untuk kamu bersama saya. Saya pasti anda tahu pasal tu hahaha Anyway, saya cuma nak anda tahu wahai 2009, anda merupakan tahun yang PALING mencabar buat saya. Sebab apa? Sebab saya kena lalui semua benda bercampur-baur dengan perasaan saya yang sangat NTAHPAPE dimana dibawa kedepan oleh tahun sebelum anda, 2008. Malang sungguh anda kerana dicop sebagai tahun yang PALING mencabar hehehe

TAPI! Walaupun saya tak berapa nak happy sepanjang bersama dengan anda wahai 2009, saya telah belajar BANYAK benda dengan anda. Terlalu banyak benda yang saya rasa mampu saya baiki untuk bersama tahun 2010, selepas anda, kelak. Dan dengan mengharapkan yang terbaik untuk hari esok dan seterusnya, anda, 2009, TAK AKAN saya lupakan. Pahit, perit, jerih, manis, masam, masin, tawar hebeh, kelat, meluat, menyampah, sakit, merana, menderita, menjerit, menangis, meraung, bodoh, bangang, bahalul, bijak, pandai, cerdik, geliga, gembira, bahagia, ketawa, gelak, mengilai semua saya takkan lupa.

Saya tahu, saya merasakan anda wahai 2009, sebegitu, bukan untuk saya membenci anda tapi untuk saya mengenal sesuatu, untuk saya lebih mengenali tentang kehidupan yang sebenar dan menjadi berani untuk menghadapi realiti dengan 2010 nanti. Dan dengan melalui hari terakhir ini bersama anda, 2009, saya mengharapkan sesuatu yang baik pada esok hari dan hari-hari yang seterusnya bersama 2010.

Terima kasih.

:)




p/s: 'Jemput masuk' 2010! buat macam rumah sendiri. haha.


30 December 2009

Lain yang dirancang, lain yang terjadi.



Nak tengok cerita kat atas ni. Malangnya, queue kat GSC MidValley sampai ke McD dan hampir nak keliling yang bulat tu. Call line GSC asyik busy je. Nak buat online reservation memang UNAVAILABLE sekarang ni. Maka, ditukar dengan cerita dibawah ini,




TAPI TAPI! Yang bestnya, tengok kat GSC Signature The Gardens, taknak queue panjang punya pasal. Luckily, hari ni hari RABU tapi kalau tak Rabu pun still boleh dapat RM15 pakai STUDENT ID hekhekhek Berbaloi-baloi lah kalau menonton cerita ini kan. Bukan 3D punya, biasa je. Tapi OKAY jugak. Dan tak sangka, ceritanya menarik! Best jugaklah. Kena dengan subject yang saya ambil semester ni hehehe

GSC Signature The Gardens sungguh SELESA! Ada ambil gambar tadi tapi kat handphone kawan-kawan. Nanti kalau dah ada saya letak hahaha JAKUN gila!

Anyway, another SWEETEST memory with Sheila and Sab before 2009 ends.

:)






p/s: bila lah nak tengok chipmunks tu pulak? haish.



29 December 2009

pahit dan manis.


Januari 2009

1. Kak Mek, jiran saya, meninggal dunia. :(
2. 1st time pergi AQUARIA!
3. Hidup yang tak tentu arah.


Februari 2009

1. Ayahanda masuk hospital sebab DENGGI jahat!
2. Fareha & Adeli's Wedding Day
3. Hidup yang tak tentu arah.


Mac 2009

1. Hidup yang tak tentu arah.
2. Dapat 1st own Hand Mixer hahahaha


April 2009

1. Habis semester 4!
2. PRACTICAL TRAINING
3. Hidup yang tak tentu arah.


Mei 2009

1. First time makan SIREH! wekkkk!
2. Hidup yang tak tentu arah.


Jun 2009

1. I/C rosak, kena buat I/C baru. haish.
2. Dear Blog , umur setahun nangka hahaha
3. Ke Bandung, Indonesia!
4. Pergi PD, gathering + my birthday celebration!
5. My 24th Birthday!
6. TERsuka kat orang yang SALAH. huh.


Julai 2009

1. Tamat practical training!
2. Membuat sedikit transformasi pada DIRI sendiri hahaha
3. Dapat I/C baru. BURUK!
4. Multimedian Batch 07/08 Class Trip to GENTING HIGHLANDS!
5. H1N1 melanda UPM!
6. Hidup yang macam nak bahagia. Tapi KEJAP aje.


Ogos 2009

1. Hidup yang macam bahagia awal-awal jek.
2. Wawe Graduated!
3. Ramadan 1430.


September 2009

1. Hidup yang tak tentu arah BALIK!
2. Harga passport RM100 untuk 2 tahun! yay!
3. Nur Airis Malihah, puteri kepada Badriah, lahir melihat dunia. :)
4. Dapat 2nd DEAN AWARD! :D
5. Mendapat ABANG DELL secara rasmi. Oh Abang DELL kesayanganku hahaha


Oktober 2009

1. Raya Aidilfitri!
2. Photo shoot kat bendang Tanjung Karang yang sangat BEST!!!
3. Hidup yang tak tentu arah. Kucar kacir.
4. Shooting video untuk assignment Digital Publishing sampai ke Kajang hahaha
5. Makeover untuk video Audio Digitisation yang takkan dapat dilupakan bersama Amy Ameera!


November 2009

1. SIBUK dengan Assignments yang nak kena present.
2. Kenal dengan orang yang SALAH.
3. Semester 5 habisssss!
4. Preparation untuk Final Year Project.


Disember 2009

1. Hidup yang tak tentu arah sikit.
2. Tapi semakin pulih.
3. Dan semakin pulih. :)
4. PULIH! :D
5. Ana & Azrul's Wedding Day!
6. Tok Bah saya meninggal dunia. :(
7. Final Semester!!!!
8. Pertama kali dalam hidup, menang contest hahahaha
9. Hidup lebih bahagia kini.
10. BAHAGIA! (harap berpanjangan sampai 2010 walaupun solo-molo!) ;)




p/s: tak sabar nak 'jumpa' 2010!


26 December 2009

nama saya TUAH?




Saya menang 2 tiket
untuk ditonton pada hari
ISNIN depan.

:)





p/s: nama saya memang TUAH. haha. terima kasih Oh!Bulan.

25 December 2009

Mungkin.



Ada orang bercinta,
dan kemudian berkahwin.

Ada pula orang berkahwin,
dan kemudian bercinta.








Mungkin.


24 December 2009

HO! HO! HO!


Santa Clause berbunyik! hahaha Seminggu tidak menaip-naip disini kerana terlalu BUSY. Last post saya bertarikh 16hb Disember 2009, lepas seminggu baru mampu saya menyinggah sini. Bukan apa, 17hb dah balik JB, oh, SO-CALLED HOLIDAY hahaha


Tujuan sebenar ke JB adalah untuk pergi rumah orang kahwin sedara. Sekali harung dengan visit my only nenek. Tidur rumah dia pon! hahaha Before sampai JB, akan singgah Muar, rumah kawan parents saya. Dijamu Mee Bandung Muar gituuuu! Kali ni sedap lah jugak. Tapi saya BUKAN penggemar Mee Bandung, so, tak berapa nak makan sangat, lagipun saya selsema dan batuk. Ya! Saya TAK SIHAT. Sedih OK.


Then, balik KL on 19th. Kerana terlalu penat, saya tak mampu nak menaip-naip walaupun ada cerita beserta gambar nak dikongsikan. Maka, saya postponed untuk menaip. 20hb tu pergi makan DimSum yummmehhhh bersempena birthday my KAKAK, boleh pulak bateri jam saya mati! Dah pergi baiki jam pulak. Pastu dah tersangkut beli kain kat Nagoya hahaha Almaklumlah, asyik kerja pergi rumah orang kahwin aje, baju asyik RECYCLED jek hahaha

Ingat nak menaip-naip hari Isnin sebab rasa macam dah tak ada apa nak buat, tapi duduk melayan budak, leka dengan Facebook aje, mood pun dah tak mari. Dan nak dijadikan cerita lagi, parents dapat call, pasal tok sedara saya masuk ICU. Parents kena pergi hospital immediately dan saya kena jaga budak seperti biasalah. Dan nak dijadikan cerita lagi sekali, tok sedara saya meninggal, Inalillah... :(

Pagi Selasa dah bergerak pergi rumah tok sedara tu kat PJ. Pergi kubur jugak. Then, malam ada tahlil bacaan Yaasin sekali. Dan hari ni, Khamis, baru lah saya mampu nak menaip-naip kat sini bersempena Christmas Eve hahaha Joking!

Tinggal lagi 4 hari kelas dah nak mula balik, satu helai baju pun saya tak packing lagi. MALAS! Bila cuti tengah banyak, tak sabar nak mula kelas, ni cuti tinggal berapa hari, malas pulak. Haish! Dan tinggal lagi seminggu nak 'jumpa' 2010. Terlalu cepat rasanya masa berjalan kan kan kan???!!! See you next year!

:)



p/s: Al-Fatihah...




16 December 2009

kesinambungan.


video









p/s: something to be shared together, before it remains forever. *hati saya dah letih.


15 December 2009

BLACK & WHITE PHOTO Contest.





for more info :

http://thecamerajunkie.blogspot.com/2009/12/black-white-photography-contest.html








p/s: nak masuk jugak. hehehe




13 December 2009

get to-get-her get-her.


Err...Mata saya mengantuk tak INGAT nih! Kepala pening gila! Letih betul sejak semalam tak henti-henti pergi kenduri. Macam-macam kenduri ada, kahwin, aqiqah, gathering. Haish. Minggu ni dah selesai, minggu depan pulak. Yang tu lagi letih sebab dekat Johor Bahru. Penat!

Bila dah ada kenduri-kenduri ni, time ni lah nak 'get together-gether' dengan kawan-kawan ke sedara-mara ke kan. Baru lah boleh jumpa balik mereka-mereka yang dah lama tak jumpa ni. Lepas tu macam-macam cerita boleh kita dengar, gossip, tak gossip, semua ada hahaha

So, saya start dengan wedding kawan sekolah teknik saya dulu, Ana dengan Azrul, dekat Keramat. MasyaAllah, hari panas betul! Air sirap pun tak boleh lawan kekeringan tekak semua orang time tu. Terik! Peluh tak payah cakap lah. Macam mandi dah. Sampai pening kepala saya ni. Tapi kerana kawan satu dorm masa form 4 dulu, gigihkan jugak diri ni. Kalau tak datang, sure merajuk pengantin perempuan tu hehehe


Pengantin yang cantik berseri-seri dihari persandingannya hohoho Gambar cilok kat Facebook Amy selaku photographer. Thank you, Amy! Dan antara tetamu-tetamu yang hadir semalam adalah,


sebahagian saja sebab yang lain malas nak letak, letak muka sendiri lah kan hauhauhau Nak tunggu Seha, dia tengah berperang dengan jammed, so tak dapek la nak menunggu, time tu dah pukul 3PM, saya nak pergi kenduri aqiqah anak cousin pulak kat Puchong. Oh oh, busy sungguh, kalah Puan Seri hahaha

Sampai Puchong dalam pukul 4.30PM camtu, tak ingat dah. Duduk dalam kereta ber-aircond pun boleh berpeluh lagi. Memang semalam panas betul lah. Tak tahan. Kepala dah macam nak pecah dah ni. Makan nasi minyak lagi kat rumah sedara tu. Makan jelah kan orang dah suruh makan. Tekak pun dah naik berminyak dah hahaha Borak-borak dengan sedara-mara sampai pukul 8PM baru balik. Punyalah ayahanda dan bonda syok bersembang kan. Saya turutkan saja, anak solehah, ehem hahaha

Dan hari ni pulak, ada family gathering belah ayahanda saya dekat De Palma, Shah Alam, dari 3.30PM until 6.30PM. Basically, gathering ni pasal nak bagitahu kat cucu cicit pasal family tree and asal usul nenek moyang. Sekaligus merapatkan silaturrahim lah. Oh ye, ni belah 'Wan Wan' ye, harap maklum. Saya tak ada lah nak pergi sangat sebenarnya hahaha Jahat! Tapi ayahanda dah suruh pergi kan, sekali lagi anak solehah, ku turutkan jugak hahaha Tak susah pun, pakai cantik-cantik, datang, duduk, makan, borak, balik. Senang bukan??? hahaha Nasib lah makanan Hi-Tea boleh tahan, kenyang perut hehehe So, ni antara gambar gathering tadi.


Sila lah click gambar untuk mengenali keluarga ini. Dan gambar seterusnya haruslah gambar tuan punya blog yang gojes nih hahahahahaha Sila muntah darah pasni kehkehkeh


Gambar atas ni adalah sebahagian daripada family belah ayahanda saya. Kalau semua, memang penuh lah. Kira gathering ni belah bonda kepada ayahanda saya. Ramai betul sedara kan. Sampai ada yang tak kenal hahaha Kalau dekat luar memang tak tahu menahu tu sedara sendiri hahaha

Next week pulak kat JB, ada wedding cousin belah bonda. Yang itu kira sedara belah ayahanda kepada bonda saya. Yang aqiqah semalam sedara belah bonda kepada bonda saya. Dengar cerita tahun depan ada family gathering belah ayahanda kepada ayahanda saya pulak hohoho Sanak saudara sekalian yang ada! hahaha Makin pening kepala yang dah sedia pening nih. Oklah, sampai disini saja cerita hujung minggu saya. Kepada mereka yang bekerja pada hari Isnin, selamat bekerja! Sila gembira kan hati anda semua harharhar

;P




11 December 2009

Bukan Menantu Pilihan.



Sekarang memang tak dinafikan, RAMAI yang melangsungkan perkahwinan dan saya pun dah mula busy attend wedding sedara-mara and kawan-kawan since last weekend lagi sampai lah end of this month, or lebih tepat lagi end of THIS year. Kira penutup cerita tahun 2009 lah. Kalau ikutkan saya ni, memang lah PALING rajin nak pergi wedding-wedding ni, tapi setelah dibebelkan oleh bonda saya, "Nanti awak kahwin tak ada sapa nak datang, macam mana?", BAIKLAH mama, hamba turutkan hehehe

So, banyaklah cerita pasal kahwin-kahwin ni dekat TV ke radio ke, blog pun ada dan juga mulut-mulut orang ramai. Dan tadi, saya bukak TV sebab teringin nak tengok TV hahaha Bukak lah TV3 ada Wanita Hari Ini. Tengok topik, MENARIK! Iaitu, 'Bukan Menantu Pilihan'. Tak salah kalau saya layan jap rancangan tu, walaupun belum nak jadi menantu lagi. Bak kata pengacara tu, ambil sebagai IKTIBAR dan input untuk masa depan lah, gituuuu hehehe

Guests yang ada, Deja Moss and husband, Norlia Ghani dan Ustaz. Tapi kan, yang saya agak pelik, kalau bab menantu mesti menantu PEREMPUAN yang jadi mangsa. Lelaki tak ada pulak kan nak di pilih-pilih. Walaupun sebenarnya ada jugak, tapi memang perempuan lah yang selalu dapat perhatian. Pastu mesti dengan MAK mertua, bukan bapa mertua. Maybe sebab perempuan dengan perempuan kot. Hmm...


Setelah menonton selama setengah jam, antara pendapat yang saya suka lah, from Norlia Ghani sebagai wakil Mak Mertua, dia kata, "Yang tentukan jodoh tu, anak kita, anak kita yang nak berumahtangga, jadi biarlah mereka yang tentukan, kita sebagai mak ayah ni, bantu mana yang patut, supaya mereka dapat petunjuk. Anggap diri kita ni masih mendidik anak-anak kita walaupun dah berusia. Dan sepatutnya, anak kita lah yang perlu kita tentukan dia boleh menjaga rumahtangganya kelak.", and that was TRUE, totally AGREED.

Then, komen Deja Moss pun bernas juga, "Sebagai orang baru, memang tak dinafikan untuk diterima tu agak susah, tapi sebagai orang yang nak menerima tu pulak, kena lah kenal dulu sapa menantu tu, jangan dengar dari mulut orang sebelum mengenali seseorang tu terlebih dahulu, dan kadang-kala, mereka-mereka ni yang menjadi batu api.", sangat benar, bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Macam mana nak cinta, kenal pun taknak dan tak sudi. Tak salah kalau beri peluang kan? Tak rugi apa-apa pun. Dan kalau betul lah si polan ni tak berkenan betul dimata, tolak lah secara halus sebab ini semua melibatkan hati dan perasaan seorang manusia, menantu pun manusia biasa huhuhu

Tak kurang juga pendapat daripada ustaz, dia kata, "Seorang mertua harus bersyukur dengan kehadiran menantunya sebab tak semua orang dapat menantu. Cuba untuk terima dan redha dengan pemberian Allah, Insyaallah akan memperoleh keluarga yang bahagia. Dan kadang-kala, tak semestinya yang TERPILIH itu akan menjadi yang terbaik untuk selamanya, sebab bila yang terpilih terlalu selesa, dia akan cepat melakukan kesilapan, walhal yang tidak terpilih ini, akan terus-menerus memperbaiki kelemahan diri sehinggalah menjadi pilihan.", juga benar sebab takkan lah kita sebagai menantu nak mertua kita tengok kita ni TERUK aje, kan? Mestilah kita buat improvement cuma perlukan sedikit masa, dan cuba lah untuk bersabar, sebab TAK ADA manusia yang perfect pun dalam dunia. Mertua pun tak perfect jugak hikhikhik


Komen dari husband Deja Moss pulak, yang ni paling saya setuju lah sebab memang ada kebenarannya walaupun hujah-hujah dari ustaz tu amat bernas, "Untuk membina sebuah perkahwinan, RESTU kedua belah ibu-bapa adalah amat penting.", sememangnya tak dapat disangkal. Maka, kedua belah anak dan menantu ni, kena lah memainkan peranan supaya mendapat restu dari kedua belah ibu bapa dan mendapat keberkatan dari Allah.

Dari pandangan saya pula, secara peribadi, semua pihak kena mainkan peranan masing-masing, baik menantu terpilih atau tidak, anak, mertua juga ibu bapa. Selain tu, kena lah bertolak ansur dengan anak, tak semestinya setiap pilihan anak tu semuanya buruk, mungkin buruk dimata tapi baik dihati, siapa tahu, kan? Memberi peluang pun salah satu benda yang penting untuk kita lebih mengenali seseorang tu. Dan jika menantu tu seorang PEREMPUAN, maka, anak LELAKI tersebut yang bertanggungjawab menentukan corak dan warna isteri dan anak cucu mereka nanti. Orang kata, lelaki tu, pengemudi kapal sesebuah rumah tangga, maka, kemudi lah rumah tangga anda sebaik mungkin jangan sampai dilambung ombak. Dan kalaulah terjadi sesuatu, jangan pula nak disalahkan orang lain, sebab kamu wahai suami, yang mencorakkan dan mewarnai bahtera kamu.


Kalau nak lebih detail lagi pasal topik ni, boleh tengok balik WHI kat TV3 online. Saya pun bukanlah seorang bijak pandai nak memberi hujah pasal rumah tangga, tapi mungkin boleh berkongsi sedikit pengalaman berdasarkan situasi pernah jadi bekas bakal 'bukan menantu pilihan' hauhauhauhau

Waallahualam.

:)




10 December 2009

21 days to go!



And then we can say 'HI' to 2010! Uhhh! I can't wait to meet the brand new year! Yay! So many things need to be outlined and so many things to be targeted in 2010. Sort of my new resolutions lah hehehe Usually I have NO resolutions for previous years but next year, I MUST, yes, MUST. Because why??? Because, ... Ok, will be continued in new paragraph hikhikhik


Before that, just wanted to mention this, hehehe I will start my final semester after Christmas! So, Insyaallah, by middle of 2010, I'll finished my first DEGREE! Insyaallah, Amin.... So, once finished, of course I have to get a JOB! Takkan nak mengganggur pulak kan hehehe Penat belajar 3 tahun. Ok, back to the resolutions, first, starting of 2010, I wanted to buy KATE MOSS Perfume. Tu pun kalau ada stock lah. Memang teringin lama dah tapi kalau ada yang baik hati nak hadiahkan perfume tu sempena Christmas ke, saya terima dengan hati yang terbuka luas hahaha Second, if ada duit extra, nak buat passport sebab nak travel luar Malaysia pulak. Nak pergi jauh-jauh, nak merantau hahaha Dalam masa yang sama kalau boleh, nak bawak my parents jalan-jalan jugak. Niat dihati ku hikhikhik Tapi memang akan diusahakan untuk duit passport tu. Memang nak buat! Tak kira! :P


Third, nak siapkan final year project betul-betul, taknak main-main dah and kalau boleh FarmVille tu, taknak tengok sangat nanti hehehe But, boleh ke ek??? hahaha Will try my best lah for that. Beserta itu, mestilah nak study untuk final semester ni betul-betul, even tahu dah diri ni takleh nak dapat FIRST CLASS and takleh nak transform loan jadi biasiswa, tapi GIGIH ni nak dapat flying colors result! hehehe Forth, semestinya tak sabar nak graduate nanti! Yeay! For the second time graduate, pakai jubah, mortar, dan lebih seronok sebab dah ade photographer nak shoot untuk outdoor nanti! hehehe Tak sabarnya saya! Err...Duit kena kumpul gak ye, jangan lupa hahaha


Tapi kebiasaannya, convocation akan sedikit lambat after dah abis belajar tu. And for sure, my fifth resolution, nak dapat kerja. Kali ni memang kena ada kerja dengan kadar yang segera. Setelah 3 tahun tak kerja, saya target middle 2010, lepas belajar, kena ada kerja. Yelah, kalau tak nanti camno nak beli KERETA??? Wah! That is my sixth resolution! Dah ada kerja, benda pertama saya nak beli ialah kereta. Ya, itu adalah sangat penting. Dan dalam pertengahan tahun 2010 jugak, saya tak sabar nak pergi Terengganu! Pergi Pahang dulu, pastu Terengganu then maybe Kelantan kot. Cuti-cuti Malaysia lagik! hehehe Oh ye, awal tahun ni, MUNGKIN tapi macam jadi jek, hehehe nak pergi ke suatu tempat jugak dengan beberapa orang kawan-kawan. Oh! Sangat teruja nih! :D


Pastu, my seventh is, nak beli DSLR!!! Ye, itu sudah lama ku idam-idamkan. Tak kisah lah model apa, brand apa, second hand ke forth hand ke, saya nak beli jugak! hehehe Then, kumpul duit banyak-banyak, nak jalan-jalan, nak enjoy-enjoy, nak buang masa dengan benda yang takleh nak buat before this, nak tengok wayang, kalau boleh nak buat marathon, nak makan makanan sedap-sedap and sesekali nak makan kat tempat mahal-mahal hahaha Dan kemungkinan nak try buat part-time yang sangat diidam-idamkan. Tu pun kalau my eighth, nak kuruskan badan boleh tercapailah hahaha


Wowwee! hehehe Tanpa keberanian, mimpi tidak akan menjadi realiti, hah! Apekah??? hahaha So far, itu je yang saya boleh kemukakan buat masa ni, yang nak share dengan anda semua lah. Kalau ada lagi, nanti I'll try to let all of us know okay! And most of it, semua untuk diri sendiri dan parents and family je. Untuk merancang nak ada partner or sort of that, MEMANG tak ada, melainkan jodoh dah sampai and ada yang datang hantar application huhahuhahuha And yang paling-paling saya nak untuk 2010 ni, better life, better future, better me and better man kehkehkeh

;D




09 December 2009

Cerita pasal lu, bro!


(amaran, panjang berjela.)

Dulu, kira-kira 4 tahun lepas, gua ada kenal dengan sorang mamat ni. Lu lah bro hohoho Lu sangat ANNOYING! Gua gila tak suka dengan lu, SEBAB muka lu macam orang tua hahaha Gua pernah bagi tahu lu bro, jangan buat lupa pulak. Tak cukup dengan tu, perangai lu pun leh buat gua rasa nak hempas-hempas laptop gua yang ketika tu agak canggih gak lah hekhekhek Tapi yang buat gua respek kat lu bro, lu ni tak putus asa. Lu dah tau gua tak suka lu, tapi lu bagai nak rak la mengayat gua(tiba-tiba gua rasa macam Angelina Jolie sebab time tu lu suka cakap lu Brad Pitt muahahaha gila perasan punya mamat!).

Gua tak pernah terfikir nak jumpa lu bro. Takat dalam Friendster(time tu lah tengah nak UP Friendster) tengok muka lu yang tak macam Brad Pitt tu pun gua taknak ini kan pulak nak jumpa lu depan-depan kan hahaha(keji gila statement gua kan??? :P) memang TAK lah! Gua ingat lagi, betapa lah lu ni menyemak dulu time lu YM ngan gua, gua lambat balas je, lu kira 1 sampai 10 hahaha Gila lawak lu bro! Gua ingat sampai sekarang hahaha Pastu lu suka bagi emoticon gelak bajet cute tu. Huh! Menyampah gua dengan emoticon, ;;).

Sampailah satu hari tu, gua pun taktau macam mana gua leh tergerak hati nak bagi lu number gua. Bukan senang gua nak bagi number gua, bro. Angelina Jolie la katakan hahaha Sila gelak guling-guling! Sebab gua rasa, gua teringin nak dengar suara yang kononnya Brad Pitt tu hahaha Tak sangka pulak lu telefon. Tapi, dah lah first time call, dah berani panggil gua 'sayang'! Lu memang berani lah bro. Tiba-tiba gua rasa menyesal pulak bagi number kat lu hahaha Modal telefon, tanya pasal lagu tak silap. Walaupun gua lupa lagu apa, tapi macam ingat, lagu Mariah Carey kot, tapi gua tetap ingat scene tu time gua kat library KPTMKL belajar diploma dulu. Gila kuat otak gua!

Gua tahu, lu nak jumpa gua sangat kan hahaha Tapi gua yang jual mahal tak hengat. Dah nak 3 bulan lu ayat gua, baru gua nak jumpa lu kan bro? Lu jangan nak buat-buat lupa lagi sebab lu sendiri cerita kat gua pasal usaha murni lu hahaha Tarikh 8hb April 2006, gua jumpa lu, kat KLSentral before gua ajak lu pegi tengok showcase Vince(time tu gua minat gila kat Vince AF tu, harap maklum.) kat MidValley. Gua tak tipu time tu memang DUPDAPDUPDAP hati gua nak jumpa lu. Oh, jangan nak perasan lu Brad Pitt, gua cuak sebab gua takut lu ni PYSCHO ke, perogol bersiri ke muahahaha

Paling tak patut yang gua angin sampai sekarang, ada ke gua yang pegi tegur lu dulu??? Tak gentleman langsung lu ni bro! Tapi takpelah kan, gua okay jek. Pastu lu ajak makan kat Chicken Rice Shop. Not bad lah, lu asyik buat gua gelak je hahaha Gua suka! Dan yang lagi gua rasa macam entah pape, lu tengok gua macam lah gua ni yang nasi ayam. Hoi! Gua rasa nak makan bawah meja je hehehe Malu! teehee~ Dah makan, gua ajak lu pegi MidValley, oh lu pun layan kan aje gua ek. Amik gambar gua dengan Vince lah. Pastu gua pulak kena amik gambar lu ngan kakak Vince hahaha Balik tu lu hantar gua sebab rumah abang lu dekat jek kan ngan rumah gua. Kalau tak offer hantar balik memang tak patut lah lu kan. Gua ingat lagi time tu lu pakai kereta SAGA biru ber-plat .. tak perlu lah kot gua mention kat sini, lu tahu sendiri kereta lu tapi gua ingat tau!

Makin gua tak percaya, gua boleh TERsuka kat lu bro. Itu lah, orang kata jangan menyampah, nanti suka. Tengok! hahaha Gua ingat lagi, lu jemput gua kat kolej lepas kelas sebab time tu lu bagi tahu lu dah dapat kerja lain kat Ipoh and akan bermastautin kat sana. Gua sedih jugak sebab baru jek nak kenal-kenal kan, lu dah nak blah. Tapi lu janji dengan gua, lu akan datang untuk gua nanti. Dan lu tepati janji time tu. Lu datang KL time birthday gua. Lu ajak pergi Putrajaya! hahaha Jakun betul gua time tu. Lu belanja gua makan kat Cozy Restaurant Alamanda. Lepas tu lu ajak naik Tasik Cruise. Walaupun mahal, lu tetap gagah keluarkan duit hehehe Thanks bro! Gua ingat semua tu. Tapi yang gua takleh nak terimanya, ayat lu, "Ni kalau pape jadi, kita selamatkan diri masing-masing lah ye." hahaha Lu tak pernah tak buat gua gelak, bro! Sampai hati lu tinggalkan gua atas bot tu, lu naik darat dulu! Huh! Tak patut. Nasib brader bot tu tolong gua.

Lepas tu, tiap-tiap bulan lu turun KL. Tempat favourite lu lepak kat Sungai Buloh ni, Restoran Rimbun sebab ada murtabak Singapore. Lu suka makan kan? hehehe Gua ingat bro. Lepas tu gua dengan lu selalu pegi IKEA. Oh, gua lupa nak cerita tadi, time lu jemput gua kat kolej tu, lu bawak gua pergi IKEA, beli Roti Boy untuk gua. Pastu lu simpan kertas Roti Boy tu kan kan kan??? hehehe Tisu yang gua pakai pun lu simpan kan kan kan??? Gua ingat bro. Pastu lu suka makan Nyonya Popiah kat Cold Storage Ikano tu. Lu dengan gua selalu lepak situ kan.

Bila gua dah dapat kerja kat Great Eastern, then lu pun ada kursus kat KL, lu selalu lunch dengan gua, makan kat My Mum's Chicken Rice, Linda Onn punya kat Ampang. First time gua pergi makan situ. Dari mula-mula sedap sampai dah jadi tak sedap nasi ayam tu hahaha Pernah sekali tu lu amik gua balik kerja. Tapi tiap-tiap kali lu turun KL lepas kerja, lu mesti amik gua kat station komuter Sungai Buloh. Gua sanggup keluar ofis lambat sebab nak sampai Sungai Buloh on time ngan lu sampai gak hehehe Pastu lu bawak gua makan kat Rimbun kan hehehe Selalunya hari Jumaat lah, sebab weekend lu nak date dengan gua kan.

Yang buat gua sayang dengan lu bro, tiap kali turun KL, tak kira lah untuk tujuan apa pun, lu mesti nak jumpa gua. Gua terharu sangat. Lu kata, kalau tak jumpa gua, lu rasa macam ada je yang tak kena. Lu kata, KL adalah gua. Lu sangat sweet bro. Buat gua makin sayang dengan lu. First time lu jumpa parents gua, time tu lu nak bawak gua pergi medical check up untuk kerja lain yang gua dapat. Mak gua sibuk suruh lu jumpa dia. Lu pun jumpalah. Gua ingat lagi, lu cerita, lu pergi toilet kat surau depan sebab takut punya pasal hahaha Sampai saat gua type benda ni pun gua leh gelak lagi bro! Lepas tu tiap kali lu amik gua, lu mesti jumpa parents gua, mak gua pun suka pulak kat lu. Bangga la lu time tu kan. Dapat makan masakan mak gua. Cisss! Macam tak percaya pulak gua, mak bapak gua, gua dengan lu makan tengahari satu meja! Memang tak percaya benda tu boleh jadi. Gua happy gila tengok moment tu hehehe

Time raya, mak gua leh pulak ajak lu balik JB sekali. Itu adalah paling terkejut beruk lah! Mak gua lagi extreme tahap dewa hehehe Mak gua siap beli kan mak lu tudung kan??? Lu ingat tak??? Mak lu simpan lagi tak tudung tu??? hehehe Pastu mak lu pun bagi dodol kat mak gua. Pastu lu beli kan mak gua sotong kering kat Lumut. Mak gua suka gila sampai nak suruh lu belikan lagi untuk dia hehehe Mama oh mama!

Yang paling gua ingat, time pergi Sunway Piramid, kat parking lot. Kereta lu taktau mana parking. Pastu nasib ada kereta guard tu. Gua memang dah aimed dari mula datang gua nak naik kereta tu. Lepas dah penat tak jumpa kereta, guard tu datang nak offer cari kan kereta. Gua dah tak fikir banyak terus naik kereta guard tu. Sekali lu bagi tahu, kereta kat depan kereta guard tu je hahahahahahaha Punyalah malu gua time tu. Lu gelak tak hengat macam nak pecah perut. Guard tu pun senyum je hehehe

Dalam hal gelak-gelak ngan lu, tak sangka dah setahun time tu. Untuk kali yang kedua, lu celebrate birthday gua kat Genting tapi gua yang belanja hehehe Takpelah since lu pun tak penah pergi Genting kan. Pegi naik bus, teruja gila! hahaha Gua tahu, lu happy time tu kan kan kan??? Yakin gila gua nih hahaha Tapi gua betul-betul happy time tu. Tragedi kat Genting yang gua takleh lupa, pasal tiket nak balik. Gua pergi toilet, tiket tu gua letak dalam poket. Gua bukak seluar tiket tu boleh pulak terkeluar masuk dalam jamban. Takut punya pasal, gua sanggup seluk amik tiket tu balik hahaha Takut sebab lu garang hehehe Tapi kalau gua pun, gua amuk sebab kena keluar duit lagi hehehe Tapi duit gua time tu, apsal gua nak takut kan hehehe Tapi takpelah, nasib jamban tu bersih. Jamban cangkung ye. Tapi gua tak cerita pun kat lu sampai lah dah berapa lama, baru gua cerita hahahahahaha

First time gua beli baju melayu lelaki, ye, untuk lu bro! Bulan puasa, pergi shopping dekat Jalan TAR. Lu teringin nak pakai baju melayu teluk belanga. Gua beli kan sebab gua sayang lu. Pastu lu try terus baju tu kat toilet Maju Junction, tunjuk kat gua. Orang lain tengok, apehal lah ngan lu kan hehehe Gua terharu gila-gila time tu sebab lu suka sangat baju tu. Gua happy sebab lu happy bro. Oh, gua ingat lagi, puasa sebelum tu lu ajak pergi beli carpet untuk mak lu. Lu beli yang gua pilih hehehe

Sekali lagi, gua tak jangka lu dengan gua boleh masuk sampai tahun yang kedua. Gila ajaib! hahaha Lu hadiahkan gua handphone sebab handphone gua macam dah nak mati sangat dah time tu hehehe Gua suka gila! Alah, lu bagi ikan kering pun gua suka sebab lu yang bagi hehehe

Tapi gua tak sangka cerita best lu stop sampai situ je. Kalau boleh gua taknak cerita yang tak best sebab semua pasal lu best belaka(walaupun ada yang tak best). Gua agak terkilan sebab gua tak sempat nak belikan lu cufflinks. Gua tahu lu teringin nak pakai baju yang ada cufflinks tu. Gua sempat belikan lu baju kerja biasa je.

Yang buat gua tak keruannya, lu datang Sungai Buloh secara tiba-tiba! Gua ingat lagi bulan yang sama dengan bulan sekarang tapi 4 hari lepas tahun lepas. Gua ingat lagi bro. Gua ingat lagi macam mana time tu jadi, betul-betul gua rasa macam baru 4 hari lepas jadi. Fresh lagi kat otak gua nih. Awal tahun aritu, lu bawak gua pergi Aquaria, first time pergi situ. Lu pun first time gak kan, gua tahu hahaha Lu makan pasta yang lu suka sangat. Lu buat magik kat gua lah time tu hehehe Semua tu sangat indah. Gua rasa macam baru semalam je jadi. Sebelum ke Aquaria, lu bawak pegi naik Eye On Malaysia hehehe Best best!

Lepas daripada hari tu, gua dah tak nampak kelibat lu lagi bro. Lu tenggelam timbul, gua pun dah naik lemas nak tengok lu punya pasal hehehe Kalau nak cerita setiap moment lu dengan gua, memang sampai esok pun tak habis. Ni gua cedok yang mana gua rasa lu pun ingat sama dengan gua. Gua buat macam ni atau macam yang lepas-lepas tu, bukanlah sebab gua nak lu terharu biru dekat gua, atau apa-apa, tapi gua nak lu tahu yang gua kat sini sayang lu kat sana. Kalau orang lain sibuk claimed gua ni cinta mati diorang, bagi gua, lu cinta mati gua, ye, sila muntah hijau pasni muahahaha Gua pun geli gak sebenarnya nak pakai ayat tu. :P

Lu terpilih untuk jadi cerita gua kat sini sebab lu bagi impact yang sangat besar kat gua yang gua takkan lupa sampai bila-bila. Gua taknak apa-apa dari lu, sebab gua dah dapat semuanya, gua dah dapat rasa bahagia dengan lu, gua dah dapat rasa gembira dengan lu, gua dah dapat rasa sedih dengan lu, gua dah dapat rasa derita dengan lu, dan gua dah dapat rasa seksa dengan lu, tapi gua suka tu semua sebab, semua tu datang daripada lu. Lu je boleh buat gua rasa macam-macam dalam satu masa yang sama. Lu je. Bukan dia, dia atau dia. Gua minta maaf banyak-banyak kalau gua buat lu rasa gua tak hargai lu. Gua harap lepas lu baca cerita pasal lu ni, tak kira lah 8 tahun akan datang baru lu baca, lu tahu yang gua hargai lu sangat-sangat dan sangat.

Untuk kali yang ke 765424kali, gua nak ucap TERIMA KASIH kat lu untuk SEMUA sekali.

Terima kasih.

:)




p/s: gua rasa macam cerita 500 Days of Summer pulak, gua Tom, lu Summer, hahaha :P



08 December 2009

Last three,


that I keep it safe with me.






First,










so I'll remember that you have called me with that name.








Second,










so I'll remember that you have placed me in your heart.








Lastly,










so I'll remember that you have loved me.






Thank you.


06 December 2009

Memandang dan tidak dipandang.


Saya agak tak faham, ada sesetengah orang ni, taksub sangat dengan pangkat, harta dan darjat(macam cerita P.Ramlee pulak kan). Selain tu, ada jugak yang obses dengan ke-kacak-kan juga ke-jelita-an orang lain. Anda tak faham? Meh saya faham kan.

Sebagai contoh, nak kawan dengan yang cantik je, yang tak berapa nak cantik ni memang tak layan lah! Lepas tu, nak berbaik dengan yang kaya aje, yang tak berapa nak berduit ni, jangan harap lah nak dapat perhatian. Pandang sebelah mata pun tak ingin. Haih. Teruk sangat ke yang tak ada rupa dan tak ada harta?

Tapi situasi ini adalah sangat teruk bila orang yang MEMANDANG adalah sebahagian daripada ahli keluarga mereka jugak. Boleh dikatakan, campuran darah tu nak dekat sama jugaklah ramuannya. Kalau orang luar tu boleh dimaafkan lagi rasanya sebab bukan datang dari tok nenek yang sama. Apa nak diherankan, kan?

Bila yang TIDAK DIPANDANG itu tidak berharta(semestinya lah sebab tu tak dipandang), bukan berpangkat besar mahupun memiliki rupa paras yang menawan, tidak semestinya mereka tidak layak mendapat perhatian dan layanan sesiapa. Kadang-kadang, entah siapa yang tahu, mereka tu lebih berharta dan lebih jauh darjatnya berbanding yang lain.

Tidak kah bunyinya KEJAM bila, mak, bapak atau anak saudara sendiri yang dihina-hinakan, yang diperli-perli selama ini??? Sedih kalau tok nenek kita tahu anak cucunya begini, betul tak???


Dah lah memandang, itu satu hal, lepas tu, cakap pulak taknak kalah. Tentu-tentulah yang mendengar dan percakapan tu ditujukan untuk yang tidak dipandang. Nak bagitahu lah yang dia ada itu, ada ini, anak belajar sana, menantu kerja sini, cucu sekolah pandai, suami gaji tinggi. Err...Perlu ke??? Pathetic-nyaaaa!

Fine-lah, ada bermacam-macam itu dan ini. Tapi, yang pasti hati yang cantik dan molek pekerti, tak ada. Kasihan kan. Dan mereka ni lupa, datang dari mana asal-usul mereka tu semua. Dulu, semua pun datang dari tok nenek yang hidupnya susah, mungkin kamu, terpilih dahulu untuk menikmati kekayaan harta benda dunia ni. Dan tidak dinafikan, itu semua atas usaha dan titik peluh kamu, tetapi bukan untuk diriak dan dimegah pada orang yang sedarah dan sedaging dengan kamu. Jangan risau, yang tidak dipandang itu, tak lapar pun dengan duit kamu yang berkepuk tapi terlalu kasihan dengan sikap dan perangai saudara mereka sendiri. Mungkin hari ni, yang MEMANDANG itu sedang bersenang lenang di atas sana, esok lusa, tak ada siapa tahu, yang tidak dipandang dibawah ini akan menggantikan tempat kamu pula. Hidup kan macam roda yang sering berputar.


Janganlah kamu asyik nak memandang paras rupa seseorang, kerana kamu pun tidaklah memiliki kejelitaan mengalahkan ratu dunia. Semua kejadian Allah ada kecantikan tersendiri. Tidak dapat disangkal. Hanya hati yang mampu meluahkan kualiti kecantikan tersebut.

Tapi kalau hati pun dah penuh dengan hasad dengki, riak takbur, berlagak sombong, macam mana nak claim diri sendiri tu cantik jelita lagi menawan juga kacak dan tampan kan kan kan??? hahaha

Dan sampai ke hari ini, saya masih tak faham mengapa masih ada lagi manusia di zaman moden lagi canggih ni, mahu jadi seperti Nyonya Mansur dan Saddiq Segaraga.

Heh!



p/s: KEHIDUPAN!


"Awak bila lagi?"



Antara soalan yang normal akan ditanya bila saya attend wedding sedara-mara mahupun rakan-taulan. Ye, "Awak bila lagi NAK KAHWIN?". Memanglah saya kata ianya normal tapi, agak tekanan disini sebab, yang pertama, bak kata Shakila, "UMUR 23 DAH KENA PIKIR KAWIN EK?(sebab dia umur 23 tapi saya umur 24)", hah? Masih awal bukan untuk berkahwin? Saya belajar pun tak habis lagi, kerja pun tak ada lagi, makan pun PTPTN yang tanggung, dah nak suruh kahwin? Haiyyyaaa! Paling-paling pun saya akan jawab, "Eh...Lambat lagi...(dengan penuh sopan dan manis)". Yang kedua, saya boyfriend pun ELEK, camno nak kahwin??? Cerita sket. At least, kalau ada boyfriend, semangat lah jugak nak cerita pasal kahwin-kahwin ni. Betul tak??? Kan! heh.

Selain ditanya soalan-soalan seumpama itu, tak kurang juga ada yang dah berangan lebih untuk hari perkahwinan saya tu. Adehhhh! Sapa lagi kalau bukan bonda dan kakak saya. Iyelah, memanglah saya yang paling last kahwin sebab saya paling muda dan paling bongsu, tapi, tak ke makin panas hati ni mendengarnya? Tambahan lagi, anak, adik, adik ipar, maksu kamu semua ni belum lagi ada calon yang serious. Maka, faham-fahamlah. Takyah lah beriya sangat ye cerita pasal pelamin ke pasal jemputan ke hahaha


Tak dinafikanlah, kadang-kadang saya TERlayan juga borak mereka tu. Perempuan mana yang tak excited kan kalau cerita pasal nak buat pelamin pakai fresh flowers, pastu, nak jemput berapa orang, siap boleh bayangkan lagi hahaha Tiba-tiba pulak saya dah terbang melayang entah ke mana, pastu terus jatuh bedebuk kat tanah, baru tahu yang saya tengah berangan aje hahaha

Maka, jawapan untuk mereka semua adalah, "Dah lah tu, jangan cerita lagi, belum nak kahwin lagi, boyfriend pun tak ada." hahaha Sekian, terima kaseeehhhhhhh!

;P


p/s: Selamat Pengantin Baru kepada Syirin & Amin. Congrats!


04 December 2009

saya penakut.


Ye, betul, saya penakut.

Saya takut untuk berkenalan dengan orang,
nanti orang akan buat-buat tak kenal dengan saya.

Saya takut untuk berkawan dengan orang,
nanti orang akan memusuhi saya.

Saya takut untuk mendekati orang,
nanti orang akan menjauhi saya.

Saya takut untuk menyukai orang,
nanti orang akan membenci saya.

Saya takut untuk menyayangi orang,
nanti orang akan mengabaikan saya.

Saya takut untuk mencintai orang,
nanti orang akan mengkhianati saya.

Tapi saya berani berkata begini,
kerana saya dah alaminya sendiri.

Saya memang penakut.

:)


03 December 2009

kenapa?



Kita selalu tanya, kenapa, tak kira lah pada orang lain atau pada diri sendiri. Kenapa A datang dulu lepas tu baru B. Kenapa seminggu ada 7 hari. Kenapa makanan ruji kita nasi bukan spaghetti. Kenapa, kenapa dan kenapa. Kadang-kadang kita dapat jawapannya, kadang-kadang kenapa hanya tinggal kenapa. Tapi setiap yang kita kenapa-kan itu ada sebabnya. Cuma kita yang tak tahu lagi kenapa. Kenapa jugak. hahaha

Saya ada kenal seorang lelaki ni. Dia suka tanya semua soalan mula dengan KENAPA. Saya sangatlah rimas sebab asyik tanya kenapa, kenapa dan kenapa. Dan sampai saya rasa lelaki ni dah meng-complicated-kan keadaan dan dia ni adalah seorang yang sangat COMPLICATED. Sebab kadang-kadang benda-benda remeh pun nak tanya kenapa. Complicated kan? Kenapa lah dia macam tu kan? Hah! Saya pulak yang tanya kenapa. hahaha


Satu hari tu, saya pulak yang asyik tanya kenapa tak kira pada diri sendiri atau orang lain(confirmed lah orang taktau kenapa kan hahaha). Kenapa, kenapa dan kenapa. Kenapa dia buat camni? Kenapa saya dibuat camni? Kenapa mereka buat camni? Kenapa saya jadi camni? Dan masa tu, saya rasa hidup saya sangat complicated. Penuh dengan perkataan yang dieja K-E-N-A-P-A.

Tapi yang buat saya sayangkan orang-orang yang jadi mangsa kenapa saya tu, sebab mereka semua sanggup jawab walaupun saya tahu yang sebenarnya mereka tu semua pun tak tahu kenapa hahaha


Dan kenapa sekarang saya dah boleh bergelak ketawa padahal dahulunya saya selalu bersedih bila fikirkan kenapa, kenapa dan kenapa? Sebab sekarang saya dah sedar, tak perlu membuang masa menanyakan kenapa, kalau tak ada jawapannya. Tak perlu menagih jawapan untuk persoalan kenapa, kalau tak ada yang mampu menjawabnya. Kerana, pertanyaan kenapa tidak perlu dijawab dengan jawapan tetapi diterima dengan hati yang penuh kerelaan.

Mungkin benar, kenapa jadi begini, itu adalah keputusan yang bijak. Mungkin juga benar, kenapa jadi begini, itu adalah keputusan yang salah. Dan memang benar, jadi begini kerana ada hikmah disebaliknya.

Dan yang paling tepat adalah, tidak perlu tanyakan kenapa jikalau jawapannya hanyalah suatu jawapan yang tidak munasabah. Biarkan tanda tanya ditinggalkan dengan tanda tanya tanpa menyakitkan hati sesiapa.


:)




02 December 2009

show me, I wanna know.



I gotta take a little time
A little time to think things over
I better read between the lines
In case I need it when I'm colder

In my life there's been heartache and pain
I don't know if I can face it again
Can't stop now, I've traveled so far
To change this lonely life

I wanna know what love is
I want you to show me
I wanna feel what love is
I know you can show me

I'm gonna take a little time
A little time to look around me
I've got nowhere left to hide
It looks like love has finally found me

I wanna know what love is
I want you to show me
I wanna feel what love is
I know you can show me
I wanna know what love is
I want you to show me

And I wanna feel
I want to feel what love is
And I know
I know you can show me





p/s: love is NOTHING.


01 December 2009

hello december, again. *sigh.


Another 30 days to go, then we will meet 2010. And I'm trying so hard not to be sad or moody or what-so-ever that related to that for this last 30 days in 2009. But, at first day of December, I already failed. sigh.











I have nothing to say. Just hoping that this feeling will be gone before 2010 came. Please, please, please.






p/s: do I really have to delete this blog? *headache



29 November 2009

Nama saya RAIN.


Oh, hari ni saya KELUAR setelah lama tak berHUHA-HUHA hahaha Bukan taknak keluar jalan-jalan tapi terlampau paling MALAS. Lagipun tak ada geng nak ajak berJIMBA. Maka, hari ni, ada yang nak berjumpa-jumpi hehehe Keluarlah menuju ke, .. MidValley.

Sebab kena naik tren lah saya malas nak keluar. Dah la hari AHAD kan. Adeh... Lemah betul! Tapi kerana kamu, gagahkan jugaklah diri ni naik tren ngan Indon dan Bangla. Haihhh...

Dalam perjalanan, dapat call, dan diberitahu bahawa mahu menonton wayang. Baiklah. Ikutkan saja since kamu yang belanja kan hehehe Tapi perut macam lapar. nak ajak makan dulu tapi ... Oh, Twilight New Moon??? Alamak! Saya tak suka nak tengok cerita tu lahhh... Hmm... Ingatkan 2012... :(

Lagi sekali dapat call. Oh, tukar, NINJA ASSASIN, SEKARANG??? Kan dalam tren ni, dan perut adelah sangat LAPAR! Alaaaaa... Ok, nasib beli popcorn, kalau tak, kamu yang saya makan hahaha Tiba-tiba terpikir, ala, cerita ninja, best ke??? So not me! (oh gedik plak hahaha)

Jalan ke GSC dengan hati yang sangat panas, muka sangat masam. Oh ye, kelemahan diri sendiri, tak boleh SEMBUNYI perasaan dihati. Puas betulkan balik muka yang masam ni jadi manis balik hahaha Tapi, GAGAL sampai kena tegur hahaha Maaf lah ye hehehe

Masuk cinema tu, cerita dah start dah. Memang taktau starting camne, tiba-tiba dah tengah nak lawan-lawan si ninja-ninja tu. Tengok kan jelah sambil mengunyah popcorn hehehe Rupa-rupanya, si nama saya RAIN yang jadi hero nya. Tak pulak saya tahu hehehe

Mula-mula agak boring, lepas mula-mula, rasa macam tengok lembu kena korban, darah macam air terjun! Ngeri jugaklah cerita tu. Sampai tutup-tutup mata hahaha Amik kotak popcorn, tutup muka, boleh??? hahaha Penakut ke saya? hahaha

Sampai ke sudah, saya taktau apa cerita yang sebenar. Seronok tengok action je. Menarik! hehehe Berbaloi-baloi jugaklah tengok cerita tadi tu sebab stunts best-best! Lepas tengok movie baru pegi makan, cara kamu camtu rupanya ye. Tapi rasanya bukan cara kamu, mungkin sebab kamu nak balik awal kan kan kan??? Takpe, nanti saya tukar cara tu hahaha

Disebabkan tukang belanja ada hal, maka kena lah balik awal. Takleh lama-lama, demi tugas hahaha Apsal tak cakap seruan kerajaan je??? hehehe Dan cerita 2012, masih tak dapat ditonton sebab ticket ada 2 tapi asing-asing. Kena cari DVD lah nanti hehehe Itu saja cerita hujung minggu saya kali ni.

:)



26 November 2009

bantal peluk Saloma.



Hebat tak nama??? hahaha Hebat kan! Ini adalah bantal peluk kepunyaan Saloma hehehe Sebenarnya, bukan lah bantal peluk betul-betul pon hahaha Mana lah nak dapat bantal peluk Saloma tu kan. Ntah-ntah tak ada pun hehehe Actually ia adalah sejenis kuih yang diberi nama, BANTAL PELUK SALOMA.

First time dengar pun TERPAKU jap hahaha Time tu kat JB, gi rumah sedara. Dia bagi tapau kuih ni lah, Bantal Peluk Saloma. Sounds GOOD! Nak gak tau apa bendanya kan. Ada cop muka Saloma ke??? hahaha Or ada special recipe ke kan. Rupa-rupanya, roti berinti kan SARDIN! hahaha


Gulung roti yang dah letak inti sardin, then, celup telur, GORENG! Walla! Bantal Peluk SALOMA! hahaha Senang kan??? Nama sikit punya lah canggih! hehehe So, nak dijadikan cerita untuk hari ni, malam tadi, ayahanda saya mintak buat Bantal Peluk Saloma ni lah. Kebetulan ada lebih inti sardin makan breakfast. Maka, terjadilah bantal peluk tu tadi hehehe


Tengah makan tu saya cakap kat ayahanda ngan bonda saya, "Pasni kita buat SELIMUT P.RAMLEE pulak!" hahahahahahaaha Mereka pun tergelak-gelak!

Oh ya! Jumaat ni kita semua nak menyambut Hari Raya AidilAdha pulak kan. Pastilah kena tolong masak lauk-pauk nanti. Yang saya tahu ada, LAKSA JOHOR, RENDANG, SERUNDING, SAMBAL TUMIS, LODEH, SAMBAL KACANG, KETUPAT, CARAMEL PUDDING! Banyak kan??? Makan aje lah kerjanya! hahaha

Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua!!!

:D




23 November 2009

di-proposed atau meng-proposed?


Obviously I'm the one yang meng-proposed my final year project's proposal to my lecturer hehehe Di-proposed tu belum lagi ye. Sedang menanti hihihi Anyway, lupakan kisah dongeng tu sekejap. Nampaknya kerap jugak saya meng-update blog saya ye. BOSAN sangat sebenarnya hahaha Hari-hari tunggu anda semua update blog tau! Sila update ye. Terima kasih.

Back to the story of the proposal. FINALLY! Siap jugak proposal saya tu. Ppfftt! Tapi macam terlalu simple plak sebab malas hahaha Its up to you lah my lecturer, nak reject or approve. Kalau rejected, saya buat balik tapi kalau approved, Alhamdulillahhhhh syukurrrrr hehehe Sepatutnya kena hantar before 20th Nov, tapi saya ni kan PALING RAJIN nak buat, maka hari ni, 23rd Nov baru terkial-kial nak hantar hohoho Tapi awal-awal lagi dah emailed lecturer cakap hantar lambat sket hihihi

So, pagi tadi 5AM baru siap proposal tu. Belek-belek Facebook dulu, 6AM baru tido. BOLEH??? Pastu pukul bape lak nak bangun kan? Pukul bape lak nak pegi? Nak pegi pukul 10AM. Bangun pukul, .. lepas 10AM lah! hahaha Lambat OK. No no no, jangan salahkan saya. Saya tidur lambat, memang tak sedar langsung. Lepas lunch baru gerak gi UPM.

Tunggu kat komuter station, oh, saya naik komuter aje, kereta tak ada, keretapi ada hahaha Masa sampai tu lampu nak ke Seremban dah berkelip-kelip. Ye ye je saya ingat train dah nak sampai. Sekali, setengah jam saya tunggu. 2.30PM baru naik train. Dalam train tu agak-agak dalam 3.15PM sampai Serdang. Sure bus Komuter UPM tak sampai lagi sebab usually akan sampai around 3.45PM cmtu. So, decide nak amik taxi je gi UPM. Maybe dalam RM5 je kot. Boleh la, daripada nak menunggu setengah jam. Lagipun saya nak balik before orang balik kerja, kalau tak nanti train tu macam sardin! Nak pegi print lagi, pastu nak gi fakulti lagi. Banyak benda nak buat.

Dan sememangnya sampai Serdang 3.15PM. Saya terus gi kat taxi driver tu tanya pegi UPM bape ringgit, dia kata RM12! Gila cekik darah. 10minit je kot perjalanan! Langsung saya jadi sanggup tunggu bus UPM. Huh! Tunggu sampai 3.30PM, masih tak muncul gak bus UPM nih. Rugi 15minit dah. Mungkin jugak bus UPM tak ada sebab kan tengah cuti semester, maybe schedule bus dah tukar ke kan. Skali datanglah bus RapidKL depan mata. Terpampang tulis 'UPM'. Tanpa membuang masa, naik terus bus tu. Seringgit aje. Ada lagi RM11 hahaha Naiklah saya dengan tak berapa selesa sebab driver bawak macam orang gila. Elok je dah duduk, saya nampak bus UPM sampai kat belakang. Argh! Tensionnya! Apsal lah saya tak tunggu aje??? Elok-elok leh sampai UPM dalam 10minit, terus jadi setengah jam! Adoiii! Selalunya saya ni TEGAR menunggu sesuatu kalau ianya sangat berbaloi-baloi tapi tadi ntah kenapa saya buat keputusan untuk TIDAK MENUNGGU. Tak sabar langsung! Kan orang dah kata, tak rugi jadi orang yang sabar. Memanglah seringgit aje, tapi saya dah rugi 20minit kat situ. Haish.

Sampai UPM 4PM tepat. Tunggu lagi kat Fakulti Bahasa sebab RapidKL takleh masuk Academic Area. Sampai lah bus, tanya driver, dia kata tak masuk academic. Ya Allah, dugaan apekah ini??? Dah saya berjalan kaki. Sekali kat belakang bus lain lalu, masuk pulak dia kat area academic tuh! Arghhh! Tension! Apsal tak tunggu je kat situ tadi??? Sambung jalan, memang saya takkan pegi print kat kedai printing lah, print kat bilik technician sudah! Ingat nak lah print colored, Black & White cukup. Proposal je pon kan. Huh! Jimat duit gak hehehe

Dah selamat print, selamat hantar. 1 misi SELESAI! huhuhu Nasib lecturer tak cakap pape hehehe 4.15PM selesai semua benda. Singgah kat cafe belanja diri sendiri MILO AIS. Walaupun tak sedap tapi mampu menghilangkan dahaga ditekak. So, ada masa la nak tunggu bus komuter UPM sampai dalam 4.45PM. Takpelah tunggu setengah jam. Insyaallah sempat kot naik train before orang balik dari kerja. Tunggu lah saya kat bus stop fakulti tu.

Skali jam dah pukul 4.50PM. Bus takde gak. Adoiiii! Risaunye! Sure tak sempat punya nak elak bersesak ngan orang. Dah la hari hujan, pastu cuti sekolah lagi. Sesak lah jawabnye. Then, bus muncul pukul 4.55PM. Nasib baik saya tunggu hehehe Sampai je station, train pegi Rawang dah jalan. Melepas lagi. Tunggu jelah nak buat camne kan. Lucky lagi 10minit ada train lagi dan yang paling mengejutkan, train tu sampai betul-betul tepat pada masanya! Aneh bukan??? hahaha Dan nak tambah lagi keANEHannya, train tu tak ramai orang. Terasa pelik bila naik train petang around 5.30PM senyap sunyi. Pelik kan??? hahaha Orang tak kerja ke hari ni ye??? Tapi tak kisahlah janji saya dapat duduk dari berdiri selama 45minit hehehe

Sampai Sungai Buloh 6.15PM, Alhamdulillah, sampai rumah dengan selamatnya! hehehe Dan kini, bolehlah mengabdikan diri sepenuhnya kepada FARMVILLE! hahaha

;D



Siapa kau,


mahu menilai aku?
Siapa kau,
mahu menghina aku?
Siapa kau,
mahu menerbitkan amarah aku?
Siapa kau,
mahu mendesak aku?
Siapa kau,
mahu berlagak mengenali aku?
Siapa kau,
mahu menunjuk kau bersungguh untuk aku?
Siapa kau?
Siapa kau?
Siapa kau?
Siapa kau,
yang hanya mengenali aku dalam masa yang singkat,
mahu melakukan semua itu?

Tahniah untuk kau,
kerana telah bertindak sebegini,
sebegini cetek akal kau.
Tahniah.

Dan sekarang,
aku dah kenali kau.
Kau bukan siapa-siapa untuk aku.
Kau hanyalah seorang yang tak mengerti aku.
Kau hanyalah seorang yang pentingkan diri.

Kau hanyalah engkau,
yang tidak akan memenangi aku.



22 November 2009

il mio primo tentativo.


Maksudnya, "my first attempt" hehehe Its in Italian, I just translated it using Free Translation, Google-d hahaha Anyway, hari ni Mama saya tak masak. Kata WEEKEND. Dan Mama memang akan OFF tiap weekend. Sama ada orang dalam rumah ni tak makan or pandai-pandai lah cari makanan sendiri. Yelah kan, dah 6 hari Mama masak, so ape salahnya 1 hari je Mama rest from cooking kan kan kan hehehe Memandangkan ada seorang anak dara kat rumah ni, memang TAK manis langsung kalau dia tak masuk dapur pulak kan. Haish, anak dara hikhikhik

Agak lewat lah tadi masak sebab pikir dulu nak masak apa. Nak yang senang, cepat dan sedap! By the way, semalam dah start cari recipe TIRAMISU sebab memang teringin nak try buat Tiramisu. So tadi, cari recipe APPLE PIE, ingat nak buat dessert je hari ni. But since Mama tak masak, and for sure my Daddy akan lapar, kesian pulak kan takkan nak makan dessert aje. Then, I decided nak masak SPAGHETTI ALA CABONARA. Actually memang dah lama teringin nak try masak. Spaghetti biasa dah TERROR, ecewahhh hahaha

Maka, saya pun let my Mama know that I nak masak today! Agak terkejut sebab anak bongsu dia ni TERLAMPAU PALING rajin nak masak hahaha Saya dah tengok kat YouTube beberapa recipe Cabonara. Oh ye, sekarang ni tak susah dah nak cari recipe, just Google-d or tengok kat YouTube aje, siap dengan cara masak lagik. Senang kan??? Hanya dihujung jari. Tapi bab masak tu kena ada EFFORT sket lah. Takleh malas-malas hehehe Sebenarnya, teramatlah senang nak buatnya. Bahan-bahan pun senang je nak dapat. Takyah keluar ke kedai pun. Bahan semuanya yang simple je. Alah, awak, awak and awak pun leh buat punya. Jom, share recipe and cara nak masak :


Kalau dalam recipe kat Internet pakai bacon which is memang takkan ada. So leh tukar ngan smoked turkey ke tapi tak jumpa kat kedai pun. Saya pakai sausages Ramly aje hehehe Sama je rasa dia. Hiris nipis-nipis. Then, goreng kasi garing sket, pastu angkat letak tepi dulu. Ni macam untuk garnishing gak lah.



Tadi saya pakai 2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih. Potong dadu-dadu ye. Ikut suka hati la sebenarnya nak letak berapa banyak k.


Tumis 2 bawang tadi dengan butter ye. Baru sedappp! Sampai kaler dia tukar jadi kekuningan keemasan hahaha Garing sket la baru best!



Then letak lah pepper and salt secukup rasa. Pandai-pandai lah nak agak camne k. Ikut tekak dan selera masing-masing hehehe Pastu, letak air sket je. Bagi dia berkuah sket. SIKIT aje tau, jangan banyak macam sup plak. Kemudian letaklah sausages yang dah garing tadi dalam bawang tu. Kacau-kacau lah sket ye bagi sebati.


Sepatutnya pakai PARMESAN CHEESE or cheese lain la bukan SLICE CHEESE ni. Memandangkan kat rumah ada yang ni je, so pakai yang ni jelah. Dalam 4 keping, potong la sket supaya senang dia nak melting nanti. Masukkan dalam bahan tadi. Be careful sket sebab cheese akan hangus so jaga api and selalu kacau, balik-balikkan.


Telur dalam 2 biji, atau sebiji pun boleh, pukul, pastu masukkan dalam bahan-bahan yang kat atas tadi tu.


Dah agak telur tu nak masak, masukkan Fresh Milk, lagi banyak lagi bagus so dia akan berkuah and creamy yummy! hehehe Biarkan didih jap susu tu so dia akan jadi pekat.


Dan yang pasti Spaghetti lah kan. Kalau tak, camna nak jadi masakan ni hehehe Janganlah pulak letak yang tak rebus, rebus lah dulu hehehe Pastu gaul lah sampai cream dia bersalut kat spaghetti tu. Kalau tawar, tambah lah garam. Nak pedas, letak pepper banyak-banyak. Senang kan??? Dan hasilnya,



Walla! Spaghetti Ala Cabonara by Aidadidu hehehe Gambar ni saya amik tadi ye, bukan curi mana-mana hahaha Parents saya puji bukan main banyak kalinya lah hahaha Suka sukaaaa! Boleh buat lagi pasni, and make some improvements gak! Maybe next is Tiramisu or Apple Pie!

:D